Selepas Titanic karam, waris mangsa yang terlibat bersepakat untuk menaikkan kembali kapal tersebut. Sebilangan ahli keluarga ternama seperti Astor, Widener dan Guggeinheim menubuhkan satu konsortium untuk melaksanakan projek ini. Mereka telah melantik Merritt and Chapman Derrick and Wrecking Company untuk menaikkan semula kapal Titanic. Namun, disebabkan kekurangan teknologi dan tercetusnya P3rang Dunia Pertama, projek ini tertangguh.
Pada Mac 1914 seorang arkitek dari Denver, Charles A Smith telah mengutarakan idea beliau untuk menaikkan semula kapal Titanic. Beliau menggunakan sebuah kapal selam elektromagnetik untuk menaikkan kapal tersebut. Namun, kosnya yang mahal sekitar 1.5 Juta USD ( 35 Juta USD pada hari ini) membuatkan kos tersebut seakan tidak relevan.
Usaha untuk menaikkan kapal Titanic tertangguh sehinggalah menjelang 60an. Sebuah syarikat bernama Titanic Salvage Company yang dianggotai oleh sebilangan hartawan dari Berlin dibentuk bagi merealisasikan projek ini. Mereka bercadang untuk mengapungkan semula kapal ini dengan menggunakan belon helium.
Namun projek ini sekali lagi ditangguhkan kerana mendapat bantahan dari orang ramai terutamanya para saintis. Mereka menyatakan bahawa idea ini tidak logik kerana untuk mendapatkan tenaga menaikkan Titanic menggunakan belon, ianya mengambil masa selama 10 tahun.
Setahun selepas itu, seorang taikun dari British, Sir James Goldsmith telah melabur di dalam sebuah syarikat untuk melaksanakan projek Titanic ini sebagai modal untuk beliau untuk menubuhkan sebuah majalah baharu, Now!. Sebuah ekspedisi ke lokasi Titanic juga turut dirancang, namun disebabkan faktor kewangan, projek ini akhirnya gagal dilaksanakan.
Ekspedisi pertama dijalankan sekitar Ogos 1980 namun gagal. Ini kerana sepanjang ekspedisi tersebut, banyak alatan mereka rosak disebabkan cuaca buruk. Walaubagaimanapun, mereka berjaya menjejak lokasi Titanic dalam radius 500 kilometer persegi dan 14 titik kebarangkalian tempat Titanic.
Ekspedisi kedua dijalankan pada Jun 1981. Walaupun menghadapi cuaca buruk, mereka berjaya tiba di 14 lokasi tersebut. Namun, mereka gagal menjumpai kapal tersebut. Pada satu ketika, Grimm mendakwa bahawa beliau menjumpai kipas kapal Titanic, namun dinafikan oleh para saintis.
Pada Jun 1983, Grimm melakukan ekspedisi beliau yang ketiga. Hasilnya tetap sama, mereka gagal menjejaki kapal tersebut. Dua kapal sona, SEA Marc dan Deep Tow melalui tempat bangkai Titanic berada namun gagal untuk mengesan lokasi kapal itu.
Pada 1985, Dr Robert Ballard, seorang pakar lautan sedang melakukan ekspedisi untuk menjejaki dua buah kapal, iaitu USS Scorpion dan USS Thrasher. Beliau berjaya menemui kedua-dua kapal tersebut dan ekspedisi berbaki 12 hari. Dalam masa 12 hari itu, beliau bercita-cita untuk menjejaki kapal Titanic setelah ekspedisi pertamanya gagal pada tahun 1977.
Oleh itu, beliau telah mendapatkan agensi pakar laut yang berpengkalan di Perancis, IFREMER. Agensi tersebut telah menwarkan teknologi sonar kepada Ballard bagi menjejaki kapal itu. Ballard telah mengupah sebuah pasukan dipanggil Le Surroit menjejaki kapal. Namun, mereka tidak menjumpai apa-apa walhal lokasi mereka hanya beberapa ratus meter sahaja dari lokasi Titanic.
Menyedari pencarian demi pencarian tidak membuahkan hasil, Ballard terus mengkaji lokasi Titanic berdasarkan puing-puing kapal. Pada jam 12.48 tengah malam 1 September 1985, Ballard akhirnya menemui bangkai Titanic buat kali pertama sejak tenggelamnya kapal tersebut.
Pada mulanya, mereka menjumpai bahagian pendandang kapal dan seterusnya barulah mereka menjumpai bahagian hadapan kapal yang menjadi bahagian ikonik Titanic. Malah, di dalam penemuan inilah buat kali pertama para pakar mengetahui bahawa kapal ini terb3lah dua. Gambar-gambar yang dirakam ini dihantar ke pusat dan menjadi tajuk utama berita di seluruh dunia.
Penemuan kapal Titanic ini telah membuka satu dimensi baru buat sejarah Titanic yang selama ini sepi dan seterusnya mengispirasikan filem Titanic yang diterbitkan 12 tahun kemudian.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih