Semua orang Islam sentiasa mengingati Hari Kiamat. Walaupun mungkin bukan setiap hari, ada masanya peristiwa besar ini akan melintasi fikiran kerana itulah sebahagian daripada iman. Apa yang tercipta pasti dimusnahkan. Dan kemusnahan ini diselitkan dengan macam-macam tanda amaran… yang salah satunya melibatkan Sungai Eufrat.
Umumnya, Sungai Eufrat (dan Sungai Tigris) mendapat perhatian seluruh dunia kerana keberkatan yang melimpah bersama airnya.
Walau bagaimanapun sejak kebelakangan ini dua sungai besar ini sedang surut, mencetuskan kacau bilau yang menghala ke arah malapetaka besar terhadap negara-negara berpaut pada limpahannya. Krisis surut ini sudah lama bermula… tetapi dikeruhkan akibat tindakan Turki yang membina banyak empangan (Sullivan, 2022). Banyak tempat cantik terkena tempias, menjadi kering hingga terbinasa terus (AFP, 2022).
Sebelum itu, kami ingin menjemput kalian beli buku KITAB TAMADUN ISLAM. Kelahiran Nabi akhir zaman, iaitu Nabi Muhammad SAW merupakan suatu bukti bahawa telah lahirnya sebuah peradaban yang agung. Ketika kebanyakan daripada tamadun itu terbina dan berdiri di tepian laut serta lembangan sungai, kuasa Tuhan mentakdirkan tamadun Islam berdiri di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang. Baginda tekun mengajar umatnya erti sebuah kehidupan melalui cebisan-cebisan wahyu daripada Tuhan sehingga ia lengkap menjadi sebuah kitab agung, yakni al-Quran. Link pembelian: https://bit.ly/3w7DACH
Mengupas Perspektif Eskatologi Mengenai Eufrat
Surutnya Sungai Eufrat sudah lama disebut baginda nabi. Ia bukan suatu ramalan… yakni petanda kerana nabi sudah tahu apa yang manusia biasa tidak tahu. Sabda Baginda Rasulullah:
“Tidak terjadi hari kiamat itu sehingga Sungai Furat menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata ‘mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu.” – [HR Muslim 5152].
Petanda ini menggambarkan konflik yang sangat besar melibatkan Sungai Eufrat. Tidak terbayang jika 20,000 anggota berperang (daripada kedua-dua pihak) di situ… 200 saja yang selamat. Itu kalau 20,000… kalau 100,000? Senang cerita, konflik yang tersangat dahsyat. Jika disingkap dalam sejarah, tiada konflik yang setanding petanda ini. Perang-Perang Dunia pun tidak berlaku sebarang pertempuran yang sebegitu besar.
Masalahnya Sungai Eufrat sekarang semakin surut. Semakin surut. Belum surut sepenuhnya lagi. Dan sekarang ini pun sudah berbunyi bibit-bibit konflik walaupun masih bernada tenang. Dalam riwayat lain pula disebutkan:
“Sudah dekat suatu masa di mana Sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barang siapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu.” – [HR Bukhari 6586 Muslim 5153].
Tidak pasti apa yang tersembunyi di situ… jika memang betul-betul emas, ataupun sesuatu sumber yang tersangat bernilai, mirip emas. Namun benda ini tidak penting. Yang penting, sesuatu akan timbul dan memulakan perebutan. Dan buat masa ini, sudah ada benda yang timbul selepas surutnya Sungai Eufrat. Ambil contoh pada tahun 2009 lagi. Sungai Eufrat terus, lantas terjumpa harta-harta arkeologi yang sudah lama tersembunyi (Garcia-Navarro, 2009).
Bahan arkeologi ini adalah daripada sebuah tamadun purbakala yang menghuni di bumi Anbar. Harta-harta ditemui jauh sekali emas bertaraf perbendaharaan. Namun penemuan ini seolah-olah memberi gambaran. Memang Sungai Eufrat pernah ada tamadun purbakala yang berpaut padanya. Malah pada tahun 2019, pakar arkeologi menemui tinggalan sebuah istana begitu luas… cuma di Sungai Tigris, yang juga sedang surut (Guy, 2019).
Timbulnya benda-benda ini membolehkan semua nampak kebarangkalian yang bakal menanti. Tidak tahu kenapa emas ini direbut pihak tertentu. Tidak tahu kenapa negara emas ditemui dinafikan hak mutlak. Mungkin memang emas tersangat bernilai, jauh lebih bernilai daripada emas sekarang. Ataupun sumber alam diperlukan dunia sampai berperang.
Apa yang pasti: nabi tidak menipu.
RUJUKAN:
AFP. (2022, Ogos 17). The ‘Garden of Eden’ is now a desert, after years of drought. The Telegraph.
Garcia-Navarro, L. (2009, Mac 20). Drought reveals Iraqi archaeological treasures. NPR.
Guy, J. (2019, Jun 30). Ancient palace emerges from drought-hit Iraq reservoir. CNN.
Sullivan, P. (2022, Julai 21). It won’t be oil that decides Iraq’s future. The National News.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih