Kematian ialah igauan ngeri setiap orang. Apa yang lebih menakutkan daripada kematian ialah detik cemas kematian itu sendiri yang dipanggil sakaratul maut. Maut lebih menyakitkan daripada tikaman pedang, potongan gergaji dan guntingan pisau.”
Hadis Riwayat Ibnu Abi Dunya menyebut: “(Sakit sakaratul maut) seumpama 300 pukulan pedang.”
“Seribu pukulan pedang lebih ringan dibandingkan sakit kematian!” kata Saidina Ali.
Hatta setelah roh berpindah ke alam barzakh, Imam Auza’ie mengatakan bahawa mayat masih mengingati sakitnya kematian selagi ia tidak dibangkitkan dari kuburan. Bayangkan betapa lamanya mengingati sakit sakaratul maut sampai tiba hari kiamat.
Kalaulah mayat boleh bangun daripada mati dan ceritakan semula kepada penduduk dunia bagaimana sakitnya sakaratul maut, Syaddad bin Aus mengatakan takkan ada orang yang semangat nak hidup dan takde orang yang boleh tidur lena.
Cuba lihat apa pula jawapan Nabi-Nabi dalam kitab Ihya Ulumiddin, tentang bagaimanakah rasa sakit kematian?
Nabi Ibrahim kata, seperti besi membakar daging yang diletakkan dalam bulu yang basah, kemudian ditarik.
Nabi Musa kata, seumpama burung pipit yang digoreng. Katanya lagi, aku merasa seperti kambing yang disiat kulit hidup-hidup.
Nabi Muhammad (SAW) menyapu mukanya dengan air ketika ajal mendekat sambil berdoa: “Ya Allah ya Tuhanku, mudahkanlah bagiku sakaratul maut.: Fatimah yang kasihan dengan baginda bertanya alangkah susahnya keadaan baginda. Rasulullah (SAW) menjawab: “Tiada kesusahan ayah engkau selepas hari ini.”
Umar al-Khattab mengatakan, mati itu umpamana seranting duri dimasukkan dari mulut dan menembusi keseluruhan badan. Lalu ranting berduri itu ditarik dan mencobek semua yang melekat padanya. Itulah sakit sakaratul maut! Setiap orang termasuk anda pasti merasainya!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih