Bila seseorang itu sudah tiada, normal di mana semua hak perundangan dan pemilikan harta benda milik si ma.ti luput dan diwariskan kepada waris sama ada secara faraid atau wasiat. Tetapi di India, terdapat satu golongan yang dikatakan ma.ti atas kertas tetapi masih hidup di alam nyata. Dan mereka berdepan pelbagai halangan untuk mendapatkan semula hak mereka yang dinafikan.
Salah satu kes mereka ialah Padesar Yadav. Semasa berusia akhir 70-an, dia terpaksa membesarkan dua orang cucunya selepas anak perempuan dan menantunya meninggal dunia. Justeru, bagi menampung kos membesarkan dan pendidikan mereka, Yadav berhasrat untuk menjual sebidang tanah yang diwarisi daripada bapanya di kampung tempat dia dilahirkan.
Beberapa bulan kemudian, dia menerima satu panggilan aneh daripada pembeli tanahnya. Si pembeli memberitahu terdapat kes perundangan terhadap Yadav. Si pembeli turut mendakwa anak saudaranya memberitahu semua orang bahawa Yadav telah mati dan orang yang menguruskan penjualan tanah itu ialah seorang penipu.
Bingung dengan apa yang berlaku, Yadav berangkat dari Kolkata ke Azamgarh, Uttar Pradesh untuk mengetahui peristiwa berkenaan. Sebaik orang kampung melihat kelibatnya, ramai orang lari bertempiaran kerana menyangka melihat hantu. Mereka yang masih tidak percaya kemudiannya memberitahu ritual pengebumian juga telah dibuat.
Seingat Yadav, dia mempunyai hubungan baik dengan anak saudaranya itu. Malah, sekali-sekala anak saudaranya itu akan datang mengunjunginya bila berkesempatan. Tetapi semua itu berubah selepas Yadav memberitahunya tentang penjualan tanah pusaka di Azamgarh. Sejak itu, anak saudaranya tidak melawatnya lagi dan menafikan bahawa dia itu merupakan bapa saudaranya apabila Yadav cuba menuntut haknya semula.
Dia menangis berhari-hari mengenangkan nasibnya sehinggalah mendapat bantuan daripada sebuah organisasi bukan kerajaan iaitu Persatuan Orang Ma.ti Hidup India. Pertubuhan ini dikendalikan oleh Lal Bihari Mritak, 60-an dan dia sendiri sudah masak dengan situasi ini. Ini kerana sepertiga daripada hidupnya menyaksikan dia bergelut dengan situasi sama.
Bihari datang daripada sebuah keluarga miskin dan mempunyai masalah buta huruf. Ini kerana semasa kecil, dia telah dihantar bekerja di sebuah kilang sari dan bekerja sehingga berusia 20-an. Bihari berharap dapat membuka sebuah bengkel tekstil di bandar berhampiran tetapi dia perlu membuat pinjaman bank untuk membiayai bengkel berkenaan dan mencagarkan aset yang dimilikinya.
Lantas, Bihari pergi ke Khalilabad, Azamgarh dengan harapan mendapatkan geran tanah pusaka yang diwarisi daripada bapanya. Bagaimanapun, alangkah terkejutnya Bihari apabila diberitahu terdapat sijil kema.ti.an yang mengandungi namanya. Apabila kema.ti.annya didaftarkan dengan pihak berkuasa, semua harta dan tanah miliknya diambil alih oleh keluarga bapa saudaranya.
Sehingga hari ini, Bihari masih tidak tahu sama ada ia merupakan kesalahan pengkeranian atau sengaja dirancang oleh bapa saudaranya untuk merampas tanah miliknya. Yang pasti, ramai orang sepertinya berdepan masalah sama di seluruh negara. Dan itu mendorongnya menubuhkan Persatuan Orang Ma.ti Hidup India. Di Uttar Pradesh sahaja, terdapat 40,000 orang ma.ti hidup dengan kebanyakan mereka merupakan orang miskin, mempunyai masalah buta huruf dan datang dari kasta rendah.
Bukan sekali mereka mengadakan protes aman dengan tujuan menarik perhatian kerajaan dan masyarakat tentang masalah yang dihadapi. Tetapi itu tidak berhasil lalu ia mendorong Bihari bertanding dalam pilihan raya. Begitupun, ia masih tidak mencukupi untuk menyakinkan pihak berkuasa bahawa dia masih hidup.
Ini mendorong Bihari mengadakan mogok lapar sebanyak tiga kali tetapi itu juga berakhir dengan kegagalan. Akhirnya, dia memilih untuk menculik anak bapa saudaranya itu dengan harapan dia ditahan polis dan menelan hakikat bahawa dia masih hidup. Tetapi pihak berkuasa sedar tentang helahnya itu dan memilih untuk tidak campur tangan.
Pada akhirnya, bukan cara kreatif yang diusahakan Bihari yang menyebabkan statusnya disemak semula. Sebaliknya, majistret mahkamah baru di Azamgarh memutuskan untuk melihat semula kesnya dan mendapati berlaku ketidakadilan terhadap dirinya selama 18 tahun. Lantas, majistret mengarahkan semua hak dirinya dipulihkan semula pada tahun 1994.
Begitupun, tidak semua yang beruntung seperti Bihari. Ada yang memilih membu.nu.h diri selepas kes yang diusahakan selama bertahun-tahun masih tidak berhasil. Ada juga yang telah pergi menemui Ilahi sebelum kes mereka sempat diselesaikan.
Anil Kumar, seorang peguam yang mewakili beberapa kes individu ini mengakui semua kes mereka amat rumit. Sesetengahnya memang berpunca akibat masalah pengkeranian. Tetapi ada juga kes melibatkan gejala rasuah di mana pegawai kerajaan diberi makan suap untuk memalsukan kema.ti.an individu dinyatakan.
Walaupun pihak kerajaan memberi jaminan isu ini sedang ditangani segera, bagi Kumar, ia masih tidak mencukupi. Ini kerana dalam sesetengah kes mahkamah, ada yang mengambil masa bertahun-tahun untuk mendapatkan penghakiman. Selagi mana kes dibiarkan tertunggak, ia memberi keberanian kepada ramai kacang hantu di luar sana untuk memerangkap orang seperti Bihari dan Yadav.
Bagi Bihari sendiri, dia sebenarnya sudah letih memperjuangkan isu ini dan sudah berkira-kira untuk menarik diri. Ini kerana masyarakat India masih memandang sepi isu ini dan tiada penyelesaian konkrit dicadangkan kerajaan terhadap isu yang dihadapi mereka. Justeru, janji penyelesaian yang dinyatakan ibarat menanam tebu di tepi bibir dan orang seperti Bihari dan Yadav ma.ti tanpa mendapat keadilan sewajarnya.
Kisah Bihari diadaptasi ke layar perak menerusi filem Kaagaz yang ditayangkan pada Januari tahun ini. Filem yang menampilkan Salman Khan sebagai penerbit menerusi produksinya Salman Khan Films menceritakan perjuangan Bihari mendapatkan semula status hidup dirinya daripada pihak kerajaan selama 19 tahun. Wataknya digalas oleh pelakon Hindustan terkenal Pankaj Tripathi.
RUJUKAN:
Hadjimatheou, Chloe. (2021). India’s living DITAPIS: ‘They stared at me like I was a ghost’. BBC News
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih