Baru-baru ini, seorang rakan penulis The Patriots telah menulis mengenai anjing dalam konteks kebudayaan dan bahasa Melayu. Saya pula terpanggil untuk menulis mengenai penggunaan suatu perumpamaan dalam bahasa Mandarin yang menggunakan anjing tetapi dalam konteks yang cukup menghina.

Walaupun anjing dilihat sebagai haiwan yang setia kepada tuannya dalam masyarakat Cina dan diambil sebagai salah satu daripada 12 haiwan dalam kalendar Cina, namun hakikatnya anjing juga digunakan sebagai gelaran yang menghina terhadap golongan tertentu. Gelaran yang dimaksudkan adalah “chow kow” ataupun dalam bentuk tulisan Cina moden “臭狗” yang membawa maksud, anjing busuk.

Diterjemah ke Bahasa Inggeris, frasa ini bermaksud “running dogs”, dengan “running” itu merujuk kepada “running errands” atau membuat tugasan. Kerja “running errands” merujuk kepada membuat kerja untuk orang lain, dan ini jugalah asal kepada pekerjaan sebagai runner. Nampak macam meleret ke tepi, tetapi saya akan jelaskan sebentar lagi.

Saya tidak pasti bila istilah ini mula popular digunakan. Tetapi secara dasarnya, istilah ini mula digunakan di China, dan hampir secara khususnya digunakan oleh anggota Parti Komunis China bagi merujuk kepada pemerintah China ketika itu dari Parti Nasionalis atau Parti Kuomintang. Mereka yang tidak mahu atau tidak sudi bekerjasama dengan Parti Komunis China dilabelkan sebagai “chow kow”.

Apabila komunisme sampai ke Tanah Melayu dan Sarawak, sikap menghina orang lain yang enggan bekerjasama dengan komunis sebagai “chow kow” diteruskan. Apabila komunis mengangkat senjata di Tanah Melayu dan Sarawak, istilah ini digunakan oleh komunis dan ejen Min Yuen mereka untuk melabelkan musuh mereka. Sekiranya anda dilabelkan sedemikian, maka bermakna anda dalam senarai buruan mereka.

Disebabkan oleh cara komunis ini menuduh musuh mereka sebagai chow kow, dan kebanyakan mereka yang dilabelkan sedemikian adalah pekerja kerajaan, maka ini menjadikan Noel Barber, seorang penulis berbangsa British merujuk kepada Darurat sebagai “The War of Running Dogs” dalam bukunya yang bertajuk sama.

Hari ini, istilah “chow kow” ini telah kembali popular, khususnya selepas PRU13. Penyokong kerajaan ketika itu yang berketurunan Cina dilabelkan sebagai “chow kow” oleh pembangkang ketika itu. Malahan, orang perseorangan yang neutral turut dilabelkan sebagai “chow kow” sebagai langkah untuk menakutkan individu-individu ini untuk berani keluar menyokong kerajaan terdahulu mahupun polisi kerajaan terdahulu.

Ramai individu yang menjadi mangsa buli siber ini terpaksa mendiamkan diri kerana risau akan keselamatan masing-masing. Hari ini, saya sudah lama tidak melihat gelaran “chow kow” ini digunakan. Mungkin kerana mereka yang gunakan istilah ini sudah menang. Ataupun, mereka sendiri sudah merasa bagaimana dituduh sebagai anjing, sebagaimana mereka menuduh lawan mereka selama ini.

Apapun, penulisan ini adalah bertujuan untuk berkongsikan sekelumit kisah panggilan yang amat menghina ini pernah mewarnai hidup saya. Dan sekiranya dipanggil chow kow itu sebagai bayaran kepada taat setia saya kepada YDP Agong dan Negara, maka izinkanlah saya menggarap panggilan ini sebagai suatu label yang dibanggakan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang pemalas dari Sarawak. Royalist, Federalis, pemerhati dunia pertahanan, ekonomi dan geopolitik. Seorang pengumpul buku. Memiliki PHD (permanent head damage) selepas kepalanya jatuh terhantuk di atas jalan raya. Memegang ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Sains Malaysia serta merupakan seorang Akauntan Bertauliah dari Institut Perakaunan Malaysia.

Comments are closed.