Jumaat, 16 Oktober 202616 Okt 2026
Halloween Merupakan Bencana Alam
Umum

Halloween Merupakan Bencana Alam

Setiap
tahun, rakyat Amerika Syarikat berbelanja sebanyak AS$8.8 bilion untuk baju,
hiasan dan gula-gula. Sementara gula-gula dimakan, baju dan hiasan tersebut
hanya digunakan sekali sahaja. Akibat amalan sebegini, Halloween telah sah
menjadi salah satu ancaman kepada alam sekitar. Namun ini tidak bermakna
Halloween seharusnya dihapuskan. Sebelum itu, perlu dijelaskan terlebih dahulu
asal-usul Halloween yang disambut setiap 31 Oktober.

Terdapat
beberapa pendapat tempatan yang menempelak bahawa Halloween berasal daripada
agama Kristian. Perkara ini separa-benar. Halloween atau sebutan-sebutan lain
iaitu Hallows’ Evening, Allhalloween, All Hallow’s Eve dan All Saint’s Eve
berasal daripada perayaan Samhain yang disambut bangsa silam Celtic. Untuk
menyambut Samhain, bangsa Celtic biasanya menyalakan unggun api dan mengenakan
pakaian untuk menghalau hantu.

Campurtangan
Kristian berlaku sekitar abad kelapan, apabila Paus Gregory III memilih 1
November sebagai hari untuk memperingati para wali Kristian (Christian saints).
Disebabkan itulah Halloween dikatakan sebagai All Saints’ Eve, kerana “eve”
menandakan malam bagi perayaan keesokannya. Segala sambutan Samhain dikekalkan
bagi Halloween. Namun faktor ribuan tahun telah mengubahkan perayaan ini dari
punca agama kepada stimulasi budaya semata-mata. Semasa Halloween, tidak
mustahil bagi seseorang untuk mengenakan pakaian dalam identiti Lucifer dan
Lilith pun.

Namun
salah satu elemen Halloween pun boleh dipuji juga. Sudah jadi satu kebiasaan
yang mana sekumpulan kanak-kanak berusia 2-6 tahun (atau lebih tua lagi) pergi
rumah ke rumah berpakaian seperti itik atau labu. Mereka hanya meminta
gula-gula atau pastri sahaja, seperti diamalkan semasa Krismas cuma tanpa baju
pelik dan sebutan “trick or treat”. Semasa Krismas, mereka hanya menyanyikan
lagu-lagu tertentu. Bagi negara-negara Islam kuat dengan sejarah Kristian,
amalan sebegini turut diteruskan sebenarnya – cuma mereka hanya membaca
surah-surah pendek.

Berbalik
kepada tajuk, setiap Halloween menyaksikan penyambut berbelanja
sekurang-kurangnya AS$86.27. 29 juta dalam kalangan penyambut siap sedia untuk
menghiaskan haiwan-haiwan peliharaan pun. Seperti dikatakan, sebanyak AS$8.8
bilion dibelanjakan untuk pakaian, topeng, sarang labah-labah palsu, pembalut
gula-gula dan beg pemberian plastik. Semua ini hanya akan masuk tong sampah
keesokan harinya.

Maka
perlu ada pendekatan terperinci bagi menguruskan masalah sampah ini. Pakaian
merupakan unsur utama yang perlu dibetulkan, kerana semasa Halloween
kedai-kedai seperti Spirit, Target dan Walmart menggunakan bahan-bahan
sintentik murah untuk dipakaibuang. Oleh itu, para penyambut disarankan untuk
bertukar-tukar pakaian dengan sahabat atau jiran. Apa-apa sahaja tindakan perlu
dibuat bagi mengelakkan lambakan keterlaluan di tempat pelupusan sampah.

Langkah
kedua untuk menguruskan masalah sampah ialah gula-gula mesra alam. Pencemaran
plastik sudahpun teruk, lebih-lebih lagi dengan lambakan satu hari seperti
Halloween. Balutan gula-gula disarankan digantikan dengan kotak-kotak kecil
atau beg-beg kertas. Beg-beg pemberian pula digalakkan ditukarkan dengan
beg-beg kain. Raga dan beg kertas tidak mampu menampung berat gula-gula setiap
budak yang bakal kumpul dari rumah-rumah lain sama. 

Setiap
hari sekurang-kurangnya 8 juta cebisan plastik mencerobohi kawasan laut.
Dipercayai sebanyak 5.25 trilion plastik-makro dan –mikro yang berapungan di
sekitar lautan. Sekitar 1950, populasi dunia yang hanya 2.5 bilion mengeluarkan
1.5 juta tan plastik. Dengan populasi melebihi 7 bilion pula, sebanyak 320 juta
tan plastik dikeluarkan. Pada tahun 2034, angka ini dipercayai bakal menyentuh
640 juta tan.

Maka
impak perayaan-perayaan satu hari terhadap alam sekitar perlu difikirkan juga.

RUJUKAN

2019:
Halloween Spending To Reach $8.8 Bilion-https://nrf.com/insights/holiday-and-seasonal-trends/halloween

Halloween
is terrible for the environment. Here’s how to do it sustainably-https://www.fastcompany.com/90416104/halloween-is-terrible-for-the-environment-heres-how-to-do-it-sustainably

The Problem With Plastic Pollution. https://www.sas.org.uk/our-work/plastic-pollution/plastic-pollution-facts-figures/

Perhatian sebentar.

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami. Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM5.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM5 / RM10 / RM50

Kongsi

No comments yet