Baru-baru ini, seorang model China bernama Cai Niangniang dikecam oleh wargamaya negara Tembok Besar itu. Ini selepas beberapa iklan lama yang menampilkan beliau mendapat reaksi negatif dalam kalangan wargamaya. Jenayah Niangniang? Mempunyai mata sepet!

Iklan jenama makanan ringan Three Squirrels yang menampilkan Niangniang bukan satu-satunya iklan yang dikecam wargamaya China. Pada November lepas, seorang jurugambar fesyen terkenal China memohon maaf kepada orang ramai. Ini selepas beliau menggunakan model China bermata sepet untuk jenama mewah Perancis Dior. Mercedes Benz dan Gucci turut tidak terlepas menerima kecaman kerana menggunakan model bermata sepet.

Jadi, mengapa penolakan sebegini berlaku? Bagi sesetengah warga China, ia mengingatkan mereka kepada stereotaip mata sepet yang berleluasa di Barat pada abad ke-19 dan awal abad ke-20. Stereotaip yang dipopularkan oleh antagonis seperti Fu Manchu selalunya menggambarkan bahawa budaya orang Asia terutama China dianggap satu ancaman kepada orang Barat.

Dan ini diakui oleh ramai pakar akademik seperti Dr Liu Wen dari Academia Sinica, Taiwan. Ini kerana penggunaan mata sepet sebagai memperkukuh stereotaip Fu Manchu mempunyai sejarah panjang di Barat. Atas sebab itu, ramai merasakan watak Fu Manchu yang dicipta Sax Rohmer bersifat perkauman dan menyemarakkan kebencian terhadap orang Asia. Aspek ini juga mendorong Marvel Studios menukar bapa Shang-Chi dalam komik, Fu Manchu kepada Wenwu/The Mandarin dalam filem Shang-Chi: The Legend of Ten Rings.

Walaupun memahami sebab penolakan ini, pakar-pakar akademik ingin mengingatkan dengan menolak mata sepet, ia seolah-olah menolak kepelbagaian wajah Asia yang ditampilkan di media baik media cetak mahupun elektronik. Menurut Dr Luwei Rose Luqiu dari Universiti Baptist Hong Kong, dengan menolak mata sepet, ia ibarat menolak kepelbagaian estetik wajah manusia. Penolakan ini juga bermakna wanita-wanita China terperangkap dengan idea mata sepet jauh lebih cantik berbanding memiliki mata berbeza.

Hujah mereka turut disokong dengan fakta bahawa wanita bermata sepet menjadi idaman ramai lelaki semasa era pemerintahan dinasti-dinasti diraja China. Misalnya, kebanyakan lukisan era Dinasti Tang (618-907 Masihi) menunjukkan subjek wanita-wanita jelita bermata sepet. Walaupun lukisan-lukisan yang dihasilkan berbeza mengikut setiap dinasti, wanita bermata sepet tetap menjadi kegilaan ketika itu.

Jadi, mata besar yang menjadi kegilaan wanita China hari, bila trend ini bermula? Ironinya, ia bermula pada akhir 70-an apabila China didedahkan kepada hiburan dan pengiklanan asing selepas membuka pintu kepada dunia luar. Ada yang sanggup melakukan pembedahan plastik bagi membentuk mata mereka menjadi lebih besar.

Tetapi bagi individu yang punya mata berbeza seperti Niangniang, beliau berharap orang ramai dapat bersikap lebih baik terhadap individu sepertinya. Ini kerana baginya, setiap orang mempunyai tarikan kecantikan. Hanya individu yang tahu menghargai kecantikan sahaja yang bisa menerima perbezaan sebegini.

RUJUKAN

Yip, W. (2022, 3 Januari). China: Why some think ‘small eyes’ are not beautiful. BBC News.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply