Al Imam Al Qadhi ‘Iyadh bin Musa Al Yashubi Al Maliki رحمة الله عليه di dalam kitab beliau,Al Syifa’ menyebutkan suatu riwayat dari Sayyiduna Abi Sa’id Al-Khudri رضي الله عنه mengisahkan bahawa seorang gembala sedang menjaga biri-biri gembalaannya lalu terdapat seekor dari biri-biri itu dimakan oleh serigala,maka ia berusaha untuk menghalang serigala itu.

Maka berkatalah serigala itu ; “Bertaqwalah engkau kepada Allah! Engkau menghalangiku dari rezekiku!”

Gembala yang kehairanan itu berkata; “Sungguh menakjubkan! Serigala berbicara dengan bahasa manusia?”

Maka serigala itu membalas: “Mahukah engkau aku khabarkan tentang suatu perkara yang lebih menakjubkan? Bahawa seorang Nabi telah dibangkitkan di antara dua lembah berbatuan hitam (Madinah) yang menyampaikan risalah kenabian sebagaimana Nabi-Nabi yang terdahulu sebelum Baginda”

Lalu gembala tadi pergi menemui Rasulullah dan menceritakan kisah tersebut lalu Baginda membenarkannya dan ia pun masuk Islam.

Demikian juga dari jalan yang lain,dari Sayyiduna Abi Hurairah رضي الله عنه bahawa seorang gembala sedang merasa takjub melihat biri-biri gembalaannya maka ketika itu datang seekor serigala lalu berkata kepadanya; “Engkau lebih menakjubkan bagiku,kerana bagaimana mungkin engkau masih tercegat di sini dengan biri-birimu sedangkan telah ada seorang Nabi dibangkitkan yang sungguh agung keperibadiannya,yang telah dibukakan pintu syurga buat Baginda,mulia akan segala teman dan sahabatnya,dan tidak ada yang menghalangimu dari sampai Baginda melainkan lembah ini,maka berangkatlah engkau untuk menemui Baginda!”

Maka gembala itu bertanya; “Siapa yang akan menjaga biri-biriku ini?”

Jawab serigala; “Akulah yang akan menjaganya, insyaa Allah”

Maka gembala itu menemui Baginda,menyatakan keislamannya.Maka Rasulullah صلى الله عليه وعلى آله وصحبه bersabda;

“Kembalilah engkau kepada gembalaan engkau dan engkau akan mendapatinya dalam keadaan baik sediakala seperti yang engkau tinggalkan”

Maka apabila gembala itu kembali,ia mendapati tidak ada seekor pun dari biri-birinya hilang maka ia telah menyembelih seekor dari biri-birinya dan dihadiahkan kepada serigala itu

اللهم صل و بارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما صليت و باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم
في العالمين إنك حميد مجيد


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Orang Pekan atau nama sebenarnya Mohammad Faeez Harith bin Khairil Anuar merupakan seorang pendakwah bebas yang memegang Tauliah Jabatan Agama Islam Selangor. Beliau juga merupakan jurulatih kecergasan sepenuh masa di Clark Hatch Fitness, One World Hotel, Bandar Utama Petaling Jaya. Follow Twitter beliau di: https://twitter.com/H_Bakkaniy

Comments are closed.