Apabila berbicara tentang manusia yang mengaku dirinya tuhan, pasti nama Firaun akan jadi sebutan. Ye lah Firaun mendakwa diri baginda tidak pernah ditimpa sebarang kecelakaan dan sentiasa sihat sepanjang masa. Ditambah pula Firaun pemerintah Mesir Purba yang merupakan antara empayar terbesar. Jadi Firaun secara sukarela dan bongkaknya terus mengaku jadi tuhan.

Paling menarik sekali selepas era Firaun pun masih ada lagi pemerintah yang mengaku dirinya tuhan. Perkara ini berlaku ketika era kegemilangan pemerintahan Islam dan yang mengaku tuhan tu adalah daripada salah satu khalifah empayar Islam.

Khalifah empayar Islam mana yang mengaku sebagai Tuhan tu?

Khalifah itu adalah Al-Hakim Bin Amrullah. Pada mulanya, baginda berjaya menaiki takhta setelah ayahanda mangkat dalam perjalanan melawat tanah jajahan di Syria. Sayangnya Al-Hakim Bin Amrullah baru berumur 11 tahun ketika ayahandanya mangkat. Jadi sebelum mangkat, ayahandanya telah memerintahkan para pegawainya mengambil alih Fatimiyah sehinggalah Al-Hakim Bin Amrullah dewasa.

Setelah meningkat dewasa, kuasa pemerintahan dikembalikan semula kepada Al-Hakim Bin Amrullah lantas baginda terus dilantik sebagai khalifah keenam Fatimiyah. Naik sahaja takhta, Al-Hakim Bin Amrullah mewarisi sebuah empayar yang meliputi Afrika Utara, Sicily, Syam dan dua kota suci umat Islam.

Disebabkan Empayar Fatimiyah agak besar, pelbagai masalah telah melanda. Tambah lagi pening kepala, Al-Hakim Bin Amrullah telah menyelesaikan masalah tersebut dengan kekerasan. Salah faham antara syiah dan sunni menjadi semakin parah semasa era baginda. Sebagai pemerintah, baginda seharusnya menjadi titik tengah untuk mendamaikan kedua-duanya.

Tapi lain pulak yang jadi sebab Al-Hakim Bin Amrullah terlalu memihak kepada syiah. Apa yang baginda buat adalah memerintahkan sahabat Rasulullah dan tiga khalifah pertama Islam dilaknat secara terbuka. Baginda juga menitahkan agar segala kata-kata cacian itu diukir di dinding masjid. 

Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Paling kelakar sekali Al-Hakim Bin Amrullah pernah mengharamkan makanan tradisional Mesir iaitu mulukhiyya. Katanya itu merupakan makanan kegemaran Muawiyah. Orang Syiah memang sangat tak suka dengan Muawiyah. Sebab dia dianggap merampas kuasa daripada pemerintah yang hak.

Bukan setakat itu sahaja, toleransi agama boleh dikatakan tidak wujud pada era pemerintahan Al-Hakim Bin Amrullah. Sebab baginda telah melarang penganut Kristian menyambut Easter and the Epiphany of the Lord. 

Tambahan pula, baginda telah bertindak memusnahkan gereja Holy Sepulcher di Palestin hingga menyebabkan ramai penganut Kristian marah dan tidak berpuas hati. Bahkan ada yang cakap tindakan Al-Hakim Bin Amrullah ini menjadi penyebab kepada perang salib.

Selain itu Al-Hakim Bin Amrullah boleh dikatakan kurang gemar dengan wanita. Sebab baginda telah hasilkan satu undang-undang khas untuk melarang wanita keluar dari rumah sesuka hati. Para tukang kasut juga dilarang menghasilkan kasut untuk wanita. Kalau berdegil juga pasti dibayangi hukuman ngeri.

Ada yang lagi gila iaitu  Al-Hakim Bin Amrullah mengaku dirinya adalah tuhan. Pengakuan ini turut disahkan oleh Muhammad ad-Darazi iaitu pengasas ajaran Druze. 

Bermakna semua orang yang menganut ajaran Druze ini mengakui Al-Hakim Bin Amrullah adalah tuhan. Ironinya betul rasanya sebab Firaun dan Al-Hakim Bin Amrullah berasal daripada negara yang sama iaitu Mesir.  Buat pengetahuan semua, ajaran Druze merupakan pecahan daripada Syiah Ismailiyah. 

Apabila Al-Hakim Bin Amrullah tiba-tiba hilang pada tahun 1021, ramai berspekulasi bahawa baginda telah dibunuh dan dihapuskan tanpa jejak. Tapi penganut ajaran Druze berbeza pendapat dalam hal ini. Mereka mendakwa Al-Hakim Bin Amrullah tidak hilang tetapi kembali kepada bentuk bukan manusia. Kata deme lagi Al-Hakim Bin Amrullah merupakan satu manifestasi tuhan dan akan kembali di akhir zaman sebagai penyelamat.

Disebabkan perangai Al-Hakim Bin Amrullah yang agak pelik dan gila ini, baginda telah digelar sebagai Hakim the Mad. 


Kalau korang nak tahu hala tuju Fatimiyyah ni, jemput baca PERANG SALIB PERTAMA: KELAHIRAN TEMPLAR. Buku ni mengumpulkan sejarah melalui perspektif tidak pernah ditulis di Malaysia… iaitu perspektif Byzantium dalam Perang Salib Pertama. Selalu kita tengok antara Pope, Eropah dan Dunia Islam jer. Buku ni boleh dibeli di https://bit.ly/perangsalibpertamaa <– E-BUKU.

Gambar sekadar hiasan. Pautan adalah E-BUKU.

RUJUKAN:

Asbridge, T. (2004). The First crusade – A new history: The roots of conflict between Christianity and Islam. Free Press.

Brasil, T. (2020, Oktober 15). When the Caliph went mad: The reign of al-Hakim. Islamic History. Dipetik daripada https://historiaislamica.com/en/when-the-caliph-went-mad-the-reign-of-al-hakim/

Elkamel, S. (2010, Ogos 24). Caliph of Cairo: The rule and mysterious disappearance of Al-Hakim bi-Amr Allah. Egypt Independent. Dipetik daripada https://egyptindependent.com/caliph-cairo-rule-and-mysterious-disappearance-al-hakim-bi-amr-allah/

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply