Kapal roket pertama dilancarkan pada tahun 1957 oleh pihak USSR. Lepas lepas tu mula lah perlumbaan kapal roket angkasa oleh pihak USSR dan USA. Tapi sebelum tu lagi, sebenarnya manusia dah lama cuba untuk terbang ke angkasa.
Dulu ada orang gomen Cina ni cuba terbang ke angkasa. Nama dia Wan Hu. Ada yang kata Wan Hu hidup tahun 2000 Sebelum Masihi, ada yang kata hidup zaman Ming. Wan Hu orang birokrat kerajaan dan ada satu hari tu, dia berhajat nak terbang ke angkasa. Dia nak tahu apa benda dekat angkasa ni.
Jadi, Wan Hu pun binalah ‘kapal roket’ dia. Dia bina kapal roket tu guna satu kerusi yang tahan lasak, dua layang layang dan 47 roket serbuk api yang dia boleh dapat. Masa zaman tu, ni teknologi paling maju kerajaan Cina tu ada.
Jadi Wan Hu ni pun ikatlah diri dia dekat kerusi tu dan suruh pembantu dia bakar fius roket. Bila roket tu terbakar, habis meletup kawasan tu dengan asap dan api. Bila semua tu dah hilang, ‘kapal roket’ tu dan Wan Hu hilang tak tahu pergi mana.
Dulu ada rancangan Mythbusters buat benda sama. Hasilnya, kerusi tu meletup hancur berbanding terbang ke angkasa. Kiranya Wan Hu tu mungkin meletup hancur sekali dengan kerusi tu. Walaupun Wan Hu mati sebab eksperimen dia, manusia sedikit pun tak pernah lupa cita cita untuk menakluk angkasa lepas, di mana pada tahun 1957 kita berjaya hantar roket pertama ke angkasa.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih