Baru baru ini, dunia telah digemparkan dengan serangan misil yang berasal dari Iran. Ramai dari kalangan penduduk Malaysia mula memberi reaksi yang pelbagai berkenaan isu ini. Salah satunya adalah isu berkenaan “Syiah” yang menjadi mazhab pegangan kepada Negara Iran.

 

Apa masalah dengan “Syiah” sampai masyarakat Sunni pada hari ini seperti di Malaysia seolah – olah  mempunyai masalah peribadi dengan mazhab ini. Sebenarnya, perkara ini tidaklah menghairankan kerana konflik ini telah jauh bermula semenjak Era Abasiyyah lagi.

 

Bagi mazhab Syiah, bagi mereka hanya keturunan Rasulullah SAW sahaja yang layak memegang tampuk wilayat (pemerintahan). Oleh itu, pengikut Syiah pada era Abasiyyah telah memberi dokongan penuh kepada gelombang pemerintahan baharu yang dipimpin oleh Abu Abbas As-Saffah yang dikatakan bergalur daripada Sayyidina Abbas bin Abd Mutalib pada tahun 750 Masihi.

 

Dan isu ini adalah menjadi konflik pertama antara mazhab Syiah dan Sunni. Namun, semasa era pemerintahan Abasiyyah, majoriti Khalifahnya beralih dokongan dan menyokong Sunni sebagai mazhab kerajaan. Justeru, timbul ketidakpuasan hati dalam golongan Syiah yang menjadi tulang belakang kepada terdirinya dinasti Abbasiyyah.

 

Sebahagian besar penganut mazhab ini kemudiannya mendokong untuk berdirinya Kerajaan Fatimiyyah di Mesir sebagai tanda protes terhadap tindakan Khalifah Abasiyyah di Baghdad.

 

Manakala di Baghdad, struktur pentadbiran disana mulai berubah pada tahun 945 Masihi. Pada ketika itu, Khalifah Abasiyyah tidak lagi mempunyai autoriti sepenuhnya ke atas pentadbiran dek kerana dikuasai oleh pemerintah lain dalam Abasiyyah.

 

Pemerintah tersebut adalah Buwayhid yang menjadi tonggak pentadbir negara Abasiyyah. Khalifah cumalah seorang yang berautoriti dalam bab keagamaan dan kedaulatan sahaja. Buwayhid yang merupakan pemerintah Abasiyyah juga bermazhab Syiah. Dominasi Buwayhid di Baghdad juga berakhir setelah kekalahan mereka di tangan Seljuq yang bermazhab Sunni pada tahun 1056 Masihi.

 

Inilah dia antara konflik Politik yang kita dapat perhatikan berakar dari era Abasiyyah ini kemudiannya mengakar sehingga ke hari ini. Apa pun, setiap langkah politik perlu juga diperhatikan kepentingan lain seperti kepentingan negara dan domestik. Perbezaan mazhab hanyalah sampingan kepada faktor faktor kepada isu isu antara negara ini.

 

Oleh : Muqri Nizam


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Leave A Reply