Ramai orang terkejut bila baca sejarah Perang Vietnam. Negara kecil macam Vietnam boleh menang lawan kuasa besar macam Amerika Syarikat? Biar betul!
Macam tak masuk akal. Tapi inilah realiti pahit yang Amerika kena telan dalam Perang Dingin.
Semua bermula lepas Perang Dunia Kedua. Vietnam ketika itu dijajah Perancis. Tapi pada 1954, pejuang komunis Vietnam yang dipimpin oleh Ho Chi Minh berjaya halau penjajah Perancis dalam Pertempuran Dien Bien Phu.
Lepas tu, kuasa dunia, termasuk Soviet dan Amerika bersetuju untuk bahagikan Vietnam kepada dua bahagian sementara:
Vietnam Utara (komunis) dan Vietnam Selatan (disokong Amerika).
Masalahnya, Vietnam Utara tak nak negara mereka terus berpecah. Mereka nak satukan semula Vietnam di bawah pemerintahan komunis. Amerika pula takut ‘teori domino’ jadi kenyataan.
Amerika sangka kalau Vietnam jatuh ke tangan komunis, negara-negara lain di Asia Tenggara pun akan ikut. Maka dengan itu, bermulalah Perang Vietnam secara besar-besaran sekitar tahun 1965.
Tapi macam mana Vietnam boleh ‘bantai’ Amerika?
Pertama, strategi gerila. Tentera Vietnam Utara dan Viet Cong guna taktik perang gerila yang sangat menyusahkan tentera Amerika. Mereka serang hendap, guna terowong bawah tanah, dan kenal kawasan hutan jauh lebih baik dari tentera asing.
Kedua, semangat nasionalisme. Bagi rakyat Vietnam, ini bukan sekadar perang ideologi. Ini soal tanah air. Mereka sanggup mati untuk bebas dari penjajahan, dulu Perancis, sekarang Amerika. Demi Vietnam, mereka sanggup!
Ketiga, sokongan luar. Vietnam Utara dapat bantuan senjata dan latihan dari Soviet Union dan China. Walaupun Amerika ada teknologi canggih, semangat dan strategi lawan pasukan Vietnam Utara yang efektik tetap mendahului.
Akhirnya, selepas perang berlarutan selama lebih 10 tahun dan lebih 50,000 tentera Amerika terkorban, Amerika terpaksa undur pada tahun 1973. Dua tahun kemudian, pada 1975, Vietnam Utara berjaya tawan Saigon dan seluruh Vietnam disatukan di bawah rejim komunis.
Kemenangan Vietnam bukan kerana mereka lebih kuat secara ketenteraan. Tapi kerana mereka lebih bersedia untuk bertahan, berkorban, dan lawan habis-habisan.
Dalam perang, kadang-kadang semangat juang lebih penting dari senjata.
—
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih