Pada 12 September 1940, seorang remaja lelaki Perancis berusia 18 tahun bernama Marcel Ravidat bersiar-siar di hutan bersama anjingnya bernama Robot. Semasa bersiar, anjingnya terjatuh ke lubang yang tersembunyi. Ravidat kemudian meminta bantuan tiga orang sahabatnya untuk mencari Robot.
Sampai saja di kawasan kejadian, mereka berempat memasuki ke lubang sedalam 15 meter, tempat Robot jatuh. Pada akhirnya, mereka bukan setakat menemui semula Robot, mereka juga telah menemui lukisan dinding gua yang penuh dengan haiwan-haiwan!
Pada 21 September 1940, sekumpulan pengkaji gua dan ahli muzium Perancis, terutamanya pakar kaji gua yang terkenal bernama Abbé Henri Breuil tiba di gua tersebut. Kajian mereka mendapati Gua Lascaux ini adalah gua prasejarah tertua ditemui di Perancis!
Rangkaian gua tempat empat orang remaja temui dinamakan dengan nama ‘Lascaux’ sempena nama pemilik rumah agam berdekatan. Terdapat 600 lukisan memenuhi dinding dan siling gua menggunakan peralatan seperti pensil magnesium dan tulang burung.
Kebanyakan lukisan ini adalah haiwan besar, seperti gajah mammoth, kuda, lembu, dan rusa yang pernah tinggal di kawasan sekitar gua pada fasa Paleolitik Akhir. Dianggarkan lukisan-lukisan ini berusia 17,000 tahun oleh kumpulan kecil manusia prasejarah yang tinggal dalam Gua Lascaux.
Gua ini kemudian menjadi tempat pelancongan pada 14 Julai 1948. Masuk tahun 1955, lukisan-lukisan semakin pudar akibat kehadiran pelawat yang membawa karbon dioksida, kepanasan, dan kelembapan yang mencemarkan lukisan gua tersebut.
Demi mengelakkan masalah ini berlaku, gua ini ditutup sepenuhnya bermula tahun 1963. Tetapi pihak muzium Paris telah membuat replika lukisan-lukisan gua ini dan jadikannya sebagai pameran umum di dalam muzium Lascaux IV berdekatan dengan gua tersebut.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih