Selalunya orang kalau nak minum benda yang menyegarkan ni, diorang minum air barli. Nak lagi sedap, campur sikit lemon ataupun sunquick oren. Tapi kalau takde barli, korang boleh guna air rebusan beras. Rasa dia sama je. Persoalannya, kenapa sama?

Jawapannya ialah sebab barli dengan padi ni taraf sepupu sepapat je. Masa zaman purba dulu, orang orang dulu kutip biji biji lalang untuk dimakan. Lepas ribuan tahun kena campur biak, lama lama lalang ni jadi pokok bijiin yang kita kenal sekarang.

Disebabkan lalang lalang ni semua dekat dekat je genetik, hasilnya pokok bijirin macam gandum, padi, barli, sekoi (millet) semua tu pun dekat dekat jugak. Jadi sebab tu kalau kita rebus beras, rasa dia masih sama macam barli, gandum kita boleh rebus dan makan macam makan nasi, dan beras sebenarnya boleh dimasak jadi macam roti Gardenia tanpa guna gandum. Semuanya sebab rasa diorang dekat dekat sama sebab genetik pun dekat dekat.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Leave A Reply