Tengok gambar ni.

Orang Korea rasa ada sense of belonging untuk diorang sokong Palestin dalam konflik ketika ni.

Rasa janggal bila demonstrasi kat Malaysia ni dilarang untuk kita ekspresikan kebencian kita terhadap Israel.

Orang Korea pernah jugak dianggap pengganas di tanah air sendiri ketika diorang dijajah Jepun.

Kalau korang pernah tengok filem The Last Princess, mesti korang tau pasal ni.

Tahun 1910, Jepun mula bertapak di Semenanjung Korea dan menamakannya sebagai Chosen. Penjajahan tersebut berterusan sehinggalah kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua.

Semasa pemerintahan Jepun, warga Korea berhadapan pelbagai kesukaran untuk kekalkan identiti dan budaya mereka. Dalam tempoh 35 tahun, Jepun haramkan pengajaran bahasa dan sejarah Korea serta membakar banyak dokumen. 200,000 dokumen sejarah Korea dibakar. 

Warga Korea dipaksa tukar identiti diorang ikut nama Jepun, belajar dan mengajar dalam Bahasa Jepun. Sampaikan atlet Korea yang bertanding dalam Olimpik Berlin pun kena tukar nama Jepun.

Bagi warga Korea, susah untuk diorang bersatu. Satu pihak nak bina hubungan dengan Barat. Satu pihak lagi nak Korea kembali kepada ajaran Confucius dan tradisi bangsa diorang. Dan ada juga mahu Korea mengikut acuan Revolusi Rusia 1917 dan fahaman Marxisme. 

Tetapi semuanya berubah pada 1 Mac 1919. Pergerakan kemerdekaan tercetus apabila pelajar-pelajar di Seoul yang lancarkan protes terhadap pemerintahan Jepun dan mengisytiharkan kemerdekaan.

Sokongan kepada kumpulan ni tersebar luas dan ia disebabkan dua faktor. Pertama, kemangkatan Maharaja Gojong pada 21 Januari 1919. Wujud khabar angin baginda sebenarnya dibunuh oleh pihak Jepun. Jepun siap larang warga Korea untuk berkabung.

Kedua, warga Korea harapkan penentangan diorang dapat sokongan masyarakat dunia. Masa tu Perjanjian Versailles dah dimeterai untuk tamatkan Perang Dunia Pertama.

Tapi idea tu ditolak mentah-mentah Jepun dan diorang lancarkan kempen ganas sebagai tindak balas. Ramai yang berprotes dianggap pengganas dan ditahan serta dipenjarakan. Ramai mati akibat diseksa dan dibelasah pengawal dan askar Jepun. 

Ramai warga Korea duduk dalam buangan dan teruskan perjuangan diorang sama ada di Manchuria, Shanghai atau Amerika Syarikat.

Pada era 1930-an, Jepun semakin dikuasai golongan tentera. Pembunuhan pemimpin-pemimpin di Korea dan Jepun tambah dengan Jepun tak bersikap keras kepada warga Korea. 

Bagi Jepun kemerdekaan Korea harus ditentang habis-habisan. Dan diorang nampak Korea sebahagian daripada empayar Jepun di mana agama, bahasa dan budayanya harus sama. 

Warga Korea dikerah secara paksa menjadi tentera atau dipaksa bekerja seperti hamba. Bagi kaum Hawa pula, ribuan diculik dan dipaksa sebagai pemuas nafsu tentera Jepun.

Dan sehingga hari ini, Jepun masih enggan bertanggungjawab dengan jenayah perang dan kemanusiaan yang dilakukan. Atas sebab itulah, ia menjadi duri dalam daging dalam hubungan Jepun-Korea Selatan.

Untuk apa kita takut berdemonstrasi? 

Benih-benih penentangan ni yang marakkan api patriotisme di Semenanjung Korea. 

1 Mac, tarikh peristiwa pemberontakan ni dijadikan sebagai hari cuti awam di sana. Ia sebagai ingatan bukan saja kepada semangat warga Korea semasa dijajah tetapi juga tahun-tahun penjajahan yang dihadapi mereka.

 

Oleh: Azizul Farhan

___

Tertarik nak baca sejarah Korea dengan lebih dalam? Dapatkan KITAB TAMADUN KOREA sekarang!

Pembelian anda akan disumbang ke Tabung Cinta Gaza Malaysia tanda solidariti anda kepada rakyat Palestin!

https://bit.ly/kitabtamadunkoreashopee


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply