Badak air dapat mengepam silikon dengan memakan sejumlah rumput yang banyak, kemudian membuang najis ke dalam air. Badak air akan memakan sekitar 40 kg rumput dan tumbuhan lain yang kaya dengan silikon dioksida.
Kemudian, mereka akan bermalasan di dalam air untuk menghadam dan membuang silikon tersebut. Sebelum ini, saintis telah mengkaji peranan badak air dalam mempengaruhi pergerakan nitrogen, karbon dan fosforus dalam ekosistem mereka, tetapi masih tidak jelas adakah silikon turut dipengaruhi.
Pasukan
Jonas Schoelynck dari Univesity of
Antwerp mengkaji paras silikon dalam ekosistem yang didominasi oleh badak
air di barat daya Kenya. Analisis mendapati badak air telah membawa silion
dalam tubuh mereka sebanyak 0.4 tan – 76% daripada jumlah silikon yang dibawa
di seluruh ekosistem mereka.
“Badak air berperanan seperti tali pinggang
penghantar yang membawa silica dari darat ke air.” – kata Schoelynck.
Pam
silikon dari badak air memainkan peranan penting dalam ekosistem kerana sel
tunggal algae dalam air memerlukan silikon ini dan algae memberikan makanan
kepada tumbuhan dan haiwan lain di laluan air.
Tetapi
badak air telah dibunuh atau dihalau keluar daripada kebanyakan sungai.
Sekiranya populasi badak air ini menurun lebih banyak, jumlah silikon yang
dipam ke laluan air akan berkurangan. Tumbuhan dan ikan di situ akan mengalami
bahaya.
RUJUKAN:
- Schoelynck, J., Subalusky, A. L., Struyf, E., Dutton, C. L.,
Unzué-Belmonte, D., Van de Vijver, B., … & Frings, P. (2019). Hippos
(Hippopotamus amphibius): The animal silicon pump. Science advances, 5(5),
eaav0395. - https://www.newscientist.com/article/2201454-hippos-poop-a-huge-amount-of-silicon-every-day-and-its-a-good-thing/
- New
Scientist Issue 3229 agress to indemnify New Scientist LtD and New Scientiest
against any claim arising from incorrect or misleading translation.




No comments yet