Sebelum dikenali sebagai watak jutawan dan adiwira terkenal Marvel Cinematic Universe (MCU), Downey Jr pernah berdepan detik gelap dalam kehidupannya. Antara tahun 1996 hingga 2001, tempoh tersebut merupakan tempoh kariernya merudum. Dan ia disebabkan oleh satu isu: ketagihan da.d.ah.

Bukan sekali beliau menjadi tumpuan media tabloid kerana ditahan pihak berkuasa atas tuduhan penyalahgunaan da.d.ah. Tanyalah mana-mana pusat pemulihan pada ketika itu, mereka tahu pada satu ketika pernah menerima Downey Jr sebagai pesakit mereka. Tetapi semua usaha untuk mengeluarkannya daripada ketagihan berakhir dengan kegagalan.

Boleh dapatkan dua buku terbaru kami di webstore: https://bit.ly/pratempahktmktr

Downey Jr sendiri mengakui bergelut dengan ketagihan da.d.ah. Semasa diminta memberi sebab kegagalannya mematuhi program pemulihan ketagihan pada 1999 di hadapan hakim, beliau berkata, “Ia seperti saya mempunyai sen.ap.ang pa.t.ah pada mulut, jari pada bahagian picu dan saya suka rasa besi sen.ja.ta itu.”

Dalam keterangan sama, Downey Jr turut mendakwa masalah ketagihannya bermula sejak berusia lapan tahun. Ini disebabkan oleh bapanya merangkap pelakon dan pengarah legenda Robert Downey Sr turut berdepan masalah sama dan memberi bahan tersebut kepadanya. (BBC News, 1999)

Downey Jr beberapa kali dikenakan hukuman pen.ja.ra atas kesalahan berkaitan da.da.h. Misalnya pada 1997, beliau dipen.ja.rakan selama enam bulan selepas terlepas menghadiri ujian air kencing yang ditetapkan oleh mahkamah. (Welkos, 1997) Kesilapan sama pada 1999 mengakibatkan hakim menjatuhkan hukuman pen.ja.ra selama tiga tahun ke atas Downey Jr. (BBC News, 1999)

Selepas dipen.ja.rakan selama setahun, beliau dibebaskan atas alasan menunjukkan kelakuan baik. Walaupun berjaya bangkit menerusi penampilan dalam drama bersiri Ally McBeal, Downey Jr menganggapnya satu detik paling teruk dalam tempoh tersebut. (Wilde, 2003)

Mungkin itu juga menjelaskan mengapa beliau sekali lagi ditahan pada 2001 atas kesalahan da.d.ah. Bagaimanapun, Downey Jr bernasib baik susulan pindaan undang-undang keadilan berkaitan da.d.ah setahun sebelumnya, beliau hanya dikenakan perintah pemantauan selama tiga tahun dan dihantar ke pusat pemulihan.

Tetapi isu ketagihan da.da.h semasa tempoh ini memberi kesan besar kepada dirinya. Rumahtangga yang didirikan bersama isteri pertamanya pelakon Deborah Falconer berakhir dengan perceraian yang dimuktamadkan pada 2004. Downey Jr turut dipecat daripada produksi Ally McBeal dan terlepas peluang membintang beberapa filem seperti America’s Sweetheart dan Melinda and Melinda. (Reuters, 2001)

Hanya selepas itu, barulah beliau mengakui situasi ini tidak boleh diteruskan dan berusaha mendapatkan bantuan diperlukan untuk keluar daripada ketagihan. Sejak 2003, Downey Jr bebas daripada masalah ketagihan. Semua ini berhasil bukan saja kerana sokongan keluarga (termasuk isteri keduanya Susan Levin), terapi, meditasi, yoga dan program pemulihan 12 langkah.

Malah, Downey Jr mengakui isu ini berjaya dikawal kerana mempelajari seni mempertahankan diri Wing Chun dengan jurulatih Eric Oram. (Rodrick, 2012) Oram kemudiannya menjadi perunding pertarungan membabitkan beberapa filem beliau seperti Avengers: Age of Ultron dan Captain America: Civil W.a.r. Jurulatih itu turut menyokong usaha mendapatkan pengampunan untuk Downey Jr sebelum direalisasikan oleh Gabenor California, Jerry Brown pada 2015.

Beliau juga bertuah kerana masih ada rakan yang sudi memberinya peluang kedua dalam dunia lakonan. Tidak lama selepas dibebaskan, pelakon terkenal Mel Gibson membayar bon insuransnya bagi membolehkan Downey Jr berlakon dalam filem The Singing Detective. Bantuan pelakon filem Braveheart itu membantunya membuat kemunculan semula di Hollywood. (Friedman, 2003)

Selain Gibson, Downey Jr turut menghargai peluang yang diberi oleh penerbit Joel Silver. Sebagai jaminan untuk mengelak beliau kembali menjadi penagih, Silver menerusi produksinya Silver Pictures menyertakan klausa 40% gajinya ditahan sehinggalah produksi filemnya, Gothika tamat sesi penggambaran. Sejak itu, klausa berkenaan menjadi klausa standard dalam setiap kontrak filem lakonan Downey Jr. (Campbell, 2020)

Dari sinilah, beliau mengorak langkah sebagai bintang utama Hollywood sama ada sebagai Stark atau sebagai Sherlock Holmes. Dan kini khabarnya, Downey Jr menyertai produksi filem Oppenheimer, sebuah filem biografi J, Robert Oppenheimer arahan Christopher Nolan. Selain beliau, filem tersebut akan dibintangi oleh Matt Damon (francais Jason Bourne), Emily Blunt (Mary Poppins) dan Cillian Murphy (Peaky Blinders). (Rubin, 2021)

RUJUKAN:

Abdul Patah, F. A. (2021, 2 November). ‘Kalau lihat jasad si DITAPIS, saya tak boleh nak bayangkan’ – Hakim. Berita Harian.

Wilde, J. (2003, 8 November). More than skin deep. The Guardian.

Rubin, R. (2021, 2 November). Robert Downey Jr. and Matt Damon to Star in Christopher Nolan’s ‘Oppenheimer’ Movie. Variety.

Reuters. (2001, 31 Mei). Robert Downey Jr.’s DITAPIS ‘Deal’.

Daud, R. (2021, 2 November). “Saya maafkan tertuduh yang ‘buat’ anak saya” – Bapa Zulfarhan. Astro Awani.

Friedman, R. (2003, 14 Oktober). Mel Gibson’s New ‘Passion’ Is Robert Downey Jr. Fox News.

Welkos, R. W. (1997, 9 Disember). Actor Robert Downey Jr. Given 6-Month DITAPIS Term. Los Angeles Times.

Campbell, S. (2020, 18 Disember). A Forgotten Robert Downey Jr. Movie Hits Netflix Next Month. We Got This Covered.

Rodrick, S. (2012, 17 Oktober). Robert Downey Jr.’s Cosmic Punishment

Rodrick, S. (2012, 17 Oktober). Robert Downey Jr’s Cosmic Punishment. Men’s Journal.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.