Riviera Perancis adalah lokasi yang bagus untuk menikmati musim sejuk. Walaupun terdapat tempat-tempat yang lebih hangat di seluruh dunia, cuaca itu mungkin merupakan hal terakhir yang berada dalam fikiran Laksamana Besar Uthmaniyyah, Hayreddin Barbarossa ketika dia memutuskan bahawa Toulon akan menjadi tempat berlabuh yang baik ketika musim sejuk untuk armadanya pada tahun 1543 dan 1544.

Raja Perancis ketika itu, Raja Francis I bersetuju untuk menunaikan apa sahaja hasrat laksamana rakan dan sekutunya, Empayar Uthmaniyyah.

Peristiwa bencana dan malapetaka di Eropah yang mendorong kepada peristiwa yang berlaku sekali dalam satu milenium ini adalah cukup sukar untuk dibayangkan.

Hayreddin Barbarossa

Perkahwinan, perpecahan, pelanggaran perjanjian, anak-anak luar nikah, per4ng, keamanan, pampasan tebusan, penjar4han, jenayah rog0l, ini semua adalah landskap tipikal yang tidak berkesudahan di Renaisans Eropah di mana semua orang bergelut merebut kekayaan, kekuasaan dan kelangsungan hidup.

Sultan Süleyman Qanuni berhadapan dengan keperluan untuk terus menyeimbangkan pelbagai kuasa di Eropah supaya baginda dapat meneruskan kemaraannya ke Balkan dan melawan sebarang ser4ngan dari Empayar Parsi Safavid Empayar di Timur.

Di Barat, musuh Uthmaniyyah pada pertengahan abad ke-16 adalah Venice, Inggeris, Perancis dan yang paling penting, Empayar Rom Suci, termasuk Sepanyol, tetapi tidak semestinya turutannya kekal begitu.

Maka Sultan Süleyman haruslah melaksanakan satu dasar untuk memastikan bahawa kuasa-kuasa ini tidak menemui apa-apa masalah yang boleh dijadikan punca untuk menyer4ngnya.

PERJANJIAN DAMAI DIMETERAI

Pada tahun 1540, Venetia dan Uthmaniyyah menandatangani perjanjian damai yang menghentikan sebarang ser4ngan dan sekatan terhadap tenter4 Uthmaniyyah yang melakukan kemaraan ke Balkan dan armada Uthmaniyyah di Lautan Mediterranean.

Perjanjian itu menamatkan per4ng selama tiga tahun dan ia menjadikan pasukan armada Uthmaniyyah tidak lagi tandingan di timur Mediterranean dan mendominasi keseluruhannya. Genoa bukan lagi satu ancaman buat Uthmaniyyah kecuali jika ia bersekutu dengan Venice.

Sepanjang kehidupannya, raja Perancis adalah saingan ketat kepada raja Habsburg, Charles V yang memerintah Austria-Hungary serta Sepanyol. Dia lebih cenderung untuk memer4ngi Charles melalui cara menukarkan takhta Raja dan bukan konflik secara langsung.

Francis I menjadi penguasa Eropah yang pertama menormalisasikan dan menikmati hubungan yang amat baik dengan Empayar Uthmaniyyah apabila perjanjian yang melibatkan nilai-nilai komersial yang dikehendaki telah dimeterai pada tahun 1536 antara Perancis dan Uthmaniyyah.

Perjanjian di antara Uthmaniyyah dengan Venice dan Perancis adalah demi kemakmuran kedua-dua penandatangan kemudiannya, tetapi lebih dari satu moralis (golongan liberal Kristian) Kristian mengecam perjanjian ini sebagai pakatan orang kafir.

Bagi pihak Uthmaniyyah, ini bermakna tiada sebarang ancaman maritim terhadap Empayar mereka bahkan mereka menyedari bahawa angkatan laut Perancis tidak pernah menjadi ancaman dan akan bergantung kepada mereka jika berlaku sebarang pertempvran laut di Mediterranean.

Pada tahun 1543, Raja Perancis, Francis I telah menghantar jemputan kepada Sultan Süleyman Qanuni supaya Laksamana Besar Uthmaniyyah, Hayreddin Barbarossa dihantar untuk membantu Perancis dalam perjuangan mereka menentang Raja Austria Charles V.

Maka belayarlah Barbarossa ke pantai Itali dengan 100 buah kapal galai dan menawan Reggio sebelum beralih ke utara sepanjang pantai barat  Itali. Kisah romantis telah lahir dari peristiwa ini, walau bagaimana pun tiada sesiapa mengetahui kesahihannya.

Dikatakan bahawa anak perempuan seorang gabenor, berusia 18 tahun adalah turut dijadikan para tawanan. Barbarossa, yang sudah berusia 60-an, setelah melihat kecantikannya, beliau terus jatuh cinta dan menikahinya. Jadi sebagai balasan, dia membebaskan ibu bapa gadis itu.

PENAWANAN NICE

Barbarossa kemudiannya meneruskan pelayaran di sepanjang pantai Itali, kemudian berhenti dan berlabuh untuk mengepung kubu di Gaeta (antara Naples dan Rom), yang berjaya ditawannya sebelum mengadakan pertemuan dengan armada Perancis di Marseilles.

Apa jua benda yang dijanjikan kepada armada Turki Barbarossa dijangka sepatutnya diperolehi di Marseilles, tetapi Perancis gagal memenuhi kesepakatan mereka. Laksamana Barbarossa naik marah dan mahu mengajar orang-orang Perancis kerana peruntukan untuk armadanya gagal disediakan dan pelbagai bekalan lain belum kunjung tiba. Dia membuat aduan kepada pegawai Perancis yang segera menyelesaikan masalah nya.

Surat dari Sultan Süleyman kepada Francis I tentang rancangan menaklvk Nice

Raja Francis I kemudian meminta Barbarossa membantu Perancis menawan Nice, yang pada masa itu berada di bawah kawalan Sepanyol, dan dia bersetuju. Malangnya Barbarossa kecewa bila melihat tenter4 Perancis dan armada Perancis sendiri tidak sempat melakukan persiapan lalu mendorong Barbarossa berkata,

“Tenter4 jenis apa ini – yang hanya tahu memenuhkan kapal mereka dengan tong arak dan terlupa membawa serbuk (senjata) mereka.”

Duta Perancis ke Venice, Blaise de Monluc, memuji pasukan Turki pada tahun berikutnya sebagai profesional dan jauh lebih berkuasa berbanding mana-mana kuasa Eropah.

Nice berjaya ditaklvk pasukan gabungan kerana armada Turki berjaya membuka laluan di tembok kota supaya pasukan Perancis dapat memasuki kota. Kota Nice kemudian dijar4h habis-habisan dan menurut catatan sejarah Sepanyol, pihak yang melakukan kez4liman ini adalah Perancis walaupun gabenor kota telah secara rasmi menyerah kalah. Barbarossa dan orang-orangnya telah dipersalahkan untuk kejadian ini tetapi mereka dari awal lagi telah berundur ke Villefranche di mana mereka berlabuh sebelum itu.

Peluru meriam yang ditemb4k oleh armada Turki, kini berada jalan “Catherine Ségurane”, atau “Rue Droite”, di Nice, sempena memperingati Catherine Ségurane yang terk0rban oleh meriam armada Turki pada 1543 semasa pengepungan Nice.

Pada Oktober 1543 Barbarossa melabuhkan armadanya di Toulon untuk musim sejuk. Kota ini sudah dijadikan sebagai pelabuhan untuk armada Perancis, maka titah Francis I tentang bagaimana orang Turki akan disambut adalah jelas seperti berikut.

“Tempatkan lah Tuan Barbarossa yang dikirim kepada Raja oleh bangsa Turk yang agung, dengan Tenter4 Turki dan para laksamana besar seramai 30.000 orang pejuang semasa musim dingin ini di kota dan pelabuhan Toulon … untuk penginapan tenter4 tersebut serta kesejahteraan seluruh pantai ini, tidak lah sesuai untuk penduduk Toulon berada di sini dan bercampur dengan bangsa Turki, kerana bimbang akan kesukaran yang mungkin timbul.”

KATEDRAL KATOLIK MENJADI GEREJA

Satu-satunya pihak yang tinggal di Toulon adalah ketua-ketua isi rumah. Ganti rugi untuk penduduk adalah dalam bentuk pengurangan cukai selama sepuluh tahun. Para kru armada Uthmaniyyah telah ditempatkan di pelbagai rumah dan diperintahkan untuk mengekalkan disiplin yang ketat. Walaupun ada kemungkinan boleh berlaku insiden, namun tiada apa-apa yang dilaporkan.

Sebuah katedral yang berfungsi sebagai gereja Roman Katolik abad ke-11 yang megah di Toulon telah diubah menjadi masjid selama enam bulan armada Uthmaniyyah terletak di pelabuhan.  Sekiranya berlaku sebarang kerosakan, tidak ada rekod mengenainya.

Kadang kala penulis tertanya-tanya, apa agaknya yang dirasakan orang-orang Perancis yang dikekalkan untuk tinggal bersama-sama tenter4 Uthmaniyyah pada waktu itu setelah mendengar panggilan untuk solat lima kali sehari.

Gereja tersebut dikenali sebagai Gereja Toulon, atau Cathédrale Notre Dame de la Seds de Toulon. Ia terletak di Toulon, Perancis,

Orang-orang Uthmaniyyah tidak duduk bersenang lenang semasa ditempatkan di Toulon. Kesempatan itu diambil untuk membaik pulih kapal-kapal mereka dan menyer4ng beberapa buah desa Itali dan Sepanyol di sepanjang pantai untuk menimbulkan kerosakan yang lebih besar terhadap wilayah jajahan Austria.

Sepanjang musim sejuk itu, tenter4 Uthmaniyyah di bawah Barbarossa menggunakan Toulon sebagai pangkalan untuk menyer4ng pantai Sepanyol dan Itali. Kebiasaannya ser4ngan dikepalai oleh Laksamana Saleh Reis. Mereka menyer4ng dan membedil Barcelona di Sepanyol, Sanremo, Borghetto Santo Spirito, Ceriale di Republik Genoa, dan menundukkan ser4ngan angkatan laut Italo-Sepanyol.

Apabila musim bunga datang lapan bulan kemudian, Barbarossa memutuskan untuk kembali ke Istanbul, tetapi tidak, tidak sebelum dia menerima sejumlah wang yang dijanjikan dari raja Perancis untuk perkhidmatannya.

Panji-panji Heyreddin Barbarossa

Beberapa sumber mencadangkan bahawa ini adalah rasuah, tetapi itu tidak mungkin kerana Raja Perancis harus memenuhi kewajipannya kerana walaupun sebagai sekutu, dia menggunakan hampir sepenuhnya perkhidmatan pasukan Uthmaniyyah untuk operasi-operasi pesisir pantai. Ia termasuk dengan sumber bekalan awal.

Wang itu diterima tetapi peruntukan dan bekalan perjalanan yang dijanjikan kepadanya tidak dapat dipenuhi. Maka Barbarossa mengarahkan orang-orangnya untuk merampas lima buah kapal yang berlabuh di Teluk Toulon dan menggeledah kapal untuk mendapatkan bekalan makanan yang diperlukannya.

Sambutan kepulangan Hayreddin Barbarossa oleh Sultan Süleyman di Istanbul

Semasa dia berlayar pulang ke Istanbul dari Toulon, dia sempat meninggalkan banyak kerosakan di desa-desa sekitar pesisir pantai Itali, lima buah kapal per4ng Perancis menemani armadanya. Mereka berpisah membawa arah masing-masing dan Barbarossa kembali ke Istanbul dengan disambut sebagai pahlawan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.