Di bawah sinaran mentari Timur Tengah yang terik, di dataran yang dilihat sejauh dari rabung bukit yang kecil, satu barisan pasukan tentera berkuda Mongol menyer.a.n.g baris pertahanan pasukan tentera Mamluk. Dengan bantuan dari sekumpulan kecil tentera Salib yang dipimpin oleh seorang jeneral Mongol Kristian, pasukan Mongol berharap dapat mematahkan tentangan Mamluk di wilayah tersebut dan membuka jalan bagi penak.l.ukan terhadap Kaherah atau Mesir oleh pasukan utama Mongol yang menunggu di utara.

Pasukan berkuda menuju ke arah mereka ketika jeneral Mamluk mendorong pengikutnya untuk berjuang. B.ed.ilan me.riam tangan yang mem.atikan mengeluarkan bunyi yang bingit dan bergema menakutkan kuda-kuda Mongol – dikatakan, inilah perte.mp.uran pertama yang menggunakan serbuk b.edi.l dalam peper.angan.  Inilah Ain Jalut, salah satu perte.mpuran sengit yang akhirnya akan menjadi titik tolak kepada kemerosotan Empayar Mongol.

Perte.mp.uran Ain Jalut berlaku di Galilea di sekitar Nazareth dan Jerusalem. Bagaimana tentera Mongol boleh tiba ke sana? Apa yang mereka ingin capai? Seperti kebanyakan perkembangan kuasa pemerintahan Empayar Mongol, jalan menuju ke Palestin juga amat panjang, menakutkan dan berda.ra.h.

Hentaman Terhadap Islam

Pada tahun 1258 M, pasukan tentera Mongol telah keluar dari Asia tengah dengan matlamat mahu memu.sn.ahkan pusat umat Islam ketika itu di Baghdad. Ia telah sekian lama menjadi ibu kota Khilafah Abbasiyah yang semakin lemah dan menjadi pusat kebudayaan Islam Abad Pertengahan. Ketika Mongke Khan melihat ke arah kota itu, dunia Islam mula dilanda kebimbangan bahawa ancaman Mongol semakin hampir tiba.

Mongol menggunakan jentera pengepung di sepanjang penak.luk.an di Parsi dan Levant

Hulagu Khan, adik kepada Mongke Khan, ditugaskan untuk merebut kota itu. Setelah berpuluh-puluh tahun melakukan serbuan dan mengkaji setiap pencero.bo.han, sudah tiba masanya Empayar Mongol memperoleh penguasaan yang mutlak ke atas tanah Parsi.

Mongke mengambil masa selama lima tahun penuh untuk menghimpunkan angkatan tenteranya dan sumber paling utama mendakwa mereka mengumpulkan sepersepuluh dari setiap orang Mongol untuk melancarkan per.a.ng tersebut. Terdapat pelbagai anggaran jumlah berbeza tetapi ramai yang bersetuju bahawa ini adalah salah satu kerahan tentera darat terbesar yang pernah dihimpun dalam sejarah manusia.

Oleh kerana kekuatan dan kega.nasan pasukan Mongol yang luar biasa, pengepungan Baghdad berlangsung hanya selama dua minggu dan meninggalkan kota itu dalam keadaan yang benar-benar diratakan.

Perpustakaan Baitulhikmah yang terbesar di dunia ketika itu diruntuhkan. Ladang dan tanaman dibakar. Ratusan ribu orang awam terbu.n.uh. Baghdad adalah kota yang memiliki populasi kira-kira satu juta orang pada masa itu. Menurut sejarawan Andre Wink, sehingga 800,000 penduduk kota itu mungkin telah terbu.nuh dalam pengepungan itu.

Hentaman terhadap dunia Islam itu turut dirasai gerunnya di seluruh dunia. Tiba-tiba, pusat dunia Islam beralih dari Baghdad di Tigris, ke Kaherah di Sungai Nil, Mesir.

Menjelang tahun 1260, Empayar Mongol meluas dalam masa yang singkat, bermula dari padang rumput Asia tengah hingga ke Laut Mediterranean. Diilhamkan oleh legasi dan visi datuknya, Mongke Khan berusaha mencapai matlamat Empayar Mongol yang merangkumi penak.lukan ke atas seluruh dunia.

Negara-negara lain terpaksa dengan rela tunduk ke bawah pemerintahan Mongol atau menerima nasib yang sama seperti Kekhalifahan Abbasiyah di Baghdad – kem.atian dan kehancuran secara total.

Di antara pihak yang menawarkan persekutuan dengan Hulagu adalah Hayton, raja Kerajaan Kristian Armenia. Hayton menganggap pencero.bohan Mongol sebagai per.an.g salib baru untuk membebaskan Jerusalem dari umat Islam, yang telah mengambil alih kota tersebut dari Tentera Salib pada tahun 1244.

Persepsi tersebut didorong oleh ketua leftenan Hulagu yang bernama Kitbuqa, yang bukan sahaja seorang Kristian, tetapi  juga mengaku sebagai keturunan langsung dari salah satu dari tiga orang Majusi yang telah membawa hadiah kepada Jesus semasa bayi.

Sasaran seterusnya adalah Kaherah.

Di Kaherah, umat Islam yang tinggal di Tanah Suci telah menaruh harapan mereka kepada Kesultanan Mamluk sebagai benteng terakhir yang akan menghadapi pencer.obo.han Mongol.  Sekiranya Mamluk dan Kaherah jatuh, pewaris Khilafah Abbasiyyah yang sedang berlindung dibawah payung Mamluk tentu akan dihancurkan.

Pada waktu itu, Mamluk pada dasarnya adalah sebuah kerajaan kecil dan terpencil dengan wilayahnya meliputi Afrika utara, Mesir dan Palestin. Mongke Khan dan adiknya Hulagu Khan menyedari bahawa situasi Mamluk adalah tidak menentu dan dengan demikian mereka mengirimkan ultimatum (utusan amaran) yang dianggap sebagai salah satu ultimatum yang paling terkenal dalam sejarah.

Gerbang Zuweila, tidak jauh dari istana tempat Sultan Qutuz menerima utusan Mongol.

Empat orang utusan Mongol dihantar kepada Saifuddin Qutuz dengan membawa pesanan amaran dari Hulagu Khan:

Dari Raja di seluruh Timur dan Barat, Khan Agung. Kepada Qutuz si Mamluk, yang melarikan diri untuk menyelamatkan dirinya dari ped.ang kami. Kamu seharusnya memikirkan apa yang telah berlaku kepada negara lain dan tunduklah kepada kami. Kamu telah mendengar bagaimana kami telah menak.l.uk sebuah kerajaan yang luas dan telah membersihkan bumi dari gangguan yang mencemarkannya. Kami telah mena.klu.ki kawasan yang luas, membantai seluruh rakyatnya. Kamu tidak akan dapat melepaskan diri dari keg.an.asan tentera kami. Ke mana lagi kalian boleh melarikan diri? Jalan apa yang akan kamu gunakan untuk melarikan diri dari kami? Kuda kami pantas, anak pa.nah kami tajam, peda.ng kami seperti petir, hati kami sekeras gunung, tentera kami sebanyak pasir.  Tembok dan kubu tidak akan menghalang kami, tiada tentera yang boleh menghentikan kami. Doa kamu kepada Tuhan tidak akan berkesan terhadap kami. Kami tidak akan bersimpati dan tidak tersentuh oleh tangisan. Hanya mereka yang merayu perlindungan kami akan terselamat. Segera balaskan jawapan kamu sebelum api per.ang dinyalakan. Melawanlah, dan kamu akan mengalami malapetaka yang paling dahsyat. Kami akan menghancurkan masjid-masjid kamu dan mendedahkan kelemahan Tuhan kamu dan kemudian akan memb.u.nuh anak-anak kamu dan orang tuanya bersama-sama. Pada masa ini kamu adalah satu-satunya musuh yang harus kami hadapi.

Pilihannya mudah. Sama ada menyerah dan teruskan hidup atau menentang dan ma.t.i. Tidak ada sekutu berdekatan atau peran.g lain yang boleh mengganggu tumpuan Mongol untuk menyelamatkan mereka. Kaherah dan Mamluk mendapat perhatian penuh tentera Mongol.

Ianya sangat mudah, sehingga sebaik saja mengeluarkan ultimatum ini, Hulagu Khan berundur dari Palestin untuk kembali ke Karakorum bagi menghadiri perhimpunan kurultai untuk memilih Khan Agung yang baru selepas kema.tian Mongke Khan. Namun dia berundur dengan keyakinan bahawa Mamluk akan membuat pilihan yang tepat dan menyerahkan Kaherah ke bawah kawalan Mongol.

Sebaliknya, Sultan Qutuz menitahkan supaya kepala utusan Mongol dipeng.gal dan digantung di atas gerbang Kaherah sebelum dia memerintahkan tenteranya membuat persiapan menghadapi pe.rang.

Beberapa minggu kemudian, Qutuz menerima rakan sekutu yang tidak dijangka iaitu Baybars, salah seorang pemimpin kumpulan Mamluk saingan yang pernah merasa terancam oleh kebangkitan Qutuz ke tampuk kekuasaan.

Baybars dan penyokongnya berpusat di Syria, dari mana dia melancarkan kemaraan ke Mesir, tetapi Baybars menyedari bahawa kejatuhan Qutuz juga akan menghancurkan aspirasinya sendiri, dan apabila Damsyik jatuh, Baybars menawarkan Qutuz sokongannya.

Kitbuqa mengerahkan pasukan penyerbu ke Palestin, meninggalkan sejumlah kem.usn.ahan dengan melalui Nablus ke Gaza, tetapi dia tidak menye.ra.ng jalur sempit di wilayah yang dikuasai Tentera Salib di sepanjang pesisir pantai.

Tentera Salib, yang terlalu lemah untuk memberikan tentangan yang ketara terhadap bangsa Mongol, semakin terjebak dan tersepit dalam perdebatan mengenai sama ada perlu atau tidak mereka bersekutu dengan Mongol.

Kitbuqa berharap tindakannya yang mengecualikan wilayah Salib dari dijadikan sasaran akan mengekalkan pendirian pihak Tentera Salib yang memihak kepadanya. Namun, Kitbuqa ternyata salah menilai.

Dua pemimpin Tentera Salib, John dari Beirut dan Julian dari Sidon, melancarkan se.ran.gan balas terhadap wilayah-wilayah baru yang dikuasai Mongol. Kitbuqa kemudian melancarkan ekspedisi punitif untuk menghu.kum Sidon, di mana, kota-kota Sidon dijarah dan penduduknya dibantai.

Pengepungan Baghdad

Persepsi pihak Kristian terhadap Mongol menjadi semakin dingin, dan bertambah lebih buruk apabila berita tiba kepada tentera Salib bahawa tentera Mongol yang lain telah menyer.an.g Poland.

Hampir serentak, William dari Rubruck, utusan mewakili raja Salib Perancis Louis IX, kembali dari Mongolia dengan laporan lengkap. Setelah mengetahui betapa hinanya orang Kristian di mata bangsa Mongol, Paus Alexander IV mengirim perintah ke seluruh kerajaan Kristian bahawa sesiapa yang menjalin hubungan sekutu dengan Mongol akan dipencilkan. Ini membatalkan sokongan pihak Kristian terhadap Mongol.

Apabila berita mengenai pengunduran Hulagu ke Karakorum tiba kepada Sultan Qutuz, dia menyedari bahawa situasi ketenteraan telah menyebelahinya. Qutuz memerintahkan persiapan pertahanan dihentikan dan memerintahkan tenteranya bersedia untuk mara menyer.ang tentera Mongol. Dia turut mengirim utusan kepada pemimpin Tentera Salib di Acre bagi mengadakan rundingan.

Dalam perkembangan yang lain, setelah kunjungan menemui pemimpin Mongol, Hayton mengirim pesanan kepada jiran-jiran Tentera Salibnya bahawa Hulagu akan dibaptis sebagai seorang Kristian, dan sangat penting untuk mereka juga bersekutu dengan kuasa baru ini, dan menjadikannya Pera.ng Salib yang baru.

Walau bagaimanapun, Paus Alexander IV memiliki pandangan berbeza, dan Tentera Salib di Acre akan memilih sebaliknya, mereka menganggap kemaraan Mongol adalah ancaman yang jauh lebih besar berbanding pendudukan Islam di Tanah Suci.

Pihak tentera Salib pada awalnya menghadapi dilema selepas rundingan dengan Qutuz. Bekerjasama dengan Mamluk akan menandakan Tentera Salib jelas sebagai musuh Empayar Mongol, sekaligus mendedahkan mereka kepada amukan Mongol.

Walau bagaimanapun mereka tiada pilihan, Mamluk adalah satu-satunya harapan mereka untuk menyingkirkan Mongol dari Palestin. Setelah perbahasan yang panjang, akhirnya Islam dan Kristian bersepakat untuk menentang Mongol.

Pada 26 Julai 1260, tentera Mamluk memulakan perarakan menuju ke timur laut.  Di Gaza, sayap hadapan pasukan Baybars menghancurkan pasukan Mongol yang sedang melakukan rondaan jarak jauh. Kitbuqa, dari markasnya di Baalbek (hari ini di Lubnan), mengumpulkan tenteranya dan memulakan kemaraan ke selatan, di sebelah timur Tasik Tiberias.

Pertem.pu.ran Ain Jalut

Di pinggir Acre, tentera Mamluk mendirikan kem yang terlindung bawah bayangan kota yang diduduki tentera Salib, sambil Qutuz mendapatkan bekalan dari pedagang Kristian dan merancang langkah selanjutnya. Berita tiba mengatakan bahawa tentera Mongol bersama sejumlah besar kerahan tentera Syria, telah mengelilingi Tasik Tiberias, dan mereka menghampiri Sungai Jordan di sepanjang laluan ser..angan yang sama yang digunakan oleh Salahuddin al-Ayubbi pada tahun 1183. Qutuz menggerakkan tenteranya ke tenggara untuk menghadapi mereka.

Pada 3 September, Kitbuqa membelok ke barat melintasi sungai Jordan dan menaiki bukit menuju Dataran Esdraelon. Qutuz menetapkan kedudukan di ‘Ain Jalut’. Di sana, dataran itu menyempit hanya di bawah lima kilometer, dilindungi oleh lereng curam Gunung Gilboa di selatan dan bukit Galilea di utara.

Qutuz menyembunyikan pasukan berkuda Mamluk di sebalik bukit-bukit di sekitarnya, dan memerintahkan Baybars dan barisan hadapan maju menentang tentera musuh yang dikatakan tidak pernah merasakan kekalahan itu.

Baybars dengan segera bertembung dengan pasukan Kitbuqa ketika menghampiri medan pertem.puran Ain Jalut. Seperti yang diharapkan oleh Qutuz, Kitbuqa menyangkakan lawannya adalah keseluruhan pasukan Mamluk, dan Kitbuqa memerintahkan satu ser..angan penuh yang diketuai dirinya sendiri.

Pasukan tentera kedua belah pihak bertembung dan kelihatan saling sama kuat dalam perte.mp.uran yang sengit itu, kemudian Baybars memerintahkan tenteranya berundur. Tentera Mongol mengejar dengan penuh keyakinan kerana kemenangan nampaknya berada dalam genggaman mereka.

Ketika mereka tiba di kawasan mata air, Baybars memerintahkan tenteranya untuk berpaling menukar haluan dan menghadapi musuh. Ketika itu barulah tentera Mongol menyedari bahawa mereka telah ditipu oleh salah satu taktik kegemaran mereka sendiri: muslihat pengunduran. Ketika Baybars menghadapi semula tentera Mongol, Qutuz memerintahkan pasukan berkuda sokongan untuk mengasak dari kaki bukit bagi menyera..ng sayap rusuk Mongol.

Kitbuqa memerintahkan sera.n.gan terhadap sayap kiri Mamluk. Mamluk bertahan, diser.a.ng lagi, bertahan lagi dan kemudian situasi bertukar, mereka hampir dim.u.snahkan di bawah keg.anasan ser.a..ngan Mongol.

Ketika sayap kiri Mamluk diancam kemu.s.nahan dan mendedahkan mereka kepada kekalahan, Qutuz menunggang ke lokasi pertem.p.uran paling sengit itu dan menanggalkan topi perisainya agar tenteranya dapat mengenali wajahnya. Dia menjerit sebanyak tiga kali, “Wahai umat Islam!” Moral pasukannya kembali teguh, dan sayap kiri terus bertahan. Ketika pertahanannya semakin kukuh, Qutuz mengetuai seran.gan balas yang menyapu sayap belakang tentera.

Di sebalik tekanan dari Mamluk, Kitbuqa turut terus mendorong semangat pasukan tenteranya. Sehinggalah kudanya terkena bidikan anak p.anah, dan dia jatuh menyembah bumi. Kitbuqa akhirnya dita.wan oleh tentera Mamluk yang berhampiran, dibawa menghadap Qutuz dan dijatuhi hu.ku.man ma.t.i.

Tentera Salib tiada pilihan selain bekerjasama dengan Mamluk

Dengan ketiadaan pemimpin mereka, saki baki tentera Mongol melarikan diri sejauh 12 kilometer ke kota Beisan sambil dikejar oleh tentera Mamluk. Mereka yang terselamat melarikan diri jauh ke timur, menyeberangi Sungai Eufrat. Dalam masa beberapa hari, Sultan Qutuz kembali memasuki Damsyik dengan kemenangan, dan Mamluk meneruskan kempen membebaskan Aleppo dan kota-kota besar Syria yang lain dari ja.jahan Mongol.

Konteks Menarik

Babak terperinci sebegini agak jarang diceritakan sehingga ada pembaca yang mengatakan, mereka terpaksa meneliti dan membacanya berulang kali. Mongol di Kaherah? Pertemp.uran untuk masa depan Empayar Mongol di sekitar Jerusalem? Tentera Salib bekerjasama dengan tentera Muslim Mamluk? Semuanya kelihatan seperti mustahil, tapi sebenarnya, itulah yang berlaku pada tahun 1260M.

Jarak di antara Jerusalem dengan bandar Ulaanbaatar di tengah Mongolia moden ialah 8,300km. Sekiranya anda ingin melakukan perjalanan dari Mongolia ke Jerusalem hari ini, anda memerlukan masa selama 120 jam perjalanan dengan kereta. Demikianlah luasnya Empayar Mongol pada masa itu.

Jarak seperti ini, dengan menunggang kuda, hampir tidak dapat ditempuhi. Bilangan populasi masyarakat yang berbeza dan beragam yang hidup di bawah kawalan Mongol adalah amat memeningkan kepala jika hendak diterangkan secara terperinci.

Tanah Suci di Jerusalem atau lebih dikenali oleh kita orang Islam sebagai Baitulmaqdis adalah wilayah yang kaya dengan kepelbagaian budaya yang diversiti pada abad ketiga belas. Setelah satu abad pertembungan di antara Tentera Salib dengan Islam, wilayah itu sering menjadi rebutan antara umat Islam dan Kristian yang menyaksikan pelbagai kedudukan dan kuasa silih berganti sehinggalah bangsa Mongol tiba.

Kesan Perte.mpu.ran Ain Jalut

Akhirnya, Sultan Qutuz, pemerintah Mamluk membawa pasukannya keluar dari Mesir menuju ke Palestin untuk mengusir ancaman Mongol. Pertemp.uran itu berlaku di sekitar Nazareth di Galilea.

Nasib menyebelahinya apabila Mamluk yang sepatutnya menghadapi gerombolan tentera Mongol yang beratus-ratus ribu bilangannya, namun tiba-tiba Qutuz hanya perlu menentang sejumlah kecil pasukan tentera yang ditinggalkan Hulagu Khan.

Setelah musim kemarau yang berpanjangan di Parsi dan Levant, tanah itu semakin kekurangan sumber daya dan sebilangan besar lelaki, wanita dan kuda yang dibawa oleh Hulagu tidak mampu untuk bertahan di wilayah ini lalu memaksa mereka kembali ke arah utara.

Fenomena ini meninggalkan sejumlah pasukan tentera dengan kekuatan yang lebih kecil, antara 10,000 dan 30,000 orang askar di bawah perintah Kitbuqa yang setia kepada Empayar Mongol.

Perte.mpu.ran ini dimenangi oleh tentera Muslim, walaupun Mamluk kekurangan dari segi tenaga ketenteraan, namun mereka mengatasinya dengan gabungan ilmu pengetahuan tentang geografi medan pertem.pu.ran, serbuk be.dil dan semangat ji.had. Sultan Qutuz turut sama bertemp.ur di barisan hadapan bagi menaikkan moral anggota tenteranya.

Kekalahan bukanlah pilihan. Hulagu berpotensi untuk kembali bagi merobohkan masjid mereka dan memb.n.uh orang yang mereka sayangi, seperti yang dilakukannya di Baghdad. Tentera Mamluk disuntik dengan keyakinan bahawa mereka adalah benteng terakhir yang akan menghadapi ancaman Mongol.

Dengan itu, akhirnya sisa pasukan tentera yang ditinggalkan Hulagu untuk menja.ja.h Palestin telah dikalahkan Mamluk dan bangsa Mongol tidak lagi akan mengancam Mamluk dengan cara yang sama lagi. Walau bagaimanapun, mereka pernah melakukan cubaan se.r.angan balas, tetapi semuanya gagal.

Entah apa agaknya yang akan tercatat di dalam lembaran sejarah hari ini sekiranya bangsa Mongol berjaya menguasai Kaherah dan menjatuhkan tentera Mamluk? Pemerintahan Islam di Timur Tengah dan kawasan sekitarnya mungkin akan mus.nah dan dunia mungkin kelihatan sangat berbeza hari ini.

Perancis ada Perte.mp.uran Tours di mana Martel the Hammer menghentikan sera.ngan Islam ke utara Iberia. Austria memiliki Gerbang Vienna di mana ia menjadi punca mereka berjaya mengatasi arus pena.klukan. Umat ​​Islam mempunyai Ain Jalut, pertem.p.u.ran yang sama pentingnya dengan sejarah dunia dan moral perjuangan Islam seperti kedua-dua pertemp.uran tersebut.

Tempoh sejarah yang agak kabur ini menunjukkan betapa luasnya, betapa kuat dan betapa ngerinya ancaman Empayar Mongol. Dari oasis di Levant hingga ke puncak bukit yang dingin di utara China, bangsa Mongol memerintah seluruh tanah ini.

Sekiranya Mongol mena.wan Kaherah, seluruh Afrika utara dengan mudahnya boleh jatuh dan dijadikan sebahagian lagi wilayah Empayar Mongol. Lantas memberikan mereka kawalan sepenuhnya di sekitar Eropah tengah dan barat. Mongol mungkin akan menyeran.g Iberia, Yunani, atau Eropah Timur dengan tujuan merebut setiap inci tanah yang mereka ketahui di seluruh dunia.

Wayang kulit Mesir yang menceritakan tentang Ain Jalut

Sebaliknya, Mamluk gagal dijatuhkan. Mamluk akan terus berkuasa selama hampir 300 tahun lagi selepas ini. Empayar Mongol mula berpecah setelah kekalahan di Palestin di saat Kublai, Mongke dan Hulagu mula berebut kuasa dengan pesaing masing-masing untuk menguasai empayar ketika ia gagah berdiri, bukannya mendorong peluasan sempadan sejauh yang mereka mampu.

Dari penjarahan kota Baghdad hingga kebangkitan Kaherah, bangsa Mongol meninggalkan kesan besar kepada dunia Islam dan Levant di sepanjang tempoh ser.an.gan mereka di sana. Kedalaman dan keluasan empayar mereka sangat mengagumkan dan kadang-kadang, jika anda adalah seorang pelarian, anda hampir tidak ada tempat untuk bersembunyi kerana tentera Mongol berada hampir di serata pelusuk dunia ketika itu.

Tetapi tidak di Palestin, tiada tempat untuk bangsa Mongol di Palestin ketika itu. Namun sera.n.gan Mongol ketika itu menyaksikan salah satu detik di mana tentera Salib sanggup memberi kerjasama kepada tentera Muslim dengan membuka jalan dan menyediakan bekalan pra.ng kepada Mamluk untuk menentang Mongol.

Sera.ngan Mongol terhadap Palestin juga menjadi pencetus kepada Pera.n.g Saudara Mongol di barat di mana salah satu kuasa Mongol yang telah memeluk Islam ketika itu, Golden Horde di bawah pemerintahan Berke Khan kemudian akan melancarkan pe.r..ang terhadap Hulagu Khan sebagai tindak balas di atas kejatuhan Baghdad dan bagi membantu tentera Mamluk melalui sumbangan tenaga ketenteraan dan harta.

Semua rentetan peristiwa-peristiwa sebelum dan selepas Pertem.p.uran Ain Jalut ini sekaligus menunjukkan betapa pentingnya Tanah Suci ketika itu bagi semua orang Islam, Kristian dan Yahudi.

RUJUKAN:

Tschanz, David W. (July–August 2007). History’s Hinge: ‘Ain Jalut. Saudi Aramco World.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.