Kalau dalam anime Naruto ada kes Uchiha Itachi bunuh seluruh puaknya dalam satu malam, dalam dunia sebenar pun ada kes yang sama, malah lebih teruk! Kes sebenar yang saya maksudkan ialah kes pembunuhan beramai-ramai Tsuyama oleh remaja lelaki bernama Mutsuo Toi.

 

Pertama sekali, kita kena fahami dahulu kehidupan Mutsuo Toi. Mutsuo lahir pada 5 Mac 1917 di wilayah Okayama, Jepun. Ibubapanya telah meninggal dunia akibat penyakit TB (tuberculosis) ketika dia bayi. Kemudian, dia dan kakaknya dijaga oleh neneknya.

 

 

Kampung tempat Mutsuo tinggal iaitu Kamocho Kurami (kota Tsuyama) mengamalkan tradisi kuno mereka iaitu ‘Yobai’. Yobai yang bermaksud merayau waktu malam adalah amalan kuno di mana remaja lelaki akan menyelinap masuk ke bilik wanita yang dara untuk tidur bersama-sama.

 

Jika wanita itu setuju, mereka berdua tidur bersama-sama sampai waktu pagi, dan lelaki tersebut akan lari dari bilik. Jika sebaliknya, lelaki yang menyelinap boleh keluar tanpa memaksa.

 

Keluarga pihak wanita tahu akan tindakan remaja lelaki itu tapi mereka lupakan saja kerana begitulah cara generasi ketika itu mencari pasangan. Matsuo pun melakukan amalan yang sama. Pada mulanya, Mutsuo seorang yang peramah tapi sejak kakaknya berkahwin pada tahun 1934, dia memencilkan diri dan tidak mahu bergaul kepada sesiapa.

 

Lagi teruk, dia disahkan menghidap penyakit yang sama dengan mendiang ibubapanya pada bulan Mei 1937. Dari sinilah dia dikecam dan dihina teruk oleh penduduk kampung kerana mereka menganggap penyakit TB adalah satu ‘sumpahan’. Para wanita yang Mutsuo ajak dalam amalan ‘Yobai’ terus tolak kerana taknak penyakit tersebut terjangkit.

 

Mutsuo begitu benci dengan kutukan penduduk dan tolakan oleh para wanita. Akibat dikuasai oleh kemarahan, Mutsuo mengambil keputusan untuk membunuh seluruh orang kampung pada tengah malam 21 Mei 1938. Mula-mula, Mutsuo matikan bekalan elektrik, kemudian membawa senapang patah, pedang katana, dan kapak, seterusnya membunuh neneknya dulu.

 

Kemudian, Mutsuo menyelinap rumah ke rumah jiran lain dan membunuh seramai 30 orang. Pada waktu subuh, Mutsuo membunuh diri di kaki gunung dengan senapangnya. Terdapat surat yang Mutsuo tulis kali terakhir, memberitahu betapa marahnya dia kerana dikecam dan dikutuk oleh orang kampung sendiri.

 

Dia juga digelar sebagai gila seks kerana masih tidak dapat menemui pasangannya dari amalan Yobai. Mutsuo juga pernah bagitahu dalam suratnya bahawa dia terpaksa membunuh neneknya kerana taknak neneknya menanggung derita digelar sebagai nenek pembunuh.

 

 

Kes pembunuhan Mutsuo ini tercatat sebagai kes pembunuhan guna senjata paling teruk dalam sejarah Jepun. Pengajarannya? Jangan perlekehkan derita orang lain. Kita tidak tahu mungkin dia yang dihina itu akan melakukan kerja gila seperti Mutsuo.

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply