Korang yang pernah pergi Thailand mesti perasan yang diorang guna tahun lain dengan kita. Bulan-bulan seperti Januari, Februari semuanya sama. Tapi tahun diorang je pelik. Tahun ni ialah 2567 BE di Thailand.

 

Sebenarnya kalendar diorang guna sama je dengan kita iaitu kalendar solar. Tapi perbezaan tahun tu jadi disebabkan Raja Chulalongkorn buat satu kalendar baru versi Siam dari Kalendar Gregorius.

 

Kalendar ni dinamakan sebagai Patithin Suriyakhati Thai yang bermaksud Kalendar Solar Thai. Tahun yang dikira dalam kalendar ni sebenarnya ialah Era Buddha (BE) atau Phutthasakkarat.

 

Tahun dalam kalendar ni ditambah 543 tahun lebih daripada Kalendar Gregorian yang asal.

 

Semasa era pemerintahan Rattanakosin, Raja Chulalongkorn asalnya buat tahun baru bernama Rattanakosin Sok (R.S) pada 1889.

 

Tahun RS ni bermula dari awal penubuhan Dinasti Chakri dan penubuhan Bangkok sebagai ibu negara iaitu pada 6 April 1782.

 

Apabila pengganti Raja Chulalongkorn Raja Vajiravudh memerintah pula, tahun ini digantikan kepada pengiraan tahun dari kematian Gautama Buddha yang dipercayai pada 11 Mac 543.

 

Pengiraan tahun baru diorang pun dah berkali-kali bertukar. Asalnya Songkran dikira apabila tibanya buruj Aries pada 11 April.

 

Tapi Raja Vajiravudh ubah tahun baharu bermula pada 1 April 2455 BE / 1912. Tak pasal tahun tu tak cukup tahun. Hanya 356 hari je pada tahun tersebut.

 

Perdana Menteri Thailand, Phibunsongkhram pun pernah tukar tahun baharu ni. Pada September 1940, beliau tukar tahun baharu kepada 1 Januari 2484 BE / 1941. Tahun 2483 BE hanya ada 9 bulan je waktu tu.

 

Sekarang ni, Thailand ikut je tahun baharu pada 1 Januari. Pesta Songkran pula masih diraikan pada tarikh asalnya pada 13-15 April. Kalau nak kena tembak dengan air, boleh la korang pergi Thailand waktu tu.

 

Tahun Thai ni sememangnya mengelirukan. Kalau korang pergi Thailand tu, jangan korang ingat korang pergi ke masa depan pulak.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Korang yang meminati budaya tamadun, mesti teruja nak baca TAMADUN UNTUK PEMULA. Buku ni akan jadi pintu untuk korang selam lagi banyak tamadun di dunia yang mempesonakan korang! Klik: https://shope.ee/9ewudsn58J


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply