Bagaikan Phoenix bangkit dari abu.

 

Itulah peribahasa yang boleh dikaitkan dengan kejayaan Khairulaming sekarang selepas 4 kali beliau gagal sebelum ni.

 

Produk terbaru beliau, Dendeng Nyet Berapi pecahkan rekod setelah berjaya menjual sebanyak RM 1.2 juta hanya dalam 3 minit 39 saat.

 

Macam mana Khairulaming boleh bangkit?

 

Selepas habis belajar di Amerika Syarikat, beliau pulang ke Malaysia dan dapat tawaran bekerja dalam bidang minyak dan gas.

 

Ketika berusia 24 tahun, Khairulaming keluar dari bidang kejuruteraan dan bertukar pekerjaan dalam sektor logistik.

 

Dalam bidang ni, banyak perkara yang dipelajari seperti urusan perniagaan dan juga kewangan.

 

Di usianya 25 tahun, beliau berhasrat untuk cari side income dengan mula berjinak-jinak menjual makanan siap pek, baju dan template resume tapi tak buahkan sebarang hasil.

 

Kegagalan dalam perniagaan yang dilakukan sebelum ni tak patahkan semangat Khairulaming.

 

Beliau kemudiannya buat video masakan dan memuat naik di Rasapop. Perkembangan positif Rasapop buat Khairulaming ambil keputusan untuk jual produk sendiri iaitu sambal.

 

Tapi, rancangannya gagal lagi kerana perniagaan serta duit simpanan mula berkurang. Malah, pengikut Rasapop pun semakin hilang.

 

Khairulaming terpaksa mula semula dari bawah. Dengan keberaniannya muncul sebagai Khairulaming dan bukannya lagi Rasapop, pengikutnya di laman media sosial miliknya bertambah dari satu ribu kepada tiga juta.

 

Pada usia 29 tahun, Khairulaming kembali jual produk sambal yang diberi nama Sambal Nyet dan siapa sangka jualan pertama dalam tempoh kurang dari empat bulan cecah RM1 juta.

 

Khairulaming siap buka kilang kedua Sambal Nyet di Kelantan untuk meningkatkan lagi penghasilan Sambal Nyet.

 

Untuk tahun 2023 sahaja, Sambal Nyet Khairulaming berjaya dijual sebanyak RM 20 juta. Sememangnya pencapaian yang sangat mengagumkan.

 

Selepas 3 tahun Sambal Nyet dilancarkan di pasaran, Khairulaming ambil keputusan untuk keluarkan produk kedua beliau yang akhirnya laris dijual sebanyak 80 ribu unit dalam masa 3 minit sahaja.

 

Khairulaming buat RND selama setahun sebelum betul-betul keluarkan produk kedua beliau. RND resepi, penggunaan mesin dan packaging serta cara penyimpanan dalam produk kedua ni dibuat untuk pastikan produk ni berkualiti sebelum dijual.

 

Walaupun produk beliau pernah terpalit dengan isu tiruan sebelum ni, bijaknya Khairulaming kerana menggunakan undang-undang dan penjagaan kualiti produknya memastikan pengguna tak membeli produk tiruan tu.

 

Ada beberapa cara yang boleh kita ikut sebagai peniaga untuk berjaya seperti Khairulaming.

 

Kita boleh ikut cara “personal branding” beliau yang unik seperti 30 hari 30 masakan ketika bulan puasa. Pemilihan niche yang kita pakar dalam satu bidang membuatkan kredibiliti kita meningkat di mata pengguna media sosial.

 

Akhir sekali, tagline “Hey, Whats Up Guys?” yang mudah ingat membuatkan kita mesti kenal ni Khairulaming.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Buat yang tertanya-tanya siapa mentor Khairulaming. Beliau banyak baca buku untuk berjaya dalam bisnes. Contoh buku yang beliau pernah sarankan dalam live beliau ialah THE PSYCHOLOGY OF MONEY oleh Morgan Housel. Buku ni kami terbitkan semula dalam bahasa Melayu. Boleh dapatkan dengan diskaun di sini: https://shope.ee/2VTAVGuQkN


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply