Kalau kita tengok video angkasawan yang baru balik dari bumi, selalunya kita akan nampak diorang kena papah dengan orang lain, seolah diorang macam lumpuh. Benda ni terjadi sebab tulang diorang jadi lemah. Kenapa jadi macam tu?
Bila kita duduk di bumi, graviti menyebablan semua benda ada berat. Tulang ni selain berfungsi sebagai rangka untuk badan, ia juga berfungsi untuk tanggung berat otot dan organ yang ada dalam badan. Untuk tanggung berat ni, tulang kita beradaptasi untuk jadi lebih kuat dengan cara kukuhkan tulang guna zat kalsium. Lagi banyak kalsium, lagi keras dan kuat tulang tu. T
api bila kita duduk di angkasa yang takde graviti, maka berat pun tak wujud. Bila berat tak wujud, tulang pun tak perlu tanggung berat apa apa lagi dah. Jadi dia takde sebab untuk kukuhkan tulang dengan zat kalsium. Oleh itu, tulang kita akan melalui ‘disuse osteoporosis’ di mana zat kalsium akan dikumuh keluar dari tulang ke darah dan seterusnya kencing.
Disebabkan benda ni, tulang angkasawan menjadi lebih rapuh berbanding biasa sebab tak cukup kalsium, dan kencing diorang lagi pekat dengan kalsium sebab dah dikumuh keluar. Dalam sesetengah kes, kepadatan tulang angkasawan boleh kurang sampai 20%. Oleh itu, tak pelik angkasawan ni balik ke bumi, diorang macam lumpuh sekejap sebab tulang diorang dah lembik. Bila duduk beberapa bulan dekat bumi baru tulang diorang ok balik sebab tulang diorang dah kembali beradaptasi jadi kukuh dan padat.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih