Kentut adalah angin yang keluar dari dubur bagi melepaskan gas-gas yang terperangkap dalam usus kita. Ya, kita sendiri tahu dan merasa ‘kenikmatannya’ jika kentut dilepaskan. Namun, kentut juga ada bahayanya sendiri iaitu boleh mencetuskan perbalahan dengan individu lain seperti rakan dan sahabat semata-mata mencari siapakah pemilik kentut yang begitu meloyakan, sehingga keluarga sendiri pun kita nak cari gaduh!

Jika anda rasa kentut hanya mampu mencetuskan pergaduhan, ada lagi peristiwa yang lebih dahsyat dan memilukan, semata-mata kentut saja! Peristiwa dahsyat ini bermula pada fasa ketamadunan Rom, iaitu tamadun klasik dari Eropah yang pernah menguasai dunia Eropah selama ratusan tahun.

Sebelum kita sambung, kami cadangkan korang dapatkan KITAB TAMADUN ROM. Siapa sangka dalam tempoh seribu tahun kewujudannya, legasi Rom Barat terus dirasai sehingga hari ini. Daripada pembentukan Republik hinggalah kemunculan Julius Caesar sebagai diktator, semua ini menjadi pencetus kepada apa yang kita lihat hari ini. Dapatkan KITAB TAMADUN ROM sekarang! Beli di Shopee: https://shopee.com.my/The-Patriots-Kitab-Tamadun-Rom-i.238336777.13454617576

Pada tahun 75 Masihi, dalam karya Josephus (sejarawan Rom) berjudul The Jewish War, beliau mencatatkan peristiwa di mana akibat kentut yang dikeluarkan oleh seorang tentera Rom yang anti-Semitik, rusuhan tercetus sehingga terbμnμhnya 10,000 orang! Mengapa rusuhan boleh terjadi sedahsyat begitu?

Kisahnya bermula apabila wilayah Levant (utara Semenanjung Arab terutamanya tanah Palestin) menjadi sebahagian dari wilayah empayar Rom. Ketika warga Yahudi menyambut perayaan ‘Passover’ iaitu perayaan suci bagi mengenangkan kebebasan kaum Yahudi dari perhambaan oleh firaun Mesir. Ketika mereka sibuk mengadakan perayaan, seorang tentera Rom yang anti-Semitik (anti orang Yahudi) mula menonggeng punggungnya di tengah keramaian dan melepaskan kentutnya sambil mencarut.

Ilustrasi keruntuhan Kuil Jerusalem oleh Francesco Hayez (1867)

Warga Yahudi yang menyertai perayaan ‘Passover’ itu begitu berang dengan bauan kentut si tentera Rom itu, kemudian mereka membalas tindakan tentera itu dengan melempar batu kepada dia dan beberapa anggota tentera Rom lain. Di sinilah berlakunya kekecohan sehingga tentera Rom terpaksa meminta bantuan ketenteraan. Setelah tibanya bantuan tersebut, ramai warga Yahudi lari bertempiaran mengakibatkan ramai antara mereka meninggal dunia akibat dipijak beramai-ramai.

Inilah peristiwa yang terjadi akibat gas yang dilepaskan oleh seseorang yang sengaja mencari pasal. Terdapat juga kisah sebelum rusuhan warga Yahudi ini iaitu kisah perbalahan antara firaun Mesir dan jeneralnya. Sejarawan Yunani Kuno bernama Herodotus pernah mencatatkan kisah ini. Pada tahun 569 SM, firaun Apries yang ketika itu memerintah kerajaan Mesir Kuno mengarahkan jeneralnya bernama Amasis II untuk meredakan pemberontakan yang sedang berlaku.

Namun begitu, jeneral Amasis II mengambil kesempatan dengan melantik dirinya sebagai raja baru untuk para pemberontak. Berita ini menjadikan firaun Apries murka kemudian mengarahkan penasihatnya bernama Patarbemis sebagai pengutus, memujuk Amasis II supaya serahkan diri kepada baginda. Setibanya Patarbemis di kem pemberontakan dan sampaikan tugasannya, Amasis II menjawab dengan tonggengkan punggungnya, kemudian kentut di hadapan Patarbemis. Amasis II seterusnya menyuruh Patarbemis sampaikan ‘kentutnya’ kepada firaun.

Patung wajah firaun Amasis II pada tahun 550 SM.

Tindakan Amasis II ini begitu melucukan namun jika diperhatikan dengan teliti, tindakannya menunjukkan bantahan dengan gaya badan yang ‘mengutuk’. Setelah utusan firaun itu kembali dan sampaikan balasan Amasis II, Apries teramat murka sehinggalah baginda memθtθng hidung dan telinga Patarbemis. Tindakan baginda ini mencetuskan amarah yang lebhih dahsyat oleh warga Mesir yang anti-Apries.

Nampaknya strategi ‘kentut’ Amasis II dilihat berkesan dan ini memudahkan beliau menumbangkan firaun yang tidak terkawal emosinya. Akhirnya, Apries telah digulingkan oleh serangan pemberontak, kemudian Amasis II dinobatkan sebagai firaun Mesir baru yang memerintah pada tahun 569 SM sehingga 525 SM.

Dua kisah inilah yang memberitahu peristiwa yang begitu dahsyat dalam lipatan sejarah dunia kerana penyebabnya hanya kentut saja. Sebab itulah sehingga kini perbuatan keluarkan angin dari perut dilihat sebagai tidak bermoral. Kalau angin kentut tu tidak berbau busuk okay lagi. Kalau berbau busuk, lekaslah pergi ke tandas untuk ‘buang hajat’ sebelum tercirit nanti. Lain kali, hati-hati bila kentut.


Kami menulis ikut semangat untuk bantu orang ramai dapatkan ilmu secara percuma. Sebab itu kami enggan buat konsep langganan artikel (subscription). Tetapi kami mohon jasa baik kalian untuk beli buku kami. Dengan pembelian buku, kalian sedang membantu kami teruskan semangat ini sampai bila-bila. Link pembelian: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

RUJUKAN:

A Roman Soldier’s Fart Led to the Death of 10,000 People! Ancient Origins. Updated on 20 August 2022.

Shaw, Ian; Nicholson, Paul (1995). The Dictionary of Ancient Egypt. Harry N. Abrams. pp. 36–37.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply