Ketika abad ke-13, Pope Gregory IX telah mengisytiharkan perang ke atas kucing, terutamanya kucing hitam. Kenapa ini berlaku? Dek Eropah yang kurang pengetahuan sains dan masih dibelenggu kepercayaan karut, makanya Pope Gregory IV percaya bahawa kucing hitamlah pembawa malang, sial, jelmaan syaitan.

Maka seluruh Eropah pun memburu dan membunuh setiap kucing hitam yang tak bersalah. Tambahan pula ketika itu kepercayaan kucing menyebarkan kuman yang menyebabkan wabak menyumbang kepada aktiviti pembunuhan lagi.

Kekurangan kucing di Eropah membuatkan populasi tikus mencanak naik. Bak pepatah yang pernah diungkapkan oleh Karam Singh Walia, kucing tak ada gigi, tikus melonjak tinggi. Ketika ini juga berlaku wabak Black Death di mana tikus merupakan ejen penyakit.

Jadi, tikus penyebar wabak ini pun berkeliaran tanpa panduan, tanpa iman, penuh nafsu, menyebarkan wabak ke seluruh Eropah tanpa sedar mereka apabila pemangsa utama mereka, kucing dah tiada. Yelah kan, seekor tikus, apa jer dia tahu?

Akibatnya? Wabak Black Death merupakan wabak paling membunuh dalam sejarah. Angka kematian dijangka dari 75 juta sehingga mencecah 200 juta orang. Lagi menakutkan daripada Covid-19 yang kita sedang hadapi!


Nak mendalami lebih dalam apa yang jadi ketika wabak Black Death yang meragut sampai 200 juta nyawa? Anda kena beli buku kami, THE PLAGUE: SEJARAH WABAK DUNIA. Tengah ada diskaun. RM33 jadi RM 22.99 di webstore sempena pra-tempah. Beli di: https://bit.ly/ThePlagueWebstore


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Leave A Reply