Apabila pihak berikat menyerah kalah, kira-kira 400 orang Askar Melayu termasuk pegawai menjadi tawanan perang dan dikumpulkan di Ferrer Park, Singapura.
Tentera Jepun memberi peluang kepada mereka semua di dalam tahanan dengan tiga pilihan serta masa selama empat belas hari untuk berfikir membuat keputusan.
Tiga pilihan tersebut ialah tanggalkan uniform tentera dan pulang ke kampung dan menjadi orang awam biasa, atau pilihan kedua masuk berkhidmat dengan tentera Jepun, atau pilihan yang terakhir masih beruniform dan masih hendak menentang tentera Jepun.
Sepanjang tempoh yang diberi oleh tentera Jepun tersebut, kesemua tahanan didera dalam pelbagai jenis seksaan. Antaranya termasuklah didera secara fizikal, mental dan sebagainya.
Satu peristiwa tragis berlaku selepas dua minggu penahanan mereka apabila lapan pegawai Askar Melayu termasuk FMSVF ditembak mati kerana enggan menanggalkan pakaian seragam dan lencana pangkat sebagai tanda menyerah kalah.
Mereka ialah Kapten Raja Aman Shah Raja Harun Al-Rashid, Lt Ariffin Sulaiman, Lt Ibrahim Sidek, Lt Abd Wahid Mat Kidam, Datuk Naning iaitu Lt Datuk Othman Kering, Lt Muda Ahmad Noordin dan Lt Muda Md Isa Mahmud.
Menurut Mustapha Hussain dalam bukunya yang bertajuk Memoir Mustapha Hussain: Kebangkitan Nasionalisme Melayu Sebelum UMNO, ada menyebut bahawa Kapten Raja Aman Shah tolak untuk cuba melarikan diri dari Pusat Tahanan Ferrer Park dan beliau sanggup untuk lindungi rakan-rakan seperjuangannya di dalam tahanan perang terutamanya dari Perak jika pihak Jepun menjalankan soal siasat.
Beliau pernah diberi peluang untuk dibebaskan oleh pihak Jepun namun beliau tolak tawaran tersebut apabila beliau tahu hanya beliau seorang sahaja yang diberikan peluang untuk dibebaskan dari pusat tahanan dan yang lainnya tidak sama sekali.
Ariffin, Ibrahim dan Abd Wahid pula merupakan pegawai kanan Askar Melayu yang semasa disoal siasat tetap berkeras enggan menurut perintah tentera Jepun.
Pada 28 Februari 1942, beliau bersama-sama 7 tahanan perang dipaksa berarak dari Ferrer Park ke Geylang. Ketika ramai sukarelawan Melayu dibenarkan pulang kerumah oleh tentera Jepun, kebanyakkan pegawai tentera berbangsa Melayu tetap ditahan dan dibawa ke Bedok dimana mereka semua akan ditembak mati oleh skuad penembak tentera Jepun.
Kesemua tahanan dibawa ke kawasan lapang untuk mendengar keputusan terhadap pilihan yang diberi. Rasa marah tentera Jepun membuak-buak apabila kesemua pegawai askar Melayu yang ditahan sebulat suara memilih pilihan ketiga iaitu masih beruniform dan masih hendak menentang tentera Jepun.
Tentera Jepun arahkan mereka untuk menggali kubur sendiri sebelum hukuman tembak dijalankan.
Pada lewat petang, mereka diarah berbaris membelakangkan tentera Jepun untuk bersiap sedia untuk ditembak.
Akhirnya, semua pegawai tentera Askar Melayu tersebut ditembak mati selepas beberapa das tembakan dilepaskan oleh tentera Jepun.
Mayat mereka dengan tangan berikat ditinggalkan di tempat mereka ditembak iaitu di satu kawasan yang sebelumnya merupakan tempat perlindungan serangan udara di kaki bukit dekat Bedok.
Oleh: Azizul Farhan
___
Mereka memilih pilihan tersebut demi menegakkan maruah bangsa, agama dan tanah air daripada dipijak-pijak oleh penjajah. Dapatkan MALAYA 1941 segera di Shopee!
https://bit.ly/Malaya1941Shopee
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih