Di mana-mana sahaja sebarang unsur ramalan memang senang mendapat perhatian orang ramai. Dulu kononnya ramalan mengenai kemenangan Donald Trump oleh The Simpsons. Sekarang ini menariknya pasal koronavirus, yang katanya diramal dengan rapi oleh seorang penulis fiksyen Amerika Syarikat.

Berusia 74 tahun, Dean Koontz telah menulis 105 novel yang 450 juta naskhah telah dijual di seluruh dunia.

Dan salah satu karyanya ialah The Eyes of Darkness, bergenrekan debaran pasal seorang ibu yang perlu menyiasat jika anaknya masih hidup. Tetapi sejak penularan COVID-19, The Eyes of Darkness semakin diburu dari pasaran cetak dan elektronik.

Semuanya angkara satu mukasurat yang tertular dalam media sosial. Satu mukasurat itulah yang membuatkan ramai berprasangka bahawa Koontz telah meramal penularan COVID-19.

Dan memandangkan Koontz ialah seorang penulis berjaya, karutan tentang Illuminati dan New World Order pun dipetik sekali –seolah-olah semuanya terancang.

Dalam tangkap layar di atas, seorang watak bernama Dombrey sedang menceritakan bahawa:

20 bulan yang lalu, seorang saintis China bernama Li Chen berpaling tadah ke Amerika Syarikat, membawa rekod disket (yang menyimpan maklumat tentang) senj4t4 biologi China yang baru dan paling penting dalam dekad.

Mereka memanggilnya Wuhan-400 sebab ia dibangunkan dalam makmal RDNA di luar bandaraya Wuhan, dan ia merupakan organisme mikro bergalur 400 yang dibuat manusia dalam pusat penyelidikan itu.”

Memang mengejutkanlah, sebab COVID-19 bermula sebagai 2019-nCoV daripada Wuhan, China. Cuma:

  • Semasa The Eyes of Darkness dicetak, organisme mikro ini tidak dinamakan Wuhan-400.Sebaliknya Koontz memberikan nama Gorki-400, sempena satu tempat di Rusia.

    Wuhan-400 hanya ada dalam edisi selepas tahun 1989 (Whitehead, 2020).

  • Kaedah penularan Wuhan-400 pun berlainan dengan COVID-19. Wuhan-400 diciptakan Koontz sebagai senj4t4 biologi China yang dibuat dalam makmal.COVID-19 pula tidak pernah dibuat dalam mana-mana makmal. Kejadiannya ialah atas tindakbalas semulajadi daripada sumber dipercayai kelawar atau tenggiling bersisik (Cyranoski, 2020).

    Kedua-duanya dijual di pasar Wuhan. 2019-nCoV dipercayai menumpang sebentar dalam satu spesis haiwan perantara sebelum melompat ke manusia (WHO, 2020).

  • Kadar kem4tian Wuhan-400 pula dikatakan 100%. Bermakna sesiapa mendapat Wuhan-400 takkan selamat.COVID-19 pula hanya membvnvh sekitar 3-4%, yang golongan warga emas dan imunisasi lemah berisiko paling tinggi (Harmeet, 2020).
  • Wuhan-400 hanya mampu hidup di luar badan tidak sampai seminit pun, seperti sifilis. Dan jika suhu m4y4t turun dibawah 30ºC, Wuhan-400 akan m4ti juga (suhu badan manusia ialah 37ºC).COVID-19 pula disahkan boleh hidup pada objek dan permukaan lebih daripada seminit. Malah COVID-19 boleh bertahan di luar badan selama berhari-hari (Kampf, et al, 2020).

    Cuaca panas diharapkan boleh membvnvh COVID-19 tetapi saintis juga menasihati supaya jangan begitu berharap sedemikian.

Jadi di sini haruslah diakui bahawa Dean Koontz tidak meramal apa-apa. Kenapa dinamakan Wuhan-400? Sama ada kebetulan ataupun kerana Wuhan mempunyai Institut Virologi Wuhan.

Lagipun Wuhan pun berfungsi sebagai bandaraya penting bagi ekonomi China. Ia bukan lagi sebuah kawasan pertanian. Dasar kewangan yang diterapkan Hu Jiantao dulu telah menukarkan Wuhan menjadi punca pelaburan asing daripada 80 buah negara yang menuangkan AS$22.45 bilion dalam ekonomi tempatan. Syarikat-syarikat penting seperti Renault pun menyertai ekonomi Wuhan juga.

Semasa Koontz menulis novelnya, Wuhan telah menjadi sebahagian daripada perkembangan politik China yang moden. Insiden Wuhan sebagai contohnya ialah pertembungan antara kerajaan China bersama dua kumpulan yang ingin memb3ront4k.

RUJUKAN:

Cyranoski, D. (2020, February 26). Mystery deepens over animal source of coronavirus. Nature. Retrieved from https://www.nature.com/articles/d41586-020-00548-w

Harmeet, K. (2020, March 13). No, Dean Koontz did not predict the coronavirus in a 1981 novel. CNN. Retrieved from https://edition.cnn.com/2020/03/13/us/dean-koontz-novel-coronavirus-debunk-trnd/index.html

Kampf, G., Todt, D., Pfaender, S., & Steinmann, E. (2020). Persistence of coronaviruses on inanimate surfaces and their inactivation with biocidal agents. PlumX Metrics, 104(3), 246–251. doi: https://doi.org/10.1016/j.jhin.2020.01.022

Whitehead, K. (2020, February 20). China wasn’t original villain in book ‘predicting’ coronavirus outbreak – it was Russia. South China Morning Post. Retrieved from https://www.scmp.com/lifestyle/arts-culture/article/3051619/china-wasnt-original-villain-book-predicting-coronavirus

WHO. (2020, February 21). Coronavirus disease 2019 (COVID-19). Situation Report-32. Retrieved from https://www.who.int/docs/default-source/coronaviruse/situation-reports/20200221-sitrep-32-covid-19.pdf?sfvrsn=4802d089_2


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.