Korang pernah main game yang melibatkan kau tentera waktu Perang Dunia I & II, kau kena lawan dengan tentera Zombie? Sebenarnya game tu berilhamkan dari peristiwa sebenar yang dipanggil sebagai Attack Of The Deadman.

Pada 6 Ogos 1915, Tentera Imperial Jerman melancarkan serangan gas terhadap tentera Russia dan Poland yang tidak bersedia, serangan itu berkesan merosakkan paru-paru dan kerongkong musuh mereka. Ramai tentera terkorban dari kesan gas beracun tersebut.

Ia bermula dengan beberapa minggu yang panjang dan berdarah, Pasukan Jerman telah berusaha sedaya upaya untuk cuba menawan Kubu Osowiec yang dipertahankan oleh Russia.

TETAPI sebelum tu, kalau korang minat dengan sejarah Russia, kami nak cadang korang beli terus buku kami, SOVIET DI HUJUNG JARI. Tengah ada diskaun gila-gila ni. Harga asal, 28.00, kami tengah jual pada harga RM22.50. Beli di Shopee The Patriots: http://bit.ly/3B8nigf

Akhirnya pasukan Jerman mulai bosan dengan serangan yang tiada kesudahan itu, mereka lalu memutuskan untuk menguji sejenis senjata eksperimen, iaitu gas beracun.

Jerman memiliki sumber gas mustard dan gas klorin yang ada di kawasan itu, dan mereka harus memilih antara keduanya.

Di Medan Barat, Jerman lebih cenderung menggunakan gas mustard kerana mampu mencederakan tentera Sekutu walaupun mereka memakai topeng penapis udara, serangan itu menyebabkan kulit melecet teruk, sedangkan gas klorin hanya akan menyakiti mereka yang tidak memiliki topeng gas.

Namun, dari segi kesan sampingan, gas mustard lebih mudah untuk dirawat dan mudah pulih, sedangkan gas klorin pada dasarnya akan mencairkan paru-paru dan daging yang lembut.

Gas klorin tetap perlu untuk memasuki ke dalam paru-paru anda, dan kerana kebanyakan tentera di Medan Barat memiliki topeng, maka gas klorin bukanlah satu ancaman.

Masalahnya, ini bukan Medan Barat – Tentera Russia tidak berada dalam kedudukan atau situasi yang sangat baik dan menggunakan banyak sumber bahan yang ketinggalan zaman seperti Uthmaniyyah.

Gas klorin berubah menjadi bentuk asid hidroklorik apabila dicampurkan dengan kelembapan pada paru-paru seseorang. Asid itu kemudian akan memakan daging lembut dan membran mukus tubuh.

Mata boleh rosak dan bahkan boleh buta kekal, rongga hidung berdarah, malahan, kulit yang lembap juga akan muncul tanda-tanda luka terbakar dan kerosakan kimia.

Kerosakan yang paling dahsyat terjadi pada paru-paru, ketika mereka terbakar dari dalam dan luar, tisu badan akan hancur setiap kali mangsa bernafas.

Dengan terdedah kepada keracunan yang berpanjangan dalam kuantiti yang tinggi, mangsa boleh maut kerana gagal bernafas.

Setelah seseorang menyedut gas ini dengan banyak, ia boleh menyebabkan proses kematian yang sangat menyakitkan dalam beberapa minit. Jerman melepaskan gas bromin dan klorin. Jika hanya gas bromin digunakan, ia berkesan untuk mengganggu saluran pernafasan, tetapi apabila digabungkan dengan gas klorin, ia menjadi koktail yang mematikan.

Dipendekkan cerita, tentera Russia tidak mempunyai topeng gas, sementara tentera Jerman telah mengetahuinya. Mereka memutuskan untuk menggunakan pilihan gas klorin dan setelah angin memihak mereka, topeng gas diagihkan kepada pasukan mereka dan bersiap untuk mara. Gas pun dilontarkan ke arah tentera Russia yang sedang berkawal dalam sebuah kubu yang diberi nama Kubu Osowiec. Namun entah bagaimana, sekumpulan pejuang Russia berjaya kekal hidup setelah terkena serangan awal dan terus bertindakbalas mempertahankan kubu.

Ketika kepulan wap gas merebak, askar-askar Russia bergegas mencari apa sahaja yang dapat mereka lakukan agar tidak tersedut bahan toksik tersebut. Pada mulanya mereka mungkin menggunakan kain yang direndam air seperti yang dilakukan tentera Sekutu lain dalam kes serangan gas mengejut yang berbeza.

Tetapi mereka kekurangan sumber air kerana sudah lama terkepung. Ini membuatkan mereka tidak ada banyak pilihan, dan menurut beberapa sumber, mereka mula merendam baju dengan air kencing mereka untuk membuat topeng pernafasan buatan sendiri. Ketika tentera Jerman tiba di kubu, mereka melihat puluhan pejuang yang bagaikan cacat, bergerak perlahan-lahan dan berlumuran darah maju tepat ke arah mereka.

“Serangan Orang Mati,” seperti yang yang anda tahu sekarang, melahirkan kisah lagenda mengenai tentera Russia yang bangkit dari kematian untuk kembali bertempur. Terdapat begitu sedikit tentera Bersekutu yang tersisa masih hidup, itu pun mereka semua yang masih hidup itu sudah nyawa-nyawa ikan. Ada yang hampir tidak dapat berdiri, kebanyakannyan berdarah secara dalaman, dan setiap pernafasan mereka terasa sakit dan membakar.

Ibu pejabat telah mengarahkan melalui radio supaya askar-askar yang ‘sedang mati’ itu untuk terus mempertahankan kubu dengan apa jua caranya sekalipun. Daripada terus kekal bertahan, mereka memutuskan untuk melakukan serangan balas.

Manakala askar-askar Jerman bergerak melakukan kemaraan, dengan tanggapan gas itu menjadikan musuh mereka sangat lemah atau menamatkan hidup mereka sendiri. Namun tekaan mereka ternyata salah. Tentera ‘zombi’ Russia muncul tiba-tiba menyerang posisi Jerman dengan senapang dan bayonet mereka.

Namun tekaan mereka ternyata salah. Tentera ‘zombi’ Russia muncul tiba-tiba menyerang posisi Jerman dengan senapang dan bayonet mereka. Dari perspektif luaran, seratus orang kekuatan bersenjata tidak akan berpeluang menundukkan tentera yang kuat dengan 7,000 orang. Namun, ketika Jerman mendekati sasaran mereka, mereka melihat hasil serangan gas mereka dari dekat, dan mereka tidak kurang juga merasa ngerinya.

Mereka ketakutan apabila melihat askar-askar Russia yang kelihatan gila, berdarah, askar Jerman semakin panik melihat kesan senjata mereka sendiri.

Askar-askar Jerman berpaling dan tiba-tiba berlari lintang pukang, bahkan mereka tidak sempat memusnahkan atau merampas senjata yang musuh gunakan. Mereka berlari ke dalam jerat berwayar yang mereka sendiri pasang dan mengalami kecederaan yang teruk akibat letupan.

Tentera Russia melepaskan tembakan ke arah Jerman, dan tidak lama kemudian mereka merebut kembali kubu itu sekaligus berjaya mengusir tentera Jerman daripada kemungkinan yang mustahil. Keseluruhan Rejimen Infantri ke-22 Zemlyansky dicatat dalam lipatan sejarah, tetapi satu nama paling menonjol antara yang lain iaitu sub-leftenan Vladimir Kotlinsky.

Walaupun bukan orang ternama, tetapi dialah yang merancang dan memberi semangat kepada baki tentera Russia yang masih ada untuk menyerang dan berjuang demi Mother Russia mereka!

Dan akhir kata, kami nak jemput kalian membeli buku terbaru kami, iaitu THE HUMAN’S COMPLEX dan juga WORLD WITHOUT WALLS III di Shopee kami. Ada promosi kombo untuk EARLY BIRD. Beli awal, dapat diskaun setinggi RM18!

THC: http://bit.ly/3z7WvOH
WWW3: http://bit.ly/3BfSevi

Dua buku best-seller The Patriots kini kami gandingkan sekali dalam versi bahasa Inggeris untuk kalian semua:
World Without Walls III: https://bit.ly/3PR2Ep9
The Human’s Complex: https://bit.ly/3J2GoGF

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Leave A Reply