Kerajaan Reman juga dikenal sebagai Ramak, Rahman, Raman. Pernah menjadi salah sebuah daripada 7 buah negeri Persekutuan Pattani Besar, di antara 1810 hingga 1902. Tuan Long Mansur, kerabat dari Pattani, memerintah Reman hingga 1810.

 

Asal usul nama negeri ni datang daripada perkataan bahasa Melayu Patani iaitu ‘rama’ bermaksud ‘satu perhimpunan besar, merujuk kepada pertambahan penduduk di sana menjelang akhir kurun ke-18.

 

Gerik ialah ibu negeri kepada Kerajaan Reman. Kerajaan Reman pernah mendominasi dan mengusahakan kawasan Kelian Intan sebagai lombong bijih timah sehingga tercetusnya beberapa siri pertikaian dengan Perak.

 

Reman diperintah oleh empat pemerintah yang merupakan waris dari Tuan Tok Nik Tok Leh (1810-1836M), Tuan Nik Ulu/Tuan Kundur (1849-1867M), Tuan Timur (1867-1875M) dan yang terakhir iaitu Tengku Abdul Kandis/Tuan Jagung (1875-1901M).

 

Mengikut sumber dari buku Hulu Perak, Kerajaan Reman bermula awal abad ke-19 apabila seorang kerabat raja Patani iaitu Tuan Tok Nik Tok Leh angkat dirinya sebagai raja di Reman.

 

Reman asalnya sebahagian daripada wilayah Patani mula berpecah akibat tekanan dari Siam dan menubuhkan kerajaan sendiri.

 

Hujung abad ke-19 menyaksikan berlakunya perang saudara di Lenggong. Dalam usaha Reman untuk mendapatkan kemerdekaan, Tuan Lebih Long Raya iaitu putera bongsu kepada Raja Reman dengan Permaisuri Cik Neng telah ditangkap oleh kerajaan Siam pada tahun 1899, dan dibunuh di Bangkok.

 

Perang saudara ni berlaku akibat hasutan dan tindakan melaga-lagakan daripada pihak Kerajaan Sukothai dan British, yang mahu menguasai negeri Melayu.

 

Pada 1882, perseteruan antara Reman dan Perak berakhir apabila perjanjian persempadanan dibuat.

 

Kerajaan British yang mewakili Perak dan Tuan Jagung (Raja Reman) yang mewakili Siam, bersetuju bahawa Bukit Nak Sah (nak disahkan satu perjanjian) sebagai sempadan baru.

 

Pada 1899, satu lagi perjanjian dibuat dengan meletakkan Kerunai di utara Gerik sebagai sempadan. Salah-satu batu sempadan Kerajaan Reman masih terdapat di Pulau Tali Kail.

 

Sehingga 1909, persempadanan Reman merangkumi daerah Yala, Hulu Perak dan Ulu Kelantan.

 

Kerajaan Reman dimansuhkan pada tahun 1902 dan ditadbir terus dari Bangkok. Kerajaan Siam hapuskan sistem pemerintahan beraja bawah pemerintahan Raja Reman dan serahkan daerah Hulu Perak kepada kerajaan Perak yang berlangsung di Kroh pada 16 Julai 1909.

 

Perjanjian Bangkok 1909 memisahkan negeri Reman di mana bahagian Yala menjadi sebahagian Thailand, manakala Lenggong, Gerik dan Kroh di bawah British dimasukkan ke dalam pentadbiran Perak. Meskipun ramai orang Kelantan menetap di Reman, tetapi dialek Reman berbeza dengan dialek Kelantan.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Tipu helah Inggeris menyebabkan banyak kerajaan Melayu telah lenyap ditelan zaman seperti Kerajaan Setul yang telah menjadi wilayah Siam.

 

Selam lebih dalam bersama KITAB TAMADUN MELAYU II untuk kenal kerajaan-kerajaan Melayu yang lain!

https://shope.ee/6zw5WznX8B


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply