Hospitaller merupakan antara pasukan ketenter4an elit yang memainkan peranan penting ketika era Per4ng Salib yang tercetus antara dunia Islam dan Kristian. Pasukan ini dikenali dengan pelbagai nama, bergantung kepada kedudukan wilayah penguasaan mereka.
Nama asal tenter4 elit ini ialah Hospitallers of St. John of Jerusalem (1113-1309). Setelah berjaya menaw4n Rhodes pada 1309, ia dikenali sebagai Knights of Rhodes. Kemudian apabila mereka menduduki Malta, dikenali sebagai Knights of Malta (1530-1798).
Kini, Hospitallers kekal wujud dengan nama rasminya Sovereign Military and Hospitaller Order of St John of Jerusalem, of Rhodes, and of Malta. Mereka diiktiraf oleh Holy See sebagai sebuah entiti berdaulat yang mempunyai passport mereka yang tersendiri.
Sejarah Penubuhan
Tidak seperti tenter4 elit yang lain seperti Templars dan Teutonic yang wujud pasca penawanan Jerusalem 1099, Hospitaller telah wujud sebelum daripada itu lagi. Hospitaller bermula sebagai sebuah hospital di Jerusalem di mana mereka memberikan rawatan perubatan kepada pesakit dan jemaah Kristian yang menziarahi Tanah Suci.
Hospital ini didirikan oleh para pedagang Itali dari Amalfi, salah seorangnya ialah Mauro of Pantaleone. Ia dinamakan St John sempena mengambil nama Gereja St John dimana lokasi mereka beroperasi.
Setelah Jerusalem berjaya ditaw4n oleh tenter4 Salib pada 1099, ketua Hospitaller, Gerard telah memperluaskan cawangan hospitalnya ke Eropah bagi memudahkan perjalanan jemaah yang menziarahi Tanah Suci.
Pada 15 Februari 1113, Hospitaller telah ditubuhkan secara rasmi melalui pengisytiharan papal bull oleh Pope Paschal II. Hal ini bermakna mereka merupakan sebuah entiti yang bebas tanpa bernaung di bawah mana-mana autoriti asing kecuali Pope. Persis seperti Templars, mereka juga bebas untuk menubuhkan markas di mana-mana kerajaan Kristian.
Setelah Raymund de Guy mengambil alih kepimpinan pada 1120, beliau telah menjadikan Hospitaller sebagai sebuah pasukan yang bersifat militer. Namun, tugas merawat di hospital masih dilaksanakan oleh mereka.
Hospitaller kemudiannya berkembang sebagai sebuah pasukan ketenter4an elit yang sangat digeruni musuh. Mereka juga bertugas dalam melindungi perjalanan para jemaah yang menuju ke Jerusalem, persis seperti Templars.
Sifat Hospitaller
Hospitaller merupakan sepasukan tenter4 yang amat mementingkan kehidupan yang zuhud. Untuk mengenali mereka sangat mudah. Mereka mengenakan pakaian serba hitam dan mempunyai logo salib 8 bucu berwarna putih. Mereka dilarang memakai pakaian berwarna-warni kerana bagi mereka, itu merupakan tanda riak.
Malah mereka juga diharamkan daripada memakai pakaian yang diperbuat daripada kulit binatang.
Pada awal-awal penubuhan, mereka telah melancarkan semboyan ke seluruh Eropah dalam usaha untuk merekrut ahli-ahli baru. Bagi sesiapa yang mahukan gaya hidup yang zuhud dan berbakti kepada Tuhan, sambil menjadi seorang tenter4 di Tanah Suci, amatlah dialu-alukan untuk menyertai pasukan ini.
Antara syarat untuk menyertai ialah seseorang perlu bersih dari rekod jenayah, tidak berhutang serta bersedia menjalani kehidupan sederhana. Para Hospitaller diwajibkan untuk mengenakan pakaian seminimal yang mungkin. Mereka juga perlu memandikan pesakit serta membersihkan tempat tidur sehinggalah para pesakit sihat.
Hospitaller Dalam Bidang Rawatan
Dalam kesibukan berperang, Hospitaller tetap tidak menyisihkan tugas asal mereka iaitu merawat pesakit di hospital mereka. Ketika zaman pemerintahan Salib di Jerusalem, hospital mereka mampu memuatkan kira 1000 pesakit dalam satu-satu masa.
Ketika puak Salibi menang ke atas Salahuddin dalam Pertempur4n Montgisard 1177, dilaporkan Hospitaller menerima seramai 750 tenter4 yang cedera serta penambahan 900 lagi pesakit biasa. Ini menggambarkan kemampuan hospital tersebut dalam menampung jumlah pesakit yang begitu ramai.
Mereka yang berkhidmat di hospital rata-rata merupakan golongan terpelajar yang merupakan lepasan dari universiti abad pertengahan.
Hospitaller juga menyedikan khidmat ambulans di mana mereka akan mengutamakan orang-orang miskin yang tiada wang untuk pergi ke hospital. Mereka akan menjemput pesakit dari rumah dan dihantar terus ke hospital. Hospitaller juga mempunyai tenaga jururawat yang ramai.
Fungsi Hospitaller tidak terbatas dalam bidang rawatan sahaja, malah mereka juga telah mendirikan rumah anak yatim serta pusat asuhan kanak-kanak. Di rumah anak yatim, mereka akan dibesarkan dari bayi dan diberi pendidikan sehinggalah menginjak dewasa.
Bukan itu sahaja, Hospitaller juga telah mendirikan food bank bagi membantu orang-orang miskin yang kelaparan. Masyarakat yang memerlukan bantuan makanan hanya perlu beratur dan makanan akan diberi oleh penjaga pusat berkenaan.
Hospitaller Di Medan Per4ng
Hospitaller beransur-ansur menjadi kaya apabila para bangsawan dari Eropah mula menyertai dan mendermakan harta mereka. Dengan kekayaan ini, mereka telah menaiktaraf kemampuan senjata mereka dan menubuhkan markas bagi melatih tentera.
Di Timur Tengah sahaja, mereka mempunyai 25 buah kubu pertahanan.
Hospitaller merupakan aktor yang penting terutamanya dalam mempertahankan kerajaan Salib di Timur Tengah. Setelah puak Salibi berjaya mengukuhkan penguasaan mereka di Levant, mereka menerima pelbagai anc4man daripada kuasa-kuasa Islam yang lain.
Maka dengan itu pada 1142, Count Raymond II (pemerintah Tripoli) telah mengurniakan lima buah kubu pertahanan (Crac de Chevaliers, Anaz, Talkalakh, Qalaat el Felis dan Mardabech) untuk diduduki oleh Hospitaller. Mereka ditugaskan untuk menjaga perbatasan negeri Salibi daripada anc4man tenter4 Islam, terutamanya dinasti Zangi yang berpusat di Mosul.
Hospitaller dikenali kerana kemampuan unggul mereka di medan per4ng. Mereka merupakan sebuah pasukan yang sangat tersusun dan mempunyai tahap kesiap siagaan yang tinggi. Hal ini menjadikan mereka sangat reaktif terhadap mobiliti dan taktik tenter4 Islam yang pada ketika itu lebih superior berbanding puak Salibi.
Malah Salahuddin sendiri menjanjikan ganjaran bagi mana-mana tentera Islam yang berjaya menangkap Hospitaller hidup-hidup.
Sistem pentadbiran ketenter4an Hospitaller juga bersifat efisien dimana mereka mempunyai rangkaian logistik yang luas dengan berlambaknya pos di seluruh Eropah. England dan Perancis sejak dulu man-power terbesar bagi Hospitaller. Kemampuan dari segi dana, bekalan serta proses merekrut tenter4 menjadikan prestij Hospitaller meningkat naik dari masa ke masa.
Pasca Jerusalem 1187
Setelah Salahuddin berjaya mer4mpas Jerusalem pada 1187, baginda telah memberi tempoh selama setahun kepada Hospitaller bagi membersihkan operasinya di Jerusalem. Hal ini bagi memastikan kesemua pesakit di Jerusalem dapat dipindahkan dengan cermat dan selamat.
Hospitaller kemudiannya memindahkan pusat pentadbirannya ke Margat, lalu tidak lama selepas itu beralih ke Acre pada 1197. Acre pada waktu itu merupakan kota terkahir yang dimiliki oleh puak Salibi sebelum ianya jatuh ke tangan Kesultanan Mamluk pada tahun 1291. Dengan kejatuhan Acre, mereka terpaksa berpindah lagi nak kali ini ke Limassol, Cyprus.
Pada tahun 1309, Hospitaller telah berjaya menduduki Rhodes dan seterusnya berjaya menubuhkan sebuah kerajaan yang berdaulat. Hospitaller telah berjaya membangunkan Rhodes sebagai sebuah kuasa maritim yang digeruni di Laut Mediterranean. Ketika inilah mereka dikenali sebagai Knights of Rhodes.
Kerajaan Rhodes yang dipimpin Hospitaller telah menjadi anc4man kepada kapal-kapal orang Islam selama lebih dua abad. Sebagai sebuah kerajaan Kristian yang paling timur, mereka dianggap perisai utama dalam mengekang kekuasaan orang Islam daripada terus maju ke Eropah.
Kejatuhan Rhodes 1522
Menjelang abad ke-15, Uthmaniyyah telah menjadi watak penting dalam dunia Islam sebagai sebuah empayar yang sangat kuat. Uthmaniyyah juga telah berjaya membentuk sebuah angkatan armada yang paling ampuh di perairan Mediterranean.
Menyedari keperluan untuk menaw4n Rhodes, Sulaiman Al Qanuni (atau The Magnificent di Barat) telah bertindak mengepung Rhodes selama enam bulan lamanya. Baginda akhirnya berjaya menaw4n Rhodes pada 22 December 1522 apabila Hospitaller bertindak menerima terma-terma perjanjian.
Ahli-ahli Hospitaller dibenar untuk meninggalkan Rhodes secara beransur-ansur. Pada 1 Januari 1523, saki baki Hospitaller kesemuanya telah meninggalkan kepulauan tersebut dan menuju ke benua Eropah. Selama tujuh tahun lamanya, Hospitaller bergerak tanpa kewujudan pusat pentadbiran.
Era Baru di Malta
Namun pada tahun 1530, Charles V berkenan untuk mengurniakan Kepulauan Malta kepada Hospitaller dengan syarat-syarat yang tertentu. Maka ketika ini pasukan tersebut dikenali sebagai Knights of Malta. Setelah berjaya menduduki Malta, Hospitaller terus menerus membantu kerajaan Kristian dalam memerangi kuasa Muslim dalam Per4ng Salib.
Namun, anc4man Uthmaniyyah tidak akan putus selagi mana nafsu besar bangsa Turki untuk menguasai seluruh perairan Mediterranean tidak tercapai. Maka pada tahun 1565, Sulaiman Al Qanuni telah mengerahkan kekuatan armada lautnya untuk mengepung Malta. Namun, pengepungan ini menemui kegagalan. Malta berjaya dipertahankan oleh Hospitaller.
Peranan Hospitaller dalam membantu kerajaan Kristian dalam medan peperangan diteruskan dalam Pertempur4n Lepanto 1571. Dalam per4ng laut ini, Pakatan Kristian yang dibentuk oleh Pope Pius V telah berjaya menewaskan armada Uthmaniyyah.
Hampir keseluruhan armada Uthmaniyyah lumpuh akibat daripada kekalahan dalam Pertempur4n Lepanto. Sejak dari kemenangan bermakna itu, kedudukan Hospitaller di Malta telah bertahan buat beberapa abad seterusnya.
Hospitaller Memasuki Era Moden
Setelah kedudukan Hospitaller di Malta semakin kukuh, ia beransur-ansur mengurangkan fungsi militernya dengan lebih menfokuskan usaha dalam bidang rawatan perubatan. Pada 1798, Napoleon telah bertindak menaw4n Malta dalam ekspidisi jajahannya ke Mesir. Namun setelah Perjanjian Paris 1814 dimeterai, kepulauan Malta menjadi hak milik kerajaan British.
Hospitaller tidak terbubar walaupun kini mereka tidak mempunyai wilayah penguasaaan.
Pope telah mengambil alih pentadbiran Hospitaller pada tahun 1879 di Rom, Itali. Satu perlembagaan baru telah dirangka pada tahun 1961 bagi menetapkan sistem pentadbiran Hospitaller dan seterusnya mengisytiharkan secara rasmi pada tahun 1966.
Pada hari ini, Hospitaller dikenal secara rasmi sebagai Sovereign Military and Hospitaller Order of St John of Jerusalem, of Rhodes, and of Malta. Mereka lebih menfokuskan kepada usaha kesukarelawanan dan bidang rawatan perubatan. Malah St John Ambulance juga merupakan salah satu cabang daripada Hospitaller.
Walaupun mereka bukan lagi sebuah entiti politik, tetapi mereka masih diiktiraf sebagai sebuah organisasi yang berdaulat. Mereka boleh mengeluarkan passport, duit syiling dan stem yang tersendiri. Hospitaller juga memegang status sebagai pemerhati tetap dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
RUJUKAN:
Hospitallers. https://www.britannica.com/topic/Hospitallers
Mark Cartwright (24 August 2018). Knights Hospitaller .https://www.ancient.eu/Knights_Hospitaller/
(Early) Knights Hospitaller: 10 Things You Should Know, https://www.realmofhistory.com/2018/07/23/facts-early-knights-hospitaller/
Knights Hospitaller: Origins. https://www.youtube.com/watch?v=VSnt1ATgYRo
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih