Korang pernah tak tengok filem The Trial of Chicago 7 di Netflix? Filem ni dah keluar 4 tahun lepas dan berjaya menang Golden Globe Award.
Tapi macam mana sebenarnya kisah asal 7 orang Chicago ni?
The Trial of the Chicago 7 ni cerita pasal Chicago Seven, kumpulan penunjuk perasaan anti-perang Perang Vietnam yang didakwa buat konspirasi dan hasut orang-orang untuk merusuh ketika konvensyen Demokrat di Chicago pada 1968.
Awalnya, Chicago Seven dikenali sebagai Chicago Eight termasuk Bobby Seale, satu-satunya defendan berkulit hitam.
Tapi, Bobby Seale diasingkan dari perbicaraan selepas menolak daripada menggunakan peguam yang dilantik mahkamah serta beliau diikat, disumbat mulut dan dipukul pegawai mahkamah.
Bobby Seale dijatuhkan hukuman penjara 4 tahun kerana menghina mahkamah oleh hakim.
Sebenarnya, apa yang diceritakan dalam filem ada beza dengan realiti sebenar.
Dalam realiti, Tom Hayden tak tutup perbicaraan dengan baca nama tentera US yang gugur seperti dalam filem. Sebaliknya percubaan untuk baca nama dibuat di awal perbicaraan oleh David Dellinger.
Ideanya untuk menunjukkan kesedihan untuk semua nyawa yang terkorban dalam perang.
Pada hari yang sama, Chicago Seven muncul siap bawa bendera Vietnam ke dalam bilik mahkamah. Kemudian Hakim Julius Hoffman halau semua keluar.
Tak seperti di dalam filem, kesemua ahli Chicago Seven dibenarkan memberi kenyataan penutup.
David Dellinger berkata, “Apa pun yang berlaku kepada kami, walaupun tak masuk akal, ia takkan sama dengan apa yang berlaku kepada orang di Vietnam, kepada orang kulit hitam di negara ni dan kepada penjenayah yang menghabiskan hari-hari mereka di penjara.”
Dellinger siap cakap, “Menghantar kami ke penjara takkan selesaikan pelbagai masalah yang dihadapi Amerika dengan isu perkauman, ketidakadilan ekonomi dan dasar luar.”
Selepas masing-masing mengutarakan kenyataan penutup, hukuman dijatuhkan. 5 orang dijatuhkan hukuman penjara lima tahun dan denda $5,000.
Dua tahun kemudian, mahkamah rayuan tolak semua sabitan dan hukuman yang dijatuhkan Hakim Hoffman termasuk hukuman penjara 4 tahun terhadap Bobby Seale kerana menghina disebabkan hakim yang jelas berat sebelah terhadap defendan.
Selepas rayuan, kebanyakan ahli Chicago Eight meneruskan kerja aktivis mereka.
Oleh: Azizul Farhan
___
Korang suka layan kisah atau drama dengan genre legal atau berkisarkan kes mahkamah? Apa kata korang dapatkan buku yang ditulis berdasarkan perbicaraan kes paling terkemuka di Malaysia dalam DENDAM ORANG MENANG dan DARI PEKAN KE PENJARA secara kombo sekarang! Ada diskaun kalau beli set ni!
Beli DOM sahaja: https://shope.ee/2AqH3stwR7
Beli DPKP sahaja: https://shope.ee/2fmXetcD1T
Kombo RM55: https://shope.ee/7fBDc94Qby
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih