Apa benda ni?

Inilah laungan yang biasa dilaungkan umat Islam Palestin apabila bertempur dengan tentera Zionis Israel.

Kadang-kadang laungan ni membuatkan diorang jadi gila.

“Khaibar, Khaibar, wahai Yahudi, tentera Muhammad akan kembali.” Laungan ni sangat popular dan dianggap rasis di Israel.

Dari mana asal usulnya?

Kita patah balik zaman Rasulullah sebelum berlakunya Pertempuran Khaibar.

Selepas berakhirnya Perang Khandak yang menyaksikan gencatan senjata dengan Quraisy Mekah, Rasulullah teruskan kempen peperangan baginda ke arah kubu terkuat Yahudi di Khaibar.

Semua ni berpunca dari Yahudi Bani Qainuqa dan Bani Nadhir yang suka menyakiti umat Islam di Madinah. Pernah jugak sampai diorang rancang nak bunuh Nabi (saw).

Oleh sebab tu, kedua-dua kabilah ni dihalau keluar dari Madinah. Sebahagiannya menetap di Khaibar.

Rasulullah (saw) berangkat bersama 1600 tentera yang berjalan kaki dan 200 kavalri melawan Yahudi yang berkubu di Khaibar seramai 20,000 tentera. 

Sikap pihak Yahudi yang memandang rendah kekuatan tentera Islam nyata melemahkan lagi kedudukan pengawal pertahanan Khaibar. 

Kekuatan 20,000 orang tu boleh je diorang pilih perang secara terbuka. Tetapi kerana terlalu yakin dengan keutuhan kubu pertahanan diorang, diorang pilih untuk berkubu. 

Sikap terlalu yakin Yahudi Khaibar ni dimanfaatkan sepenuhnya oleh tentera Islam dengan satu persatu kubu diorang jatuh ke tangan tentera Madinah.

Akibat bertahan selama sebulan di dalam kubu, moral tentera Khaibar jatuh dan bekalan makanan serta minuman diorang habis.

Tentera Islam pun hadap benda yang sama. Rasulullah (saw) izinkan untuk sembelih binatang tunggangan. Tentera Islam berusaha bersikap jujur dan amanah dalam pertempuran termasuk tak ambil haiwan ternakan pihak musuh tanpa izin.

Selepas beberapa kubu lain jatuh ke tangan tentera Islam, satu-satunya kubu yang masih gagal ditawan ialah kubu al-Qamus. 

Kepungan ke atas kubu ni makan masa selama 13 hingga 19 hari. Pada awalnya, Nabi (saw) hantar Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan Umar bin al-Khattab (ra) untuk pecahkan kubu berkenaan tapi tak berjaya. 

Beberapa hari kemudian, baginda nak Ali bin Abi Talib (ra) pegang panji Islam tapi Ali hidap sakit mata yang teruk.

Baginda jumpa Ali dan meludah pada mata Ali. Hasil mukjizat Rasulullah, mata Ali terus sembuh. Lalu Rasulullah serahkan panji Islam kepadanya. 

Kemudian Ali maju berperang sehingga berjaya menaklukinya. Siap diangkat pintu Khaibar sorang-sorang. Pintu ni langsung tak mampu diangkat 40 orang tentera biasa.

Peristiwa Pertempuran Khaibar ni lah yang diinspirasikan untuk dijadikan laungan “Khaibar, Khaibar Ya Yahud, Jaysu Muhammad Saufa Ya’ud.”

Peristiwa inilah yang ditakuti orang Yahudi untuk berulang semula. Penguasaan dan kewujudan diorang terancam dan diorang akan tumbang.

Kedatangan tentera Nabi Muhammad iaitu tentera Islam juga ditunggu-tunggu di Palestin untuk membebaskan mereka.

Majoriti rakyat Israel percaya dan sentiasa takut kerana diorang percaya suatu hari nanti tentera Muhammad akan kembali dan ambil alih Baitulmaqdis dan bebaskan keseluruhan tanah Palestin.

Oleh: Azizul Farhan

___

Segala rintangan yang dihadapi Rasulullah perlulah kita jadikan tauladan dan pengajaran. Nak tahu lebih lanjut, dapatkan MUHAMMAD: DAKWAH DAN DIPLOMASI. Cepat borong di Shopee: https://bit.ly/MuhammadDakwahDiplomasi


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply