Kita dah banyak kali dengar evolusi haiwan jadi lagi kuat melalui badan berotot, atau ada tanduk dan sebagainya. Tapi, ada juga evolusi yang berlaku sebab pemangsa nak manipulasi kelemahan mangsanya. Contohnnya, belang pada harimau.

Disebabkan belangnya, maka harimau ni boleh menyamar jadi semak samun dengan senang. Jadi kalau kita tengok dari jauh, kadang kadang kita tak perasan pun ada harimau dekat situ, melainkan kalau kita perasan klu klu kehadiran harimau seperti hutan jadi senyap dan ada bau tengok kuat. Sekurang kurangnya inilah apa yang renjer hutan Orang Asli cakap pada saya.

Tapi warna oren dan hitam ni sebenarnya boleh nampak lagi pada mata kita. Jadi benda ni tak efektif sangat pada kita, melainkan kalau kita bercakap tentang mangsa harimau. Rusa, misalnya, adalah buta warna. Dia tak boleh nampak warna spektrum hijau-merah. Jadi, bila dia nampak warna oren yang ada dalam dua spektrum tu, dia akan nampak warna tu sebagai warna hijau. Jadi, untuk rusa, diorang memang sangat susah nak perasan ada harimau dekat dengan diorang sebab nampak warna oren pada harimau tu sebagai warna hijau. Sebab tu harimau ada belang warna oren dan hitam – sebab nak manipulasi kelemahan mangsa dia yang buta warna.

Benda ni juga sama dengan kucing hutan. Kucing hutan warna dia warna hijau dan kelabu sebab dan menyamar dalam kawasan bertanah dan semak samun. Nak lagi menarik, harimau bintang salji. Cuba korang cari gambar harimau bintang salji menyamar dalam salji dekat internet, mesti susah nak cari menyamar dekat kawasan berbatu.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Leave A Reply