Bila kita fikir pasal dadah ni, kita mesti akan ingat slogan ‘Dadah Musuh Negara’. Benda ni bukan hiperbola, memang dulu dadah pernah hancurkan negara. Contoh kes ni ialah empayar Qing di China.

 

Dulu, dadah yang dimaksudkan ni ialah opium. Ilmuwan dulu dulu guna opium ni sebagai ubat tahan sakit, tapi lama lama digunakan sebagai dadah rekreasi. Sekitar abad ke 18, empayar Qing haramkan penggunaan opium sebab benda ni merosakkan rakyat dia.

Pada abad yang sama jugak, masa ni empayar Qing dah berada pada tahap paling kaya. Semua negara berebut nak berdagang dengan Qing sebab banyak barang barangan mewah seperti seramik porselein. Benda ni mewujudkan defisit dagangan terhadap negara Eropah. Duit emas perak semua masuk ke Qing, jadi emas perak di Eropah jadi makin kurang.

Mai datang British, dia bawak satu idea ni. Dia tau dadah ni benda yang orang ketagih dan selalu beli, jadi dia mula buat ladang opium besar besaran di Bengal. Lepas tu diorang dagangkan opium ni kat China untuk stabilkan balik defisit emas perak tu. Walaupun opium ni diharamkan di China dan berapa kali pihak berkuasa sana buat raid, opium ni masih banyak didagangkan sebab British jual secara haram. Rakyat Qing pun lama lama makin rosak sebab dadah opium.

Lepas beberapa ketika, campur lagi dengan kes kes lain, empayar Qing isytihar perang terhadap British, tapi diorang kalah. Ini Perang Opium Pertama. Sebagai ganti rugi, British mintak wilayah Hong Kong untuk dijadikan pelabuhan bebas cukai. Hasilnya, makin banyak lah opium masuk ke China dan makin ramai rakyat China rosak. Pada tahun 1799, 4500 peti opium didagangkan di China. Pada tahun 1850, 70,000 peti opium (bersamaan dengan 4500 tan) masuk China.

Jadi betul lah dadah ni merosakkan negara. Tapi kita lupa kita ada benda lain yang sama sama menjahanamkan negara. Pertama, dadah. Kedua, rasuah. Ketiga, cinggey.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Leave A Reply