Bila tiba hari raya, semua insan bergembira. Ketupat dan lemang akan menjadi menu wajib untuk dimakan bersama keluarga dan dihidang kepada tetamu. Tapi nak buat lemang dan ketupat memang cukup renyah sebab perlukan banyak bahan. Macam ketupat, nak kena kait daun kelapa lepas tu anyam sampai jadi bentuk segi tiga. Lemang pula kena cari buluh dekat hutang dan daun pisang jiran sebelah. Nak bakar pula, kena pastikan lemang tersebut tak lebih masak ataupun terkurang. Kalau tidak, lemang akan jadi keras ataupun lembik dan terus hilang mood nak makan.

Persoalannya kenapa orang Melayu gunakan daun kelapa, daun pisang serta buluh untuk hasilkan ketupat dan lemang? Padahal hari ini sudah mudah, pakai je nasi impit untuk ganti ketupat. Lemang pula boleh dimasak guna bekas susu pekat dan air fryer sahaja.

Kalau berminat untuk mendalami ilmu alam Melayu, anda dialu-alukan beli buku Lipur Lara Alam Melayu melalui https://shopee.com.my/Lipur-Lara-Alam-Melayu-i.238336777.21315815920

Sebenarnya, penggunaan daun kelapa, daun pisang serta buluh dalam membuat ketupat dan lemang adalah bukti orang Melayu ini sangat genius. Cuba lihat kepada lemang, buluh digunakan kerana mampu menahan haba yang sangat panas bagi mengelakkan pulut hangus. Daun pisang yang bertindak sebagai lapisan dalam dapat membuatkan tekstur pulut sentiasa sempurna dan tidak melekat di buluh.

Sekarang tengok ketupat pula. Ketupat akan dianyam terlebih dahulu sebelum dimasukan beras dan hujungnya akan disimpulkan. Perasankan bentuk ketupat nampak macam tikar. Bentuk itu bukan kosong kerana ada fungsinya. Apabila sudah siap direbus, ketupat akan digantung bagi memudahkan lebihan air keluar. Jadi pembungkusan lemang dan ketupat renyah itu buktikan orang Melayu tidak buat sesuatu yang sia

Selain itu, ketupat dan lemang dibungkus sebegitu rupa adalah untuk memudahkan ia dibawa berjalan jauh. Ini kerana pembungkusan sedemikian dapat mengelakkan makanan cepat rosak ataupun dimasuki serangga. Ditambah lagi, nasi tidak akan mudah rosak kerana dibungkus secara berasingan seperti ketupat. Senang cerita ketupat dan lemang ni macam maggi zaman sekarang lah, pergi mana sahaja mudah untuk dimakan.

Disamping itu, pembungkusan ketupat dan lemang memang sangat menjimatkan kerana menggunakan bahan yang minimum. Dengar macam kelakar sebab harga lemang pun dah mahal lepas tu bahan memang banyak dan susah nak cari. Kita berpendapat sebegitu kerana memandang dari kaca mata zaman sekarang.

Cuba kita kembali semula kepada abad ke-17 hingga abad ke-20. Nak buat lemang? Mudah sahaja, cari lemang dekat hutang, ambil daun pisang belakang rumah dan buat santan sendiri. Nak bakar pula, guna sabut kelapa dan tunggu sahaja lemang sampai masak dengan sempurna. Tapi hari ini situasinya berbeza sebab santan pun kita yang kotak. Apatah lagi nak dapatkan buluh dan daun pisang, memang susah. Sebenarnya orang Melayu ni bijak dan berjimat sebab gunakan apa yang ada di sekeliling untuk hasilkan makanan.

Selain itu, penggunaan bahan-bahan organik seperti daun pisang dan daun kelapa menandakan orang Melayu memang sangat mesra alam. Kita tahu hari ini memang sudah wujud plastik yang organik tetapi penghasilannya memerlukan kos yang tinggi. Daun pisang dan daun kelapa pula boleh ditanam di belakang rumah. Nak hasilkan pun mudah sebab cuma perlu petik sahaja. Apabila sudah dibuang, kedua-dua daun ini sangat mudah terlerai dan kurang memberikan pencemaran kepada alam sekitar. Orang Melayu memang dah lama jaga alam sekitar kita je suka buang sampah terutamanya dekat highway masa balik kampung.

Terakhir sekali adalah penggunaan bahan organik mampu memberikan tambahan aroma semula jadi. Sebagai contoh, daun lerek digunakan bagi menggantikan daun pisang dalam pembuatan lemang membuatkan makanan itu lebih sedap. Aroma yang hadir melalui daun lerek mampu menaikkan selera kita semua.

Kesimpulannya, sudah terbukti bahawa orang Melayu memang sangat bijak melalui penghasilan ketupat dan lemang. Namun hari ini penghasilan makanan secara tradisional semakin kurang mendapat tempat atas dakwaan renyah dan sukar memperolehi bahan. Jika kita tidak sedaya-upaya mengekalkan warisan ini, maka hilanglah segala kegeniusan nenek moyang kita. Habislah raya nanti kita makan nasi impit yang dibungkus dengan plastik sahaja.

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

RUJUKAN:

Muhizam Mustafa, ect. (2012). Looking back the past: Revival of traditional food packaging. Conference: 2nd Regional Conference on Local Knowledge (KEARIFAN TEMPATAN). Dipetik daripada https://moam.info/looking-back-to-the-past-revival-of-_5b883845097c4702738b4638.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply