Kisah-kisah mengenai tokoh ini banyak diselubungi kisah romantism semata-mata, tanpa pernah sisi permainan geopolitik yang handa, sisi permainan realpolitik yang menakjubkan dipersembahkan kepada kita.

Ada ramai yang suka “romanticize” pencapaian Saladin. Seolah-olah beliau diberi kemenangan hanya kerana beliau seorang yang warak dan zuhud. Seperti yang suka diulang-ulang oleh khatib pada hari Jumaat: Constantinople ditawan oleh Sultan al-Fatih kerana tak tinggal solat dhuha.

Tapi berapa ramai yang benar-benar meneliti strategi Saladin?

Sebelum kita nak baca tentang strategi geopolitik/realpolitik Salahuddin, kami cadangkan korang beli buku WORLD WITHOUT WALL III. Buku ni ada banyak analisis geopolitik hebat. Nak bermain geopolitik sehebat Saladin, kena ada asas yang kukuh dulu. Beli: https://shopee.com.my/product/238336777/20027103051/

Saladin seorang yang berpandangan jauh dan memahami prinsip geopolitik (hubungan antara geografi dan kekuatan negara). Beliau sedar Kingdom of Jerusalem (kerajaan Tentera Salib) hanya dapat ditawan melalui “encirclement” dari utara (Syria) dan selatan (Mesir).

Namun Saladin hanya menguasai Mesir ketika itu. Saladin tertakluk kepada autoriti Nur al-Din Zanki di Syria, seorang pemimpin yang hebat tapi sangsi dengan Saladin. Nur al-Din merancang untuk melucutkan kuasa Saladin cuma perancangannya gagal selepas beliau meninggal dunia.

Lantas Saladin memberontak terhadap dinasti Zanki di Syria. Saladin, seorang Sunni Asy’airiyah, sanggup berpakatan dengan Rasyid al-Din Sinan (Hasyasyin Syiah Nizari) untuk menentang musuh dari kem Zanki (Sunni Asy’airiyah).

Pada tahun 1185, Saladin juga memeterai perjanjian pakatan dengan Rom Byzantine (Kristian Ortodoks), musuh kepada Tentera Salib (Kristian Katolik).

Saladin menerapkan prinsip-prinsip realpolitik “musuh kepada musuh ialah kawan saya” (the enemy of my enemy is my friend) dan “pecah dan tawan” (divide and conquer) dalam mencapai matlamatnya, 300 tahun sebelum munculnya Machiavelli.

Saladin bertindak berdasarkan maslahat yang lebih besar (pembebasan Al-Aqsa) dan pengiraan geostrategi. Hanya selepas kedudukannya diperkukuhkan, baru Saladin melancarkan serangan “all-out” ke atas Tentera Salib dan mencapai kemenangan muktamad dalam Pertempuran Hattin (1187).

Perancangan Saladin mengambil masa selama 16 tahun. Dari kejatuhan Al-Aqsa ke tangan Tentera Salib (1099) sehingga pembebasannya oleh Saladin (1187) juga mengambil masa selama 88 tahun.

Kita telah memasuki tahun ke-55. Namun Al-Aqsa akan kembali kepada orang Islam kalau kita dah bersedia dari fizikal, mental dan spiritual.

Zaman kita berbeza dengan zaman Umar al-Faruq dan zaman Salahuddin al-Ayyubi (Saladin). Kekerasan sahaja tidak mampu menewaskan musuh. Kita memerlukan gabungan kekuatan ketenteraan, ekonomi, diplomasi dan strategi.

Terlebih dahulu kita perlu faham prinsip “balance of power” dan “power balance” dalam politik antarabangsa. Kita perlu menguasai prinsip realpolitik. Kita perlu mewujudkan “diplomatic leverage” dan memperhalusi “smart power”.

Kita perlu meneliti cara mengguna “multilateralism” untuk mengatasi “unilateralism” Israel dan US. Kita harus tahu memanipulasi “international public opinion”. Kita wajib tahu apa kelemahan Israel dan kita perlu serang kelemahan tersebut.

Hanya dengan itu, kita mampu jadi generasi Saladin baru yang membebaskan Al-Aqsa (dengan izin Allah).

Seseorang pemuda yang mengkaji tentang teknologi aeroangkasa mungkin kelihatan tidak menyumbang kepada masalah Palestin, tapi hasil kajian dia akan jadi aset kepada Dunia Islam satu hari nanti. Manalah tahu teknologi roket terbaik akan berada ditangan dia?

Seseorang diplomat yang berurusan dengan kedutaan US mungkin akan dilabel macam-macam oleh masyarakat kita. Freemason lah Illuminati lah. Tapi siapa tahu dia sedang membina “leverage” dan “networking” untuk mengimbangi pengaruh pelobi pro-Israel?

Jadi, kita kena selami sisi-sisi lain yang wujud pada Saladin yang sebenarnya sangat membantu kita jadi lebih baik. Bukan Saladin sahaja, Al-Fateh, Khalid Al-Walid, Muawiyah, kalau kita tinggalkan sejenak helaian romantism, makanya kita akan jumpa banyak rahsia tersembunyi.


Akhir kata daripada kami, jangan lupa beli pulak POLITIK UNTUK PEMULA agar kita ada ilmu kukuh pasal politik macam Saladin. Dalam ni ada ulasan mendalam apa tu Realpolitik yang Saladin guna. Beli di Shopee kami: http://t.ly/G6y1


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Leave A Reply