Selepas Jepun menyerah kalah, Parti Komunis Malaya bermaharajalela di Tanah Melayu mengambil kesempatan memerintah negara selama 14 hari.
Penduduk dah tak tahan dengan kerakusan PKM. Ramai mula bangkit menentang. Antaranya ialah Kiyai Haji Mohd Salleh Abdul Karim.
Siapa dia ni?
Kiyai Salleh adalah seorang pejuang yang juga mindanya penuh dengan ilmu dari guru-guru hebat. Pegangan beliau pada al-Qur’an jadi dorongan utama dalam hidup.
Cuba fikir perasaan beliau yang terbakar melihat kerakusan golongan anti-agama macam PKM. Bala komunis cuba semai benih Marxisme dalam hati orang Melayu.
Jika dibiar lebih lama, pejuang-pejuang Melayu bimbang kemungkinan PKM akan berjaya.
Jadi mereka mula atur langkah, Kiyai Salleh sebagai ketua penentang. Hanya 38 orang sahaja yang bersama Kiyai Salleh dalam penentangan ini.
Dan mereka inilah menjadi anggota-anggota Selempang Merah yang disebut-sebut hingga kini.
Antara amalan anggota Selempang Merah sebelum turun bertarung ialah sentiasa berzikir, berpuasa, sentiasa menjaga solat, bacaan Surah Yaasin dan pelbagai ayat suci al-Quran sebagai amalan sepanjang masa.
Serangan pertama Selempang Merah berlaku di Kangkar Senangar, Parit Sulong.
Komunis yang bersenjata api cuba tembak diorang tapi gagal. Tembakan diorang banyak hala ke atas kerana sangka Kiyai Salleh dan pengikutnya gergasi bersaiz pokok kelapa.
Situasi tersebut dimanfaatkan Selempang Merah dan satu persatu komunis mati dengan parang yang seakan-akan terbang memburu mangsanya.
Kejayaan Selempang Merah tersebar ke seluruh Batu Pahat dan Muar sekaligus menguatkan keyakinan orang Melayu menentang komunis.
Selepas itu, lebih banyak serangan dilancarkan di Bukit Naning dan Air Hitam, Muar serta Semerah dan Parit Ju, Batu Pahat.
Komunis yang ketakutan membalas dendam dengan serang rumah-rumah orang Melayu dan bunuh beberapa penghulu.
Kiyai Haji Salleh rancang serang kubu kuat Bintang Tiga di Bandar Penggaram. Kumpulan yang berpangkalan di Bagan ni kemudiannya disertai ratusan orang Melayu dari Batu Pahat dan Muar.
Datang pula Dato Onn Jaafar yang ketika itu bertugas sebagai Pegawai Daerah Batu Pahat cuba pujuk Kiyai Salleh batalkan hasratnya. Dato Onn bawa hasil pertemuan dengan masyarakat Cina di Bandar Penggaram.
Semua takut kedatangan Selempang Merah akan tinggalkan sebuah bandar yang berkecai. Malah Dato Onn juga ingin elakkan serangan balas Bintang Tiga.
Mencuba nasib, Kiyai Salleh ikut Dato Onn untuk berunding dengan ketua Bintang Tiga. Turut bersama adalah para penghulu mukim dan ketua masyarakat Cina; semua turun Dewan Perniagaan Cina di Jalan Rahmat.
Di situ, kata sepakat tercapai untuk menghentikan segala kegilaan yang melanda.
Pihak Istana Johor keluarkan perintah mengadap yang mana Kiyai Salleh pergi bertemu dengan Sultan Ibrahim ibn Sultan Abu Bakar pada 26 Disember 1945.
Baginda titahkan Kiyai Salleh supaya ambil alih jawatan Penghulu Empat.
Kerana Kiyai Salleh, Bintang Tiga terus kecut telur lari dalam keadaan bersepah dimamah pejuang Melayu.
Diorang tak dapat mengapa-apakan Kiyai Salleh yang akhirnya meninggal dunia tak sampai 2 tahun Tanah Melayu merdeka pada 21 April 1959 ketika berusia 43 tahun.
Oleh: Azizul Farhan
___
Dah bersepah orang cakap Hummus tu pencetus keganasan. Jadi kami nak tunjuk bukti yang melawan penjajahan bukannya menjadi sebuah kesalahan.
Selam pengalaman Komander VAT69 yang menentang komunis bersama buku biografinya PERTEMPURAN DI HUTAN. Dapatkan Segera!

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply