Jika kita biasa lihat dalam dokumentari atau drama atau filem tentang masyarakat Mesir purba, satu ciri istimewa yang menonjol dalam kalangan orang Mesir ini ialah solekan matanya yang istimewa.
Solekan mata ini, iaitu kohl telah dipakai secara tradisional sejak era Naqada III (3100 BCE) oleh orang Mesir dari semua kelas sosial, pada asalnya sebagai satu kaedah perlindungan daripada terkena penyakit mata. Ada juga kepercayaan bahawa solekan gelap di sekeliling mata itu mampu melindungi seseorang daripada sinaran matahari yang kuat. Ini kerana keadaan cuaca di padang pasir yang kering dengan pancaran matahari terik membuatkan masyarakat purba mencari jalan untuk melindungi penglihatan mereka.
Orang Mesir purba menghadapi banyak masalah kesihatan yang menjejaskan mata, termasuk habuk, serangga, bakteria; yang mengakibatkan pelbagai penyakit mata menyerang rakyatnya. Kohl mengandungi bahan-bahan yang terkenal dengan faedah perubatan mereka yang memastikan mata menjadi sejuk dan bersih. Contohnya zink oksida yang berfungsi sebagai pelindung matahari yang kuat, manakala neem dimasukkan untuk sifat antibakterianya. Asas kepada pembuatan kohl ini adalah melibatkan galena atau plumbum sulfida, yang dikisar dalam palet dan dicampur dengan minyak atau lemak haiwan.
Kohl adalah barang harian yang memang selalu digunakan oleh orang Mesir, dan setiap bekas kohl ini adalah berbeza-beza, sama ada ia serupa dengan tiub solek kontemporari atau boleh dibandingkan dengan pasu tumbuhan kecil. Kohl biasanya disimpan di dalam bekas kecil yang cantik dan pelbagai bentuk dan disapu menggunakan batang kohl nipis.
Satu perkara yang unik tentang kohl ini adalah apabila orang Mesir memakai kohl di sekeliling mata mereka, gaya pemakaian mereka adalah luar biasa. Mereka akan melukis garisan pada bahagian atas dan di bawah mata dan melengkung sedikit hujungnya. Kohl sangat penting dalam budaya orang Mesir, sehinggakan banyak karya seni mereka turut menggambarkan wajah dengan solekan celak mata seperti mumia Ratu Nefertiti yang terkenal. Ia menggambarkan Ratu Nefertiti dengan garis hitam tebal pada matanya.
Fungsi solekan kohl ini bukan semata-mata untuk melindungi dan mencantikkan mata, tetapi turut berperanan dalam kedudukan sosial masyarakat Mesir, iaitu menunjukkan pangkat dan pencapaian seseorang. Kohl ini digunakan oleh lelaki dan wanita dari semua kelas sosial, dan orang Mesir percaya bahawa kohl mempunyai kualiti perubatan, sihir dan keagamaan yang penting.
Oleh: Farahi Kamaruddin
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih