Isu Taiwan dengan China bukan hanya isu politik semasa. Tapi ia berkait rapat dengan sejarah panjang abad ke-20, Perang Dingin dan pertarungan ideologi antara komunis dan demokratik.
Ramai orang luar tertanya-tanya, bukankah Taiwan itu sebahagian dari China?
Kenapa sampai hari ini mereka tak bergabung?
Jawapannya terletak pada sejarah revolusi, pelarian perang saudara, dan kuasa geopolitik global.
Semuanya bermula pada awal abad ke-20, apabila Dinasti Qing tumbang dan Republik China ditubuhkan pada tahun 1912. Tapi kerajaan republik ini tak stabil.
Deme sering bertukar ganti dan diancam oleh penjajahan Jepun serta perang saudara. Dalam perang saudara inilah, dua pihak utama muncul: Parti Nasionalis (Kuomintang/KMT) yang anti-komunis, dan Parti Komunis China (PKC) yang dipimpin Mao Zedong.
Selepas Jepun kalah dalam Perang Dunia Kedua, perang saudara meletus semula antara KMT dan PKC. Menjelang 1949, komunis berjaya menguasai tanah besar China dan menubuhkan Republik Rakyat China (PRC). KMT pula melarikan diri ke Pulau Taiwan dan membawa bersama institusi kerajaan lama dan mengisytiharkan mereka masih mewakili “China yang sah”.
Sejak itu, dua kerajaan mendakwa sebagai wakil China sebenar. PRC di tanah besar, dan Republik China (ROC) di Taiwan. Tapi pada 1971, PBB menggugurkan pengiktirafan terhadap Taiwan dan memberi kerusi “China” kepada PRC. Sejak itu, China anggap Taiwan sebagai ‘provinsi terpisah’ yang suatu hari nanti akan disatukan; secara damai, atau paksa.
Namun bagi Taiwan, mereka dah lama berfungsi macam negara merdeka. Mereka ada kerajaan sendiri, pilihan raya bebas, sistem ekonomi terbuka, dan identiti kebangsaan yang semakin berbeza dari China. Ramai anak muda Taiwan tak anggap diri mereka sebagai ‘rakyat China’ lagi.
China tetap berpegang kepada prinsip “One China Policy”, dan tak akan terima kemerdekaan rasmi Taiwan. Sementara itu, Amerika dan sekutu Barat pula amalkan dasar ‘strategic ambiguity’.
Apa itu strategic ambiguity? Dasar ini tidak iktiraf Taiwan sebagai negara, tapi tetap bekalkan senjata dan beri sokongan diplomatik demi kekang pengaruh China.
Jadi, kenapa Taiwan tak gabung dengan China?
Sebab mereka tak mahu hilang demokrasi, identiti, dan kebebasan yang mereka bina sejak 1949.
Dan selagi rakyat Taiwan berpegang pada prinsip itu dan disokong kuasa besar, perpaduan semula dengan tanah besar akan kekal jadi satu mimpi jauh dari realiti.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih