Kepingan
salji yang turun di Artik mampu memerangkap haba – cukup untuk melajukan
pencairan ais. Kesannya, lautan di Artik mampu kehilangan ais 20 tahun lebih
awal. Menurut Frank Li dari Jet
Propulsion Laboratory, kita selalu memikirkan kepingan salji sebagai sejuk,
tetapi sebenarnya ia merupakan zarah ais yang berperanan seperti selimut.
Ais
di laut Artik mencair lebih cepat daripada apa yang diramalkan. Justeru,
kumpulan Frank Li membuat kajian dan mendapati terdapat lebihan haba
terperangkap dalam kepingan salji – menjadikan purata ais di laut Artik menipis
sebanyak 0.3 meter. Menyebabkan ais tersebut lebih mudah terdedah dengan
pencairan pada musim panas.
Pemanasan
sejagat telah menyebabkan cairnya ais di lautan Artik – terus mencair dalam
tempoh beberapa dekad. Pada januari 2017, kawasan laut yang diliputi ais
menduduki paras paling rendah. Kehilangan ais di lautan Artik akan mengancam
haiwan seperti beruang salji yang memerlukan ais untuk memburu.
Dalam satu tempoh pada abad ini, lautan Artik dijangka akan mengalami musim panas tiada ais selama 3 juta tahun. Saintis membuat kiraan dan meramalkan hal itu berlaku apabila kepekatan karbon dioksida mencecah 680 ppm yang akan berlaku pada sekitar tahun 2072. Namun, pemanasan daripada kepingan ais mungkin akan mengawalkan hal tersebut iaitu pada tahun 2052 apabila kepekatan karbon mencecah 550 ppm.
RUJUKAN:
- Li, J. L. F., Richardson, M., Lee, W. L., Fetzer, E.,
Stephens, G., Jiang, J., … & Liu, Y. (2019). Potential faster Arctic sea
ice retreat triggered by snowflakes’ greenhouse effect. The Cryosphere, 13(3),
969-980. - https://www.newscientist.com/article/2198707-snowflakes-are-making-the-arctic-warm-faster-by-acting-like-a-blanket/
- New
Scientist Issue 3225 agress to indemnify New Scientist LtD and New Scientiest
against any claim arising from incorrect or misleading translation.




No comments yet