Aku menyokong kenyataan YB Tok Mat Hassan. Apa yang dibawakan oleh beliau adalah tepat dan itulah menjadi dasar Malaysia sebelum ini.

Aku ulang balik apa yang aku selalu katakan.

Malaysia tidak menyertai, menandatangani dan menratifikasi sebarang Konvensyen dan Protokol PBB mengenai Perlarian termasuklah Konvensyen PBB mengenai Pelarian tahun 1951.

Oleh yang demikian, Malaysia tidak mempunyai sebarang keperluan secara undang-undang antarabangsa untuk MENERIMA PELARIAN.

Angka 150,000 orang Rohingya yang dinyatakan oleh Tak Mat Hassan di Malaysia merujuk kepada 150,000 pendatang tanpa izin (PATI).

Walaupun mereka mempunyai kad pelarian yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Tinggi PBB mengenai Pelarian (UNHCR), Malaysia tidak mengiktiraf dan melayan mereka sebagai Pelarian.

PATI ini pula selalunya jika ditahan oleh Jabatan Imigresen, kesudahannya adalah hantar pulang (deportation) terus ke negara asal.

Namun, Malaysia tidak lah kejam dan tidak bertimbang rasa sesama insan langsung. 150,000 orang Rohingya yang sedia ada kita beri bantuan atas dasar KEMANUSIAN (Humanity).

Dalam kes terbaru, penguatkuasa perairan kita masih mengagihkan bantuan makanan dan ubat-ubatan kepada mereka tetapi bot-bot mereka tidak boleh berlabuh.

KONVENSYEN UN MENGENAI PELARIAN 1951

Menurut konvensyen ini dan protokol-protokol lain selepasnya, negara yang menyertai WAJIB menerima pelarian yang inginkan perlindungan di wilayah kedaulatan sendiri.

Kemudian, pelarian-pelarian ini harus dibela dan dijagai mengikut garis paduan UN yang membela hak asasi setiap manusia.

Mereka dibenarkan bekerja, bersekolah dan sekiranya konflik di tanah air mereka tamat, mereka boleh memilih untuk kembali atau NATURALISASI (diserapkan) sebagai warganegara.

Dalam tempoh sebagai pelarian, rakyat Malaysia harus menanggung perbelanjaan menguruskan mereka termasuklah makan minum dan tempat tinggal.

Malahan kos untuk memastikan mereka tidak membawa penyakit juga perlu ditanggung kerana rata-rata mereka, khususnya anak-anak kecil ini tidak menjalani proses imunisasi dan vaksinasi.

Anak-anak mereka yang bersekolah dan menerima rawatan di hospital kerajaan juga bermakna kehidupan mereka disubsidi/ditanggung oleh pembayar cukai Malaysia.

Jangan lah ingat aku ini macam rasis yang kejam. Aku cuma menjadi realistik dan praktikal dalam soal ini.

Hadamkan hujah aku.

NATURALISASI DAN PERUBAHAN DEMOGRAFIK SERTA SOSIAL NEGARA

Isu pelarian ini baik Rohingya atau satu ketika dahulu orang hanyut Vietnam pada era tahun 70an harus dilihat secara holistik.

Angka 150,000 itu mungkin nampak sedikit jika dibandingkan dengan 33 juta rakyat Malaysia.

Andainya Malaysia menyertai Konvensyen UN 1951, angka tersebut boleh meningkat sehingga lebih 500,000 hingga ke 700,000 sekiranya tidak dikawal.

Angka ini sudah melebihi bilangan populasi negeri Perlis dan beberapa bandar utama.

Naturalisasi bermakna mereka juga boleh MENGUNDI dan menjadi PEMIMPIN negara.

Maka, kita boleh katakan tindakan beberapa kelompok rakyat Malaysia yang bertegas mahukan Malaysia menyertai dan meratifikasi Konvensyen berkenaan juga bermotif politik!

500,000 undi baharu! Ini boleh mengubah Keseimbangan Pengaruh Politik tempatan.

Keseimbangan ekonomi juga akan berubah. Dengan kuasa populasi yang ada, dinamika ekonomi dan perniagaan akan berubah.

Jangan lupa, rakan Rohingya kita ini kebanyakkannya ahli perniagaan yang berjaya di wilayah Rakhine mereka. Mereka mengusai aktiviti ekonomi di Sittwe sebelum mereka dibantai keluar oleh puak pelampau Buddha di sana.

MYANMAR DAN XINJIANG

Kita akui bahawa tragedi pembantaian orang Rohingya di Rakhine adalah menyedihkan. Lebih-lebih lagi mereka juga saudara seagama dan seakidah kita.

Tetapi kita harus rasional dan realistik soal ini.

Pemerintah negara asal mereka, Kerajaan Myanmar pula bertindak untuk tidak mengiktiraf etnik Rohingya sebagai etnik rasmi Myanmar.

Cuba kita dalami mengapa Kerajaan Myanmar boleh terima beratus-ratus etnik sebagai warganegara dan tidak Rohingya?

Ada hujah menyatakan ianya dipengaruhi dan dihasuti oleh puak pelampau Buddha di sana. Tetapi kuasa mutlak pemerintahan Myanmar adalah TENTERA.

TENTERA ini selalunya jarang dipengaruhi sentimen agama kerana kuasa sebenar bagi golongan junta adalah ASKAR DAN SENJATA.

Antara hujah lain adalah ada sebilangan orang Rohingya yang sudah berkata-kata dan mula membakar sentimen AUTONOMI dan KEMERDEKAAN wilayah Rakhine mereka.

Maklumlah, mereka sudah kuasai ekonomi dan populasi mereka ramai.

Junta Tentera Myanmar sudah pasti tidak akan membenarkan perkara ini dan proses transmigrasi etnik-etnik utama Myanmar ke Wilayah Rakhine sudah dimulakan.

Pembantaian lebih mudah dijalankan apabila rakyat Myanmar sendiri yang rata-rata penganut Buddha yang taat merusuh apabila dihasut oleh puak pelampau.

Perbandingan kes adalah seperti di Wilayah Xinjiang China dimana etnik Uiyghur dibantai dan ‘disekolahkan’ oleh pemerintah Komunis China.

Disebabkan potensi kemerdekaan yang dibawa oleh orang Uiyghur sendiri, pemerintah Komunis China telah lama memindahkan rakyat etnik Han ke Xinjiang untuk mengubah demografik populasi sana.

ASEAN DAN ROHINGYA

Sebab itu, aku banyak kali berkata, JANGAN gelojoh dan terhegeh-hegeh nak jadi JUARA HAK ASASI MANUSIA ASEAN.

Ramai yang acah-acah pejuang etnik Rohingya di Malaysia ini sebenarnya tidak diketahui samaada mereka memahami atau tidak perjuangan sebenar membela etnik ini.

Atau mereka mungkin hanya mahu gunakan rakan-rakan Rohingya kita yang malang ini untuk mereka dilihat sebagai wira?

Untuk makluman, sehingga kini TIADA negara anggota ASEAN yang menyertai dan meratifikasi Konvensyen Pelarian UN 1951.

Indonesia dan Filipina yang ada rekod dan advokasi Hak Asasi Manusia yang tinggi di rantau ini pun tidak menerima orang Rohingya masuk ke wilayah mereka.

Thailand yang menjadi jiran Myanmar juga menolak dan Singapura yang ekonominya paling maju (per kapita) juga tolak.

Pernah ada sekitar 2015-2016, Malaysia-Thailand-Indonesia terpaksa adakan mesyuarat peringkat Menteri Luar Negeri khas untuk cuba menyelesaikan isu ini.

Tuntas, tiada negara yang mahu menyerap dan MENANGGUNG orang malang Rohingya ini.

Oleh yang demikian, takkanlah Malaysia oleh kerana mahu jadi OBOR HARAPAN (Beacon of Hope) di ASEAN dalam soal Hak Asasi Manusia mahu terima berseorangan?

Mudahlah kerja negara jiran nanti, ada konflik ada pelarian, semua boleh tolak ke Malaysia. Kita wajib terima.

Hebat kan?

MENUJU KE MASA HADAPAN

Soal pelarian dan orang Rohingya ini unik dan sangat menyulitkan. Kesan pada keputusan yang diambil besar. Bukan sahaja diperingkat ASEAN, malahan kesan domestik lebih berpanjangan.

Buat masa ini, pendekatan ASEAN iaitu ‘CONSTRUCTIVE DIALOGUE’ bersama Kerajaan Myanmar harus diteruskan dan berkemungkinan ianya memerlukan proses bergenerasi lamanya.

Tok Mat Hassan ada kata isu ini perlu ada PERMANENT SOLUTION di peringkat ASEAN!

Setuju, tapi aku ralat dengan istilah ini kerana disebelah barat kita, masih ada lagi PERMANENT SOLUTION yang tak dapat dilaksanakan iaitu KONFLIK PALESTIN-ISRAEL!

Ini satu lagi konflik besar melibatkan saudara seakidah yang tidam kunjung habis. Umpama “NO PERMANENT SOLUTION, ONLY PERMANENT CONFLICT”

Bagi orang Rohingya yang sudah ada di tanah air kita, kita bantulah semampu yang boleh atas prinsip kemanusiaan dan saudara seakidah.

Kita gunakan medium kesukarelawanan dan NGO untuk meringankan beban mereka disamping mengubah mereka menjadi lebih berkemampuan.

Binalah sekolah, jadilah guru sukarela dan latihlah anak-anak Rohingya untuk mereka beroleh ilmu dan ihsan.

Sekurang-kurangnya kita membantu mengurangkan risiko mereka akan tercicir dan elakkan dari menjadi pertambahan statistik jenayah kita.

Itulah keadaannya kini dan itulah dia.

Bukan Kerajaan Malaysia tidak boleh bantu. Boleh… Tapi ada batasnya.

Kerajaan Malaysia masih punya tanggungjawab dan keutamaan kepada kesejahteraan rakyat Malaysia sendiri. Mereka harus ada akauntabiliti pada pembayar-pembayar cukai seperti aku, kau dan dia.

Sebagai penutup, janganlah kita mudah menunding jari, fahamilah isu dan carilah maklumat sedalamnya sebelum membuat pilihan yang terbaik. Wallaualam

Azwan Omar
Serendah
22 April 2020.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Azwan Omar adalah seorang yang berpengalaman 'rojak' dari Kejuruteraan Elektrik, Kewangan Korporat, Perakaunan, Polisi Awam, Hubungan Antarabangsa dan 'Seni Makanan'. Azwan Omar juga seorang pencinta buku, penggila komik, manga dan manhwa. Rajin menonton filem secara solo dan jika melayan internet, dia akan terlupa masa kerana seronok. Maka jangan jadi macam Azwan Omar. Jadi lebih baik dari Azwan Omar

Comments are closed.