Semua jenis kemajuan sains yang kita ada sekarang ni disebabkan usaha saintis saintis dan ilmuwan dari dulu sampai sekarang. Tapi, ada kemajuan sains tu dicapai sebab ada saintis buat kerja gila.

Kita ambil contoh, Barry Marshall dan Robin Warren. Dulu dulu, penyakit ulser perut ni takde penawar. Nak rawat dia, doktor akan potong bahagian perut yang ada ulser tu dan ikat balik, dan benda ni buat perut jadi kecik sikit. Masalahnya, kaedah ni pun sebenarnya ada kebarangkalian untuk dapat mati jugak.

Benda ni sampailah Marshall dan Warren perasan ulser perut ni jadi sebab ada bakteria makan lapisan perut tu. Jadi, bila dah tahu benda ni sebab bakteria, maka senanglah nak rawat dia, dengan gunakan antibiotik. Masalahnya, semua saintis di negara Marshal dan Warren (Australia) gelakkan je, cakap kajian diorang tu sampah. Diorang hantar kajian diorang dekat journal sains pun kena bakul sampah je.

Sebab benda ni, Marshall jadi bengang sebab dia tahu macam mana nak rawat ulser perut, dan dia pun setiap hari tengok pesakit dia menderita kena penyakit ni. Masalahnya, semua tak percaya kajian diorang. Jadi, Marshal buat kerja gila. Dia ambil sampel isi perut pesakit yang ada bakteria tu, dan dia telan semata mata nak buktikan kajian dia betul.

Lepas beberapa hari, simptom simptom ulser perut mula muncul pada Marshall. Mula mula mulut busuk, kemudian mual dan akhirnya pedih perut. Bila Marshal telan antibiotik, penyakit ulser perut tu mula hilang. Maknanya betul la kajian Marshal dan Warren tu.

Walaupun dah buat begitu, saintis Australia MASIH TAK PERCAYA dengan kajian diorang dua. Lepas syarikat farmaseutikal dari USA baca journal diorang dua dan buat antibiotik ulser perut baru la orang mula iktiraf kajian Marshall dan Warren dan akhirnya diorang menang Hadiah Nobel atas benda ni.

Ingatkan negara kita je yang tak reti hargai ilmuwan, rupanya Australia pun sama je hmm.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Leave A Reply