Tanah Arab telah menjadi tapak dan medan bagi pelbagai peradaban dan kerajaan untuk mekar dan tumbuh sebagai sebuah adikuasa. Namun, jauh di tengah Semenanjung Tanah Arab, telah muncul sebuah bangsa Arab yang dikatakan tidak bertamadun dan tidak mempunyai apa apa pengetahuan tentang dunia luar. Rasulullah SAW hadir bagi mencerahkan umat ini dan menjadi asas kepada bangsa ini mulai mengenal dunia yang luas. Pada ketika inilah, bangsa ini mulai bangkit melawan adikuasa dunia pada ketika itu iaitu Rom dan Parsi. Usai kewafatan Rasulullah SAW, kerajaan Islam ini mulai membina namanya di persada dunia.
Menjelang era Khalifah Abu Bakar, sungguhpun empayar ini berjaya mempertahankan dirinya dari ancaman Riddah namun, ia masih tidak sepenuhnya stabil. Dan pemerintahan terus berjalan sehingga ke zaman Khalifah Umar. Pada eranya, barulah kestabilan dapat dikecapi sepenuhnya. Pada era inilah cukai cukai telah diperkenalkan oleh Khalifah Umar. Mengapa Khalifah Umar memperkenalkan sistem birokrasi yang belum pernah dikenal bangsa Arab ini. Jawapannya, adalah bagi melancarkan dan melicinkan administrasi kerajaan.
Empayar ini mulai membangun tetapi tarikh belum ada untuk dokumentasi. Justeru, Khalifah Umar telah melakukan pembaharuan dengan penetapan tarikh Hijri untuk umat Islam. Tidak cukup dengan itu, sistem pengagihan Ghanimah turut distrukturkan semula oleh beliau.
Harta Ghanimah berupa tanah tidak dibahagikan tetapi dimilikwartakan sebagai hak kerajaan. Hasilnya akan dituai dan diserahkan kepada mereka yang turut serta dalam Jihad dan tanah itu akan kekal menjadi hak milik kerajaan sekaligus menyumbang kepada hasil negara. Pada era Khalifah Umar, tentera tentera kerajaan mulai direkrut. Mereka ini akan bekerja kepada kerajaan dan kerajaan akan membayar gaji mereka sekaligus harta Ghanimah akan dipulangkan kepada pembendaharaan negara (Baitulmal). Hal ini bukan sahaja dapat meningkatkan lagi efektif pengurusan kewangan malah dapat menambahkan pendapatan negara.
Kesemua pembaharuan ini adalah hasil kerjasama para sahabat pada ketika itu yang turut serta menasihati Khalifah Umar dan seterusnya dasar dasar ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Jadi, benarlah bahawa inilah Khalifah Umar. Sang Reformis Bangsa Arab.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.