Israel nampaknya telah menyer.ang Gaza pada ambang Aidilfitri. Yang lama mengikuti isu ini memang takkan terkejut. Sebab ini bukan kali pertama. Cuma semua perlu tahu kenapa isu ini berlaku.

Pandangan bahawa “Israel jah.at seja.hat-jah.atnya” tidak harus dipegang, kerana membantutkan ilmu pengetahuan dan mengaburi mata tentang situasi semasa. Segalanya berlaku kerana tiada sikap tolak-ansur daripada pihak Israel.

Kerana pada 10 Mei 2021, Mahkamah Agung Israel dijangka akan membuat keputusan tentang kes enam buah keluarga Palestin di Sheikh Jarrah, Jerusalem Timur.

Mungkin ada yang pelik: apa kuasa mahkamah Israel di bumi Tebing Barat? Begini isunya. Dua unit amanah Yahudi telah membeli Sheikh Jarrah daripada pemilik Arab pada tahun 1876 (Kingsley, 2021).

Sejak hari itu bahagian yang dibeli menjadi milik Yahudi. Tetapi selepas Per.ang Arab-Israel pada tahun 1948, kawasan ini dipegang Jordan yang kemudian membina 28 buah rumah untuk golongan pelarian Arab daripada Israel.

Sheikh Jarrah

Jordan tidak lama di sini, kerana 19 tahun kemudian pihak Arab tewas dengan teruk dalam Per.ang Enam Hari.

Sejak hari itu, nasib 28 keluarga di Sheikh Jarrah bagaikan terga.ntu.ng tanpa tali. Rumah mereka tidak diiktiraf Israel kerana kelompangan besar dalam undang-undang.

Warga Israel berhak untuk membuat tuntutan tanah yang dibeli di Jerusalem Timur sebelum Per.ang Arab-Israel 1948.

Tetapi undang-undang yang sama tidak memberi sebarang hak kepada warga Palestin (Rubin, 2021). Inilah masalahnya, kerana Sheikh Jarrah dikembalikan kepada dua unit amanah Yahudi.

Tanah Sheikh Jarrah kemudian dijual kepada sebuah pertubuhan yang mengusahakan tanah Palestin. Pihak ini tidak jemu berusaha untuk mengusir penduduk Palestin (Boxerman, Bachner, & Gross, 2021).

Kejadian di Masjid al-Aqsa

Sheikh Jarrah menjadi tumpuan utama sejak kebelakangan ini. Ramai panas kerana Mahkamah Agung Israel bakal membuat keputusan.

Kemudian kerajaan Benjamin Netanyahu pula pergi menutup Damascus Gate dan mengehadkan jumlah jemaah di Masjid al-Aqsa (Palmer, 2021). Apabila arahan ini tidak diendahkan, pihak polis tidak tunggu lagi.

Tanpa sebarang kompromi, Israel mengambil tindakan untuk halau hingga menyebabkan pertem.bµngan besar antara dua pihak (Farrell & Lubell, 2021).

Tindakan ini mengeruhkan keadaan. Ramai lari dalam keadaan berlµmµran dar.ah. Ser.angan ini sangat pelik. Kenapa? Itu yang ramai tanya. COVID-19 tidak wajar menjadi alasan untuk mengehadkan jemaah. Kerana beberapa minggu lalu, 100,000 orang berhimpun di Gunung Meron sempena perayaan Lag BaOmer.

Baca lebih lanjut: https://thepatriots.asia/perayaan-apa-yang-yahudi-sambut-sampai-45-orang-menghadap-ilahi/

Mungkin Ada Kepentingan Politik

Israel sendiri sedang menghadapi masalah politik kerana tidak dapat menubuhkan kerajaan.

Baca lebih lanjut: https://thepatriots.asia/yahudi-israel-terciduk-lagi-dipermainkan-demokrasi/

Sebagai rumusan: empat pilihan raya telah dianjurkan. Tetapi Dewan Knesset masih mempunyai tiga blok iaitu 1) pro-Netanyahu, 2) anti-Netanyahu dan 3) bebas. Ketiga-tiga blok tidak menguasai majoriti dalam Knesset.

Inilah kali pertama blok bebas (parti-parti Arab) mempunyai pengaruh besar. Benjamin Netanyahu mahu kekal berkuasa. Untuk berkuasa, beliau mesti pinang blok bebas.

Tetapi tiada parti agamawan Yahudi (Shas dan UTJ) mahu bekerjasama dengan Netanyahu, kalau ada parti-parti Arab.

Blok anti-Netanyahu pula tiada parti agamawan Yahudi. Jadi mereka lebih mudah bekerjasama dengan parti-parti Arab. Sekarang ini, mungkin Yair Lapid daripada Yesh Atid sudah boleh menubuhkan kerajaan. Cuma ada masalah sikit.

Parti Arab Ra’am tidak mahu berbincang dengan sesiapa selama mana ser.angan Arab-Israel berterusan (Hoffman, 2021).

Mansour Abbas yang mengetuai Ra’am.

Pendirian Ra’am sebenarnya menguntungkan blok pertama. Memang Netanyahu katanya merayu pada Ra’am supaya jangan sertai gagasan Lapid (Times of Israel, 2021).

Jadi ini mungkin asbab utama di sebalik ser.angan Masjid al-Aqsa. Cuba fikir sejenak: 1) apa kena mengena isu Sheikh Jarrah dengan ser.angan masjid? Walaupun dekat, ia tiada kaitan. Dan 2) kenapa sera.ng masjid, sedangkan semua berkumpul untuk menunaikan ibadah saja? Tiada tazkirah atau khutbah panas pun.

Andai kata Palestin yang merancang semua ini, masih tidak logik. Kerana kuasa penentuan tetap ada pada Israel.

Apa yang berlaku di Masjid al-Aqsa ma.langnya membuka jendela baru dalam konf.lik antara dua pihak ini. Gaza dan Israel telah bertukar-tukar ser.angan roket. Setakat ini, Alexandria Ocasio-Cortez, Bernie Sanders dan Elizabeth Warren telah mengecam Israel kerana cuba mengusir enam keluarga Palestin (Magid, 2021).

Selepas dikritik, Israel bising berkata kerajaan Joe Biden jangan masuk campur dalam urusan Jerusalem.

Segalanya berlaku kerana Israel tidak mengambil sikap bertolak-ansur, dan ada kelompangan besar dalam undang-undang antarabangsa.

Sekarang ini enam keluarga Palestin sedang tergan.tung tanpa tali kerana nasib mereka berada dalam tangan Mahkamah Agung Israel. Kes mereka sudah lama dibicarakan. Pihak Israel mahu mengusir mereka daripada tanah Sheikh Jarrah di Jerusalem Timur.

RUJUKAN:

Boxerman, A., Bachner, M., & Gross, J.A. (2021, Mei 9). Supreme Court delays session on Sheikh Jarrah (ditapiskan) amid Jerusalem (ditapiskan). The Times of Israel.

Farrell, S., & Lubell, M. (2021, Mei 10). (ditapiskan), prayers in Jerusalem in Muslim Laylat al-Qadr. Reuters.

Hoffman, G. (2021, Mei 10). Abbas suspends coalition talks due to (ditapiskan). The Jerusalem Post.

Kingsley, P. (2021, Mei 7). Evictions in Jerusalem become focus of Israeli-Palestinian (ditapiskan). The New York Times.

Magid, J. (2021, Mei 9). Sanders, Warren, Ocasio-Cortez (ditapiskan) Israel over pending Sheikh Jarrah (ditapiskan). The Times of Israel.

Palmer, E. (2021, Mei 10). Hundreds of Palestinians (ditapiskan) as religious (ditapiskan) boils over in Jerusalem. CBS News.

Rubin, S. (2021, Mei 9). How a Jerusalem neighborhood (ditapiskan) the Israeli-Palestinian (ditapiskan). The Washington Post.

Times of Israel. (2021, Mei 10). Netanyahu met with Ra’am chief, urged him not to back Lapid-Bennett coalition.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.