Kalau korang pernah dengar nama-nama berhala yang diruntuhkan oleh Rasulullah SAW ketika Fathu Makkah, mesti korang biasa dengar nama Manat, Latta dan Uzza.

 

Tapi korang pernah tak dengar pasal Naila dan Isaf?

 

Isaf dan Nailah adalah berhala yang disembah dan diagungkan oleh masyarakat jahiliah ketika sa’i. Isaf diletakkan di bukit Safa dan Nailah di Marwah.

 

Menurut kepercayaan ahli kitab, keduanya disumpah jadi batu sebab berzina di dalam Kaabah dan kemudian dihukum oleh Allah SWT.

 

Imam al-Qurtubi ada ceritakan pasal berhala ni dalam tafsirnya. Kisah Isaf dan Nailah ni melibatkan seorang lelaki bernama Isaf bin Baqa’ (atau Isaf bin Amr) dan seorang wanita bernama Nailah binti Zi’bin (atau Nailah binti Sahl), keduanya dari kalangan Jurhum.

 

Dikatakan diorang ni berzina dalam Kaabah dan Allah SWT sumpah diorang jadi batu dan berhala diorang diletakkan di Kaabah sebagai peringatan.

 

Ada versi kisah yang sebut pasal berhala ni awalnya diletakkan di Safa dan Marwah. Kemudian, Qusai bin Kilab pindahkan berhala ni ke tepi Kaabah dan akhirnya ke telaga Zamzam.

 

Imam al-Qurtubi nyatakan kisah ni dipegang oleh golongan Ahli Kitab dan masyarakat jahiliyyah mula sembah berhala-berhala ni.

 

Kepercayaan ni turut diamalkan golongan Ansar sebelum peluk Islam. Ada hadis yang diriwayatkan oleh Sayidatina Aisyah (ra) pasal ni:

 

أَنَّ الأَنْصَارَ كَانُوا يُهِلُّونَ فِي الْجَاهِلِيَّةِ لِصَنَمَيْنِ عَلَى شَطِّ الْبَحْرِ يُقَالُ لَهُمَا إِسَافٌ وَنَائِلَةٌ ‏.‏ ثُمَّ يَجِيئُونَ فَيَطُوفُونَ بَيْنَ الصَّفَا وَالْمَرْوَةِ ثُمَّ يَحْلِقُونَ ‏.‏ فَلَمَّا جَاءَ الإِسْلاَمُ كَرِهُوا أَنْ يَطُوفُوا بَيْنَهُمَا لِلَّذِي كَانُوا يَصْنَعُونَ فِي الْجَاهِلِيَّةِ قَالَتْ فَأَنْزَلَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ‏ {‏ إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ‏}‏ إِلَى آخِرِهَا – قَالَتْ – فَطَافُوا ‏.‏

 

Maksudnya: Sesungguhnya golongan Ansar pada zaman jahiliah bertalbiah memuja dua berhala yang diletak di persisiran pantai dikenali sebagai Isaf dan Nailah. Kemudian diorang pergi bersa’i di antara Safa dan Marwah, setelah itu diorang bercukur. Setelah kedatangan Islam, diorang taknak bersa’i keliling berhala mereka disembah pada zaman jahiliah. Sayidatina Aisyah berkata: Lalu Allah turunkan ayat (إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ) sehingga akhir ayat. Aisyah berkata lagi: Kemudian mereka pun bersa’i (di antara Safa dan Marwah)

 

Riwayat Muslim (1277)

 

Ringkasnya, lepas orang-orang Ansar ni peluk Islam, diorang ingat ibadah Sa’i ni cara jahiliah sampailah Allah SWT turunkan ayat:

 

إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ

 

Maksud: Sesungguhnya “Safa” dan “Marwah” itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) agama Allah.

(Surah al-Baqarah ayat 158)

 

Lepas Fathu Makkah, Rasulullah SAW hancurkan berhala Isaf dan Nailah sebab Sa’i dengan berhala ni dianggap sebagai perbuatan musyrik pada zaman jahiliah bertentangan dengan ajaran Islam.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Bercakap pasal dakwah, segala rintangan yang dihadapi Rasulullah juga perlulah kita jadikan tauladan dan pengajaran. Nak tahu lebih lanjut, dapatkan MUHAMMAD: DAKWAH DAN DIPLOMASI. Cepat borong di Shopee: https://shope.ee/AKBSOU4wr3


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply