Gambar pertama ini ialah gambar permukaan Bulan pertama yang ditangkap oleh Luna 9, iaitu kapal angkasa milik Kesatuan Soviet, sekaligus menjadi kapal angkasa yang pertama mendarat di Bulan.

 

 

Pada tahun 1960-an, Perang Dingin semakin rancak antara Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Soviet, terutamanya dalam perlumbaan angkasa lepas bagi menunjukkan kuasa teknologi angkasa masing-masing. Teknologi angkasa Soviet pada ketika itu semakin ke hadapan sejak Yuri Gagarin menjadi angkasawan pertama tiba di angkasa.

 

AS pada waktu itu mengintip perkembangan teknologi angkasa Soviet melalui NASA. Jadi para saintis NASA ketika itu bertugas sebagai perisik selain melakukan kajian. Balai cerap Jodrell Bank di Cheshire, England adalah balai yang bertanggungjawab melaksanakan projek pengintipan ini.

 

AS mengetahui Soviet melaksanakan program Luna iaitu misi mendaratkan kapal angkasa Soviet ke bulan. Saat Soviet melancarkan Luna 9, AS mengesan kapal angkasa itu bagi melihat keupayaan teknologi angkasa Soviet.

 

Pada 31 Januari 1966, AS kehilangan jejak Luna 9. Mereka tidak tahu sama ada akhirnya kapal angkasa itu berjaya mendarat atau terhempas. Beberapa minit kemudian, Luna 9 kembali wujud dalam radar dan menyampaikan isyarat. Tapi, kapa angkasa itu memberikan isyarat berupa faks.

 

Talian faks pada masa itu hanya syarikat surat khabar saja yang memiliki mesin faks. Maka, NASA meminta bantuan syarikat surat khabar terdekat untuk memberikan mesin faks dan menyahkodkan isyarat faks yang diberi oleh Luna 9. Selesai nyahkod, gambar pertama inilah bukti rakaman Luna 9 di Bulan.

 

Pada asalnya, isyarat faks ini diberi dahulu kepada Soviet namun ‘dipintas’ oleh balai cerap Jodrell Bank yang mewakili AS. Syarikat surat khabar Daily Express terus menerbitkan penemuan Luna 9 ini dan mengiktiraf kapal angkasa ini ialah yang pertama mendarat di Bulan.

 

Bagi Soviet, penyebaran berita ini membuatkan mereka bengang kerana AS sanggup ‘curi’ penemuan dari kapal angkasa mereka tetapi nasi sudah menjadi bubur. AS pula mendapat nama dalam pendaratan ke Bulan ini.

 

Lembu punya susu, sapi dapat nama. Soviet punya Luna, AS dapat nama.

 

__

 

Banyak lagi sejarah dan sains yang menarik tentang angkasa lepas dan seluruh universe! Korang kena dapatkan GENESIS I untuk menjadi celik ilmu angkasa! Buku ni dah kembali dengan cover baru. Jadi, jom beli buku cover baru ini di: https://bit.ly/GenesisIShopee


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply