Kopi ialah minuman penting masa peperangan. Ia menjadi minuman popular di eropah selepas Turki Uthmaniah meninggalkan jajahannya di sana. Pengunduran Turki daripada wilayah barat telah meninggalkan berguni-guni biji kopi. Dari sini, mereka berkenalan dengan minuman hitam yang dulu pernah diharamkan gereja. Hari ini, meski barat bukan negara asal biji kopi, jenama café terkemuka mereka megah di pelusuk dunia.
Lagi-lagi ketika Perang Dunia ke-2, Trench warfare menuntut askar berjaga mengawasi kubu berparit sepanjang malam. Tak nak bagi tido, diorang buat apa? Minum kopi la.
Masa ni la muncul Americano. Americano pulak bukan air yang dibuat Amir-reka (Amir Raja Lawak). Tak.
Dipanggil Americano pasal askar Amerika yang sampai ke Eropah dan mendarat di Normandy masa tu tak tahan dengan kopi gaya eropah. Teknik bru Perancis yang berevolusi dari budaya Turki dikatakan terlalu pekat untuk askar Amerika. Jangankan diorang, kita kalau tak biasa dengan kopi pun boleh terkebil-kebil kalau pahit kaw-kaw.
Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia
Jadi apa diorang buat? Mat Saleh ni pi campur kopi pekat dengan air putih. So dari tangan orang Amerika, terciptalah Americano.
Campuran Espresso baik single atau double shot dengan 455 ml air putih berjaya menghasilkan kopi Americano.
Lagi satu untuk noobies, agak-agak kopi tu pahit sangat, tambah je air nyah. Kalau tawar, tambah la pati gula kat kaunter cafe. Biasa staff bagi free je.
Tapi untuk bangsa terpaling kopi, nak tambah gula tu malu juga la.
…
Buku Perang Dunia Kedua dah habis. Tapi korang yang suka buku-buku peperangan ni dijemput beli PERTEMPURAN DI HUTAN. Buku ni ditulis wira negara kita sekarang dah dijual kat Shopee: https://bit.ly/PertempuranHutan




No comments yet