Sekali imbas batu yang terpacak tegak di tengah-tengah kampung Brunei Kimanis ini tidak ada bezanya dengan mana-mana batu seumpamanya yang boleh didapati di mana-mana. Namun siapa sangka, di sebalik “penampilan” batu besar ini tersimpan satu kisah ng3ri yang sangat signifikan dalam lipatan sejarah Kimanis.

Terdapat pelbagai versi bagaimana Kimanis mendapat nama. Antaranya daripada pohon kayu manis yang dikatakan sangat banyak ditanam di kawasan ini pada masa dahulu. Selain daripada itu versi yang lain pula menceritakan pada masa lalu kawasan ini banyak ditanami dengan pohon limau manis. Namun pada hari ini kedua-dua jenis tanaman ini sudah tidak dapat ditemui ditanam secara besar-besaran lagi.

Sejarah lampau Kimanis sebahagian besarnya bersumberkan daripada cerita lisan yang diturunkan daripada satu generasi ke generasi seterusnya. Walaupun sekadar cerita lisan namun ia sangat penting bagi memberikan sedikit gambaran mengenai kehidupan masyarakat di Kimanis sebelum campur tangan pengaruh luar. Kisah batu sumpah Kimanis ini dikongsikan sendiri oleh Allahyarham Mali Bin Haji Mokti yang mendakwa moyang beliau yang bernama Badar pernah diberikan kuasa oleh Sultan Brunei untuk mentadbir Kimanis sebelum tahun 1900 menerusi gelaran “penyurat”.

Penempatan awal Kimanis dibina berhampiran kawasan sungai dan laut. Selain pekerjaan tradisional sebagai petani penduduk di sekitar kawasan ini juga merupakan nelayan yang mahir dalam mengumpul hasil laut dan sungai. Pekerjaan ini masih diteruskan kebanyakan penduduk di Kimanis sungguhpun zaman telah berubah. Pada masa lalu kampung-kampung dibina berasaskan kepada puak-puak dengan fahaman yang berbeza.

Oleh yang demikian permusuhan dan p3p3rangan antara mereka adalah sesuatu yang biasa pada ketika itu. Di sinilah kisah berkaitan batu sumpah atau batu hidup Kimanis bermula melibatkan figura tempatan yang dikenali sebagai Datu Pulang. Menerusi penulisan Aszlan Selamat dari Universiti Malaysia Sabah gelaran Datu adalah dipengaruhi oleh Kesultanan Sulu yang merupakan pesaing kepada hagemoni empayar Kesultanan Brunei di Borneo satu masa dahulu.

Datu Pulang merupakan ketua rumah panjang bagi kampung Darat. Nama lama bagi Kampung Brunei Kimanis. Satu konsep atau kod etika yang dipegang oleh masyarakat pada ketika itu seandainya ingin bertandang ke sesebuah kawasan perkampungan hendaklah melalui kawasan pintu masuk di hadapan kampung. Seseorang dianggap berniat untuk m3ncer0b0h atau menimbulkan hvrv-h4r4 serta bersikap bi4d4p sekiranya masuk ke kawasan kampung melalui laluan daripada belakang.

Penduduk kampung dalam kalangan lelaki dewasa sering ber4du tenaga antara sesama sendiri bagi menunjukkan kegagahan masing-masing. Namun mereka akan pantas bersatu sekiranya perkampungan mereka dis3r4ng orang j4h4t yang dikenali sebagai ayau atau lanun. Kepala para penceroboh ini akan dip3ngg4l dan seterusnya diletakkan di atas ampaian rumah panjang.

Upacara pemujaan dihadapan tengkorak musuh yang dikenali sebagai Kukui akan lazim dilaksanakan pada sebelah malam bertujuan bagi mengelakkan roh si m4ti daripada mengganggu mereka. Sepanjang upacara tarian tradisi dikenali sebagai tarian tangugak dengan diiringi paluan kulintangan akan menjadi sebahagian daripada ritual persembahan.

Segalanya bermula apabila pada suatu hari penghuni rumah panjang kampung Darat turun mencari rezeki di laut, sungai dan paya. Dikatakan pada hari itu mereka semua sepakat untuk tidak turun ke dusun atau sawah. Hanya anak-anak kecil sahaja yang ditinggalkan di rumah panjang. Malang tidak berbau, rumah panjang kampung Darat diser4ng sekumpulan ayau. Kesemua anak-anak kecil yang berada di rumah panjang ketika itu dibvnvh kecuali seorang kanak-kanak perempuan sahaja yang sempat bersembunyi dan menjadi saksi pada kejadian berkenaan.

Setibanya Datu Pulang dan anak-anak buahnya daripada mencari rezeki mereka sangat terkejut, sedih dan marah dengan kejadian yang menimpa rumah panjang mereka. Kanak-kanak perempuan yang terselamat daripada serang4n ayau berkenaan segera menceritakan apa yang telah berlaku.

Berang dengan kejadian itu Datu Pulang seorang diri segera bertindak menuju ke kawasan perkampungan di sepanjang pesisir sungai, bermula dari kampung Kelatuan sehingga sejauh kampung Putatan untuk mencari mereka-mereka yang bertanggungjawab terhadap serangan itu dan menegakkan keadilan menggunakan tangan beliau sendiri. Beliau menegah anak-anak buahnya daripada ikut serta.

Setelah beberapa lama Datu Pulang m3ngg4n4s melunaskan dend4mnya, akhirnya penghulu kampung Putatan mengarahkan tiga orang lelaki paling gagah daripada kampung beliau untuk menghentikan amvk4n Datu Pulang.

Mereka akhirnya berjaya menemui Datu Pulang dan p3rk3lahian pun tercetus. Datu Pulang berjaya men3waskan ketiga-tiga lelaki berkenaan namun tidak membvnvh mereka, malah beliau mengarahkan mereka untuk kembali ke kampung Putatan dan menyampaikan pesan kepada penghulu mereka untuk berdamai.

Sebaik pesanan itu tiba ke pengetahuan Datu Penghulu Putatan beliau segera menyetujuinya dan mengatur satu pertemuan dengan Datu Pulang. Datu Pulang mengusulkan perdamaian bukan sahaja melibatkan kampung mereka akan tetapi kesemua kampung yang berada di sepanjang tebing sungai.

Datu Penghulu Putatan juga diminta untuk menyediakan sebuah bongkah batu yang besar untuk dit4nam di Kampung Darat Kimanis sebagai sebahagian daripada syarat perjanjian damai. Apabila tiba waktu dan hari yang dijanjikan sebuah bongkah batu sebesar sepemeluk dewasa dibawa dari kampung Putatan. Batu tersebut dimuatkan ke atas sebuah perahu dan dibawa ke kampung Darat Kimanis menerusi jalan laut.

Setibanya ke atas darat batu itu telah ditarik oleh seekor kerbau terpilih yang dikenali dengan nama si Gendang P3r4ng. Kain dengan corak bunga telah dililitkan ke sekeliling batu berkenaan sebagai simbol perdamaian dan penghargaan ke atas perjanjian yang bakal dibuat.

Sebaik tiba ke lokasi yang ditetapkan orang ramai bahu-membahu bersama-sama memacakkan batu besar itu. Seorang penjen4yah yang telah melakukan kesalahan besar telah ditangkap pada masa yang sama dan diikatkan pada bongkah batu berkenaan. Setelah orang kampung, ketua-ketua suku dan para pahlawan yang dikenali sebagai orang gagah berkumpul upacara sumpah perjanjian damai pun dimulakan.

Penghulu kampung Darat Kimanis, Datu Pulang mengetuai upac4ra itu. Semua yang hadir bersumpah tidak akan akan menganggu atau melakukan pembunvhan sesama mereka. Seandainya ada dalam kalangan mereka yang melanggar sumpah berkenaan darah mereka wajib ditumpahkan ke atas bongkah batu sebagai penebus bagi kesalahan mereka. Para ketua suku akan secara bergilir men!kam pesalah itu sehingga m4ti.

Sebaik sumpah perjanjian selesai Datu Penghulu Pulang segera mengarahkan batu sumpah berkenaan “disuapi” dengan darah manusia yang telah melakukan kekej4man. Beliau telah memulakan upacara tersebut terlebih dahulu dengan m3ncabut kerisnya dan m3nikam pesalah yang telah diikat pada bongkah batu.

Perbuatan itu diikuti oleh ketua-ketua puak yang lain dan para orang gagah sehinggalah orang jahat itu menemui aj4l. Dikatakan selepas daripada peristiwa itu permusuhan diantara puak sudah tidak wujud lagi. Sementara versi cerita yang lain pula mengatakan seandainya ada yang melanggar sumpah selepas itu hukuman seumpamanya akan dilakukan keatas mereka.

Batu Hidup Kimanis dan m4k4m Datu Pulang.

Sebelum m3ningg4l duni4 Datu Pulang sempat mewasiatkan agar jen4z4hnya dikebvmik4n berhampiran dengan batu sumpah atau batu hidup berkenaan. Jen4z4h beliau dikebumikan di dalam tajau besar seperti adat kebanyakan pribumi p4gan Sabah yang masih diamalkan pada ketika itu.

Batu sumpah ini mendapat jolokan sebagai batu hidup apabila penduduk tempatan mula perasan batu ini semakin meninggi dan membesar hari demi hari. Antara tahun 1945 sehingga 1946 bahagian atas batu itu pernah p4tah dengan sendirinya namun bahagian yang p4tah itu dikatakan gh4ib sebelum secara misteri muncul di kampung Kabang. Seperti mana batu asal di kampung Brunei Kimanis batu di kampung Kabang itu juga turut tumbuh dan membesar dari masa ke semasa.

Menerusi beberapa cerita yang pernah sampai ke telinga penulis sendiri sewaktu zaman pendudukan Jepun ramai ny4wa penduduk tempatan yang melayang di batu sumpah berkenaan lantaran dibvnvh tentera Jepun. Kejadian itu dikatakan seakan menghin4 batu sumpah atau batu hidup yang hanya dialiri dengan dar4h penj3nayah k3jam satu masa dahulu.

Walaupun kisah rakyat Kimanis yang satu ini tidak disokong dengan rekod bertulis daripada zamannya, namun kewujudan batu sumpah ini adalah bukti kisah ini pernah terjadi di tengah-tengah masyarakat Kimanis pada masa lalu walaupun kemungkinan terdapat beberapa penokok tambahan cerita selepas beberapa generasi yang terkemudian.

Batu Hidup Kimanis dan m4k4m Datu Pulang.

Penduduk kampung Brunei Kimanis telah mengambil inisiatif  dengan memperbaiki dan memulihara kawasan makam Datu Pulang dan Batu Sumpah. Malangnya seperti mana kawasan-kawasan yang dianggap keramat di negara kita, lokasi batu sumpah ini tidak terlepas daripada aktiviti-aktiviti berunsur syirik. Walahualam.

RUJUKAN :

1) Amerika Syarikat di Kimanis, 1850-1875, Aszlan Selamat, Universiti Malaysia Sabah.

2) Sejarah Batu hidup Kampung Brunei Kimanis, Temuramah Bersama En. Mali Bin Haji Mokti. 80 tahun. Pencerita Utama. www.azmahnordin.blogspot.com . Diakses pada 14 Januari 2020 (http://ihsanmz.blogspot.com/2011/06/sejarah-batu-hidup-kgbrunei-kimanis.html?m=1)

Kredit foto Azmah Nordin dan siaran youtube dokumentari pendek M4kam Datu Pulang, batu tumbuh hidup di Kimanis.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Sekadar orang biasa yang mencintai sejarah dan seni budaya negara. Terutama sekali yang berkaitan dengan Negeri Di Bawah Bayu. Merupakan graduan lepasan Diploma Pengurusan Pelancongan dari Kolej Poly-Tech Mara. Peluang menulis bersama TP dilihat sebagai antara salah satu platform terbaik berkongsi maklumat dan bertukar-tukar pandangan dengan lebih ramai orang-orang hebat di luar sana

Comments are closed.