Kerajaan Firaun Timaios dikejutkan dengan berita kedatangan musuh daripada Timur Tengah. Musuh ini datang dan tiba-tiba merampas kawasan delta Sungai Nil.

Tiada peperαngan. Tiada pertempuran. Kawasan ini senang cakap menyerah kalah terus pada seorang raja bernama Salitis barangkali pada tahun 1650 S.M.

Sejak hari itu, bangsa Hyksos mendarat dan menguasai sebahagian daripada bumi Mesir Purba.

Angkatan Salitis boleh kata gagah perkasa juga. Dalam sekejap, Salitis mengembangkan jajahannya sampai terjatuh kerajaan firaun di bandar Memphis.

Baginda firaun dipercayai hilang kuasa angkara Salitis yang mangkat selepas 19 tahun berkuasa di sini.

Takhta kefiraunan bertukar-tukar tangan selama satu abad. Bermula tahun 1560 S.M., kuasa kefiraunan dipegang Seqenenre Tao.

Takhta Salitis pun sama, bertukar-tukar tangan hingga Apophis. Jadi pada zaman itu, Seqenenre Tao bertembung kuasa dengan Apophis.

Kelantangan Hyksos Yang Menghina Tradisi Mesir

Apophis berkuasa selama 40 tahun sebagai seorang firaun. Pada masa itu, Seqenenre Tao juga adalah seorang firaun.

Maka bumi Mesir Purba mempunyai dua firaun yang berbeza fikrah dan kedaulatan. Walaupun bersengketa, dua kerajaan ini menjalinkan hubungan perdagangan antara satu sama lain.

Hubungan antara dua kerajaan ini jauh sekali baik. Apophis berkuasa di bandar Avaris, yang terletak dalam wilayah Tell el-Daba hari ini.

Manakala Seqenenre Tao pula berkuasa di Thebes. Jarak antara dua bandar ini boleh kata dalam lingkungan 700 kilometer.

Jarak untuk dua negara

 

Tetapi Apophis tiba satu masa melontarkan provokasi, barangkali ingin mencetuskan perbalahan atau peperαngan. Atau sekadar ingin menunjukkan taring, kerana Mesir sedang membayar ufti kepada Hyksos.

Apophis menghantar surat untuk dibaca dalam istana Seqenenre Tao. Di Thebes, ada sebuah kolam yang dianggap suci di sisi Mesir Purba.

Kolam ini menjadi tumpuan utama kehidupan liar seperti badak air. Apophis bertitah bahawa bunyi badak air ini terlalu bising sampai baginda tidak boleh tidur. Lalu kerajaan Thebes didesak supaya musnahkan kolam ini.

Seqenenre Tao sangat murka tetapi “ada sesuatu” berlaku yang melenyapkan nama baginda dalam sejarah. Kalau tengok pada rangka mumianya, saintis percaya baginda tewas di medan perαng.

Pertama sekali, saintis menghidu bau yang busuk apabila balutan kafannya dibuka. Ini menandakan yang Seqenenre Tao dimumiakan (embalmed) begitu cepat (ten Berger & van de Goot, 2002).

Kedua pula, keadaan rangkanya yang penuh kecederaan menjadi “bukti penjejak”.

Dengan menggunakan teknologi imbasan, mereka membina sebuah gambaran 3D (3D image) yang menunjukkan keadaan jasad baginda dalam keadaan terjejas.

Tidak tersusun habis.

Tulangnya tidak tersusun dengan kepala terasing daripada tubuh.

Menyingkap Kecederaan Purbakala

Seqenenre Tao mempunyai luka bersaiz tujuh sentimeter pada tulang dahinya. Luka ini dipercayai terjadi kerana hentakan daripada sebilah kapak daripada atas (Pappas, 2021).

Selain daripada luka ini, baginda juga mempunyai luka 3.2 sentimeter di atas mata kanan… juga barangkali kerana kapak. Dua hentakan kapak pada muka memang satu azab yang gila.

Kepalanya Dalam Keadaan Teruk

Masalahnya ada torehan-torehan kecil pada hidung dan pipi kanan yang mungkin dibuat dengan menggunakan pemegang kapak.

Dan pada tempurung kepalanya pula, ada lubang 3.5 sentimeter mungkin akibat lontaran lembing.

Saintis sangat tertarik pada keadaan tangannya yang tergenggam tanpa sebarang kecederaan.

Mungkin tangannya diikat sebelum menemui ajal. Kalau mati semasa bertempur, memang pelik sangat kerana tiada kecederaan selain di kepala.

Daripada sisi.

 

Jadi sejarawan berpendapat baginda disiksa dengan teruk selepas pertempuran, barangkali di medan perαng juga… kerana otaknya “terkumpul” di bahagian kiri kepala (bermakna jasadnya lama terbaring secara mengiring).

Apophis menang dalam peperαngannya. Walau bagaimanapun, baginda tidak membina sebuah negara yang bertahan lama.

Penggantinya Khamudi tewas pada tangan Firaun Ahmose, yang merupakan anak Seqenenre Tao. Tewasnya pada tangan Apophis pun akhirnya tidak membawa sebarang makna pada Hyksos. Kerana baginda Firaun Ahmose menyambung legasi diwarisi daripada ayahandanya.

RUJUKAN:

Pappas, S. (2021, Februari 17). Egyptian pharaoh was executed on the battlefield, mummy reveals. Live Science.

ten Berge, R., & van de Groot, F. (2002). Seqenenre Taa II, the violent death of a pharaoh. J Clin Pathol. 55 (3): 232.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply