Al Imam Al Qadhi ‘Iyadh bin Musa Al Yashubi Al Maliki رحمة الله عليه dalam kitabnya, Al-Syifa’ Bi Ta’rif Huquq Al Mustafa telah meletakkan suatu tajuk;

“Fasal: Berbicaranya Pepohonan Dan Mempersaksikan Mereka Akan Kenabian Baginda serta Menyahut Mereka Akan Seruan Baginda”.

Di dalamnya tajuk ini terdapat berberapa riwayat.

1) Dari Sayyiduna ‘Abdullah ibn ‘Umar رضي الله عنه bahawa Rasulullah صلى الله عليه وعلى آله وصحبه وسلم dalam permusafiran lalu bertemu dengan seorang Badwi. Lalu Baginda bertanyakan kepadanya; “Mahu ke manakah engkau?”

Badwi itu menjawab; “Kembali ke pangkuan keluargaku.”

Lalu Baginda bersabda lagi: “Mahukah engkau akan suatu kebaikan?”

Badwi itu bertanya: “Apakah itu?”

Baginda menjawab: “Engkau mempersaksikan bahawa tiada Tuhan yang sebenar-benarnya layak disembah melainkan Allah,dan aku adalah pesuruh-Nya.”

Badwi itu menjawab: “Siapakah yang akan menjadi saksi atas perkataanmu itu?”

Baginda lalu mengisyaratkan kepada pohon tamar yang berdekatan mereka laku bersabda : “Pohon itu akan menjadi saksi.”

Lalu pohon itu berjalan menuju kepada Baginda dan Badwi itu lalu mengucapkan syahadah sebanyak 3 kali kemudian kembali semula ke tempatnya. Badwi tadi memeluk Islam dan menceritakan peristiwa itu kepada kaumnya.

2) Dari Sayyiduna Buraidah رضي الله عنه bahawa suatu ketika seorang Badwi meminta agar diperlihatkan kepadanya suatu petanda kerasulan Nabi Muhammad صلى الله عليه وعلى آله وصحبه وسلم. Lalu Baginda menunjukkan kepada sebatang pohon tamar yang berdekatan mereka lalu berkata kepada Badwi tersebut; “Pergilah kepada pokok itu dan katakanlah bahawa Rasulullah memanggilnya.”

Maka Badwi itu melakukan seperti perintah Baginda,dan pokok itu datang ke arah Baginda seraya mengucapkan “Assalamu ‘Alayka Ya Rasulallah” kemudian ia kembali lagi ke tempatnya.

Badwi itu kagum, kemudian mengucapkan syahadah dan meminta izin untuk sujud kepada Baginda,lalu Baginda menjawab;

“Seandainya sujud kepada selain Allah itu dibenarkan nescaya akan aku perintahkan seorang isteri untuk sujud kepada suaminya.”

Lalu Badwi itu meminta izin untuk mencium kedua tangan dan kaki Baginda lalu dia diizinkan.

3) Sayyiduna Jabir bin Abdullah رضي الله عنه meriwayatkan suatu hari Rasulullah صلى الله عليه وعلى آله وصحبه berada di sebuah lembah dan Baginda ingin melepaskan hajat, namun tidak ada kawasan yang agak tersembunyi melainkan ada dua batang pokok yang agak berjauhan. Lalu Baginda memerintahkan Sayyiduna Jabir supaya berkata kepada pohon tersebut;

“Rasulullah menyuruh engkau mendekat dengan sahabatmu (pokok yang berhampiran dengan Baginda) dan duduklah membelakangi sahabatmu itu.”

Sebaik sahaja beliau melaksanakan perintah Baginda, pokok itu berjalan menghampiri pokok yang berdekatan Baginda dan menghasilkan hadangan yang melindungi aurat Baginda sewaktu Baginda melepaskan hajat.

Juga kisah yang masyhur di dalam Sahih Al Bukhari tentang sebatang tamar mati yang biasa menjadi tempat sandaran Baginda sebelum adanya minbar yang menangis kerana rindukan Baginda setelah Baginda tidak lagi bersandar kepadanya setelah dibuatkan minbar untuk Baginda.

Demikianlah sepertimana yang diringkaskan oleh Imam Al Busiri رحمة الله عليه dalam Burdahnya;

جَآءَتْ لِدَعْوَتِهِ الْأَشْجَارُ سَاجِدَةً *** تَمْشِيْ إِلَيْهِ عَلىٰ سَاقٍ بِلاَ قَدَمِ

Pohon-pohon kayu datang bersujud di hadapan Baginda صلى الله عليه وعلى آله وصحبه وسلم kerana memenuhi panggilan Baginda.

Ia berjalan ke hadapan Baginda di atas batangnya tanpa ada kaki.

Maka sewajarnya kita malu terhadap pepohonan yang ternyata lebih patuh terhadap Baginda meskipun tidak ia bukan makhluk dikurniakan aqal.

اللهم صل و بارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما صليت و باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم
في العالمين إنك حميد مجيد


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Orang Pekan atau nama sebenarnya Mohammad Faeez Harith bin Khairil Anuar merupakan seorang pendakwah bebas yang memegang Tauliah Jabatan Agama Islam Selangor. Beliau juga merupakan jurulatih kecergasan sepenuh masa di Clark Hatch Fitness, One World Hotel, Bandar Utama Petaling Jaya. Follow Twitter beliau di: https://twitter.com/H_Bakkaniy

Comments are closed.